Sunday, November 22, 2009

Kembali menghuru-harakan majlis



Fuh...akhirnya setel jugak kerja mencabar yang takde langsung tertulis dalam Manual Prosedur Kerja aku..

18/11/2009, aku terima arahan untuk buat dokumentasi untuk Penganjuran Kem Cuti Sains Menengah Rendah kali ke-4 untuk ditayang pada 21/11/2009..Apa!?? Dua hari je masa yang dorang bagi untuk siapkan dokumentasi flash selama 5 minit? adeh...Aku bukan expert pasal flash. Apatah lagi Director, jauh sekali Lightwave 3D..5 tahun aku sudah tidak berkecimpung dalam perkara flash..Flash kamera pun dah ada anai-anai..
Tapi, disebabkan anugerah Kakitangan Inovasi 2009 yang aku dapat itu hari, aku kena jugak buat walaupun suam-suam kuku dan tak tidur siang..Sehinggakan Ravi berkata kepada Azroy, "Roy...Roy..hati kau keras. Selalu berkorban untuk orang lain". "Maksud kau, bapa Susiana akan mati?" sampuk Kuzi...Eh? apa kaitan pulak bapa susiana dengan cerita aku? hmmm...Aku pasrah..Demi sesuap rezeki yang halal. Adalah lebih baik daripada terjumpa duit RM10 buat beli topup.
Berkat kegigihan dan kesabaran aku (kadang-kadang aku rasa macam nak hempuk je laptop aku ni), maka terhasillah satu persembahan yang ngan-ngam lima minit walaupun masa tengah bertungkus-lumus tu, aku tak set timer pun..
2 jam sebelum tayangan bermula...tiba-tiba........plup.....blackout..hahaha..aku girang seketika. Mana taknya, first time hasil kerja aku akan disaksikan oleh wakil-wakil dari seluruh Malaysia..sapa tak gugup..Ditambah lagi dengan kegugupan jantung aku tatkala mendengar propaganda bahawa jalan area rumah aku dinaiki air dan boleh membahayakan bot-bot kecil..macam mana aku nak balik rumah? ternyata semua itu dusta belaka.
15 minit sebelum tayangan, aisehmen...TNB datang bawak generator set la pulak..Apa nak buat, kena teruskan jugak la apa yang aku dah buat sampai bengkak-bengkak kepala...Sekurang-kurangnya, aku tahu setakat mana kemampuan aku dalam menghasilkan sesuatu dalam tempoh yang begitu singkat.
Tiba waktu tayangan..lampu dipadamkan...kasi sentimental dulu pada pembukaan tayangan...pada peringkat pertengahan, hambek ko..."waketau..waketau..tenangga......gaaaaaaaaabaaann.."" hahaha.....nasib baik tak luruh jantung korang.....dan nasib baik jugak la pengetua tak kompelin apa-apa....kiranya hasil kerja aku sukses!!! sukses!!! jugak laa...
***
Hari ni hujan tak seberapa..kejap ok...kejap lebat..bikin pernafasan jadi tak menentu....Adakah tahun ini pembunuhan lembu berlaku tatkala hujan mencurah? atau angin membadai? apa nak kisah? aku tak buat korban pun tahun ni...Tapi aku harus berwaspada karena kawasan rumah aku adalah kawasan yang mudah dinaiki air. Tidak seperti Bukit Antarabangsa sebelum dikenali sebagai Dataran Antarabangsa...
***
Reunion Kelas 6 Cempaka, 1994 SK. Sri Suria (1) Tanah Merah, Kelantan....Jadikah? atau sama seperti tahun-tahun sudah? masih belum terjawab walaupun aku sudah bagi petunjuk untuk memudahkan korang-korang semua membuat keputusan...Barang semungkin kalau aku buleh join pun, pada raya ke-3 jika sekiranya agenda aku pada hari tu tidak ditanda. Maka jika sekiranya lambat bertindak, maka tetaplah ianya tiada aku jadi untuk pergi kerana apa maka aku terpaksa untuk memenuhi acara yang barang semungkin akan diisi kemudian masa.
***
Aku lapar...nak gi makan.....chow...!!!!!!!!!!

Sunday, October 18, 2009

Aku, Opis dan Tukang Kipas

Aku nak post entry ni, fikir empat lima enam kali..Nanti apa pulak orang cakap..Macam perempuan la..macam mak nenek laa...Lantak la..apa nak kisah..Ni kisah hidup aku..

Kebanyakan blog yang aku baca cerita pasal masalah di tempat kerja, adalah blog kaum hawa..Cerita pasal staf-staf yang kaki bodek, kaki ampu, kaki umpat, kaki cagu dan sebagainya..Rata-rata yang kena bambu adalah staf lelaki...Staf pompuan pun ada jugak...

Ni aku nak bambu sape-sape yang rasa nak terasa, tu korang punya pasal..Tempat aku taknak cakap.. Jantina aku taknak bagitau..

Ape kes nak dengki-dengki? Ape kes nak hasut-hasut orang? Ape kes nak ngadu-ngadu? Nak sound-sound tu tengok la dulu perfomance keje ngko tu cemana...Makan gaji 8 jam satu hari, try ngko tolak ngan masa ko pegi jamban, masa ko bangun dari meja pegi kentut kat meja belakang, masa ko pegi berak buat kali ke 5, bla...bla...bla...aci kerat anu kalu ngko betul-betul kerja tepat 8 jam tiap-tiap hari...huh..! Lai Chi Kang btol..!!!

Aku kuar pepagi pun bukan saja-saja takde kerja..Aku gi makan..gi isap rokok...bincang tentang falsafah hidup...Motivasi pagi..balik opis ada ilmu untuk dikongsi...celaka.!! Pulak tu, nak sampai 3.30 petang, aku tak kuar pegi mana-mana dah melainkan aku tak tahan untuk ber'hibernate'..Setakat 2 3 kali tu normal la...lain la kalu aku ada batu karang atau saliran tersumbat macam ngko..!!

Ada ke kerja-kerja yang aku buat tak siap melepasi deadline? ade pernah aku tinggal kerja aku tunggu berhabuk dulu baru nak siap? Ada aku tolong-tolong orang mintak upah? Ada aku makan gelojoh dalam opis macam ngko? Aku tak pernah kupas-kupas buah dalam opis siap dengan pisau-pisau rambo lagi...

Tak payah la nak provok-provok orang suruh tak suka kat aku...buang masa ngan lemak ngko jer...Aku tak rugi apa-apa pun...melainkan ngko tu dari golongan-golongan pemerintah yang ada dalam cermin kaca..ada la jugak perasaan "ai...ruginya bos-bos dah benci kat aku..cemana aku nak claim perjalanan...cemana aku nak bukak palang cek"..Setakat duduk kat luar tolong buka tutup pintu, bawak-bawak la baca Quran..baca Hadis...Tak guna kipas-kipas bos kalu performance kerja tahap sampah...tak guna dapat anugerah kualiti kalu kualiti kerja tahap bontot kuali...Ingat laa...orang yang ngko provok tu sama je 2 kali 5 ngan ngko balajar takat SPM jer...Bukan dia yang bayar gaji ngko tiap-tiap bulan....

Cacian, makian ni aku tak tuju kat sapa-sapa...tapi kalu ada yang bermurah hati untuk terasa dengan apa yang aku tulis ni, sila la kalau nak kecik hati pun...aku PEDULI HAPE..!!!!

sekian...wassalam...

Thursday, October 08, 2009

Rahsia Potret Monalisa

Aku kat kelantan. Jadi aku tak berpeluang nak pergi pameran Leonardo Da Vinci kat sana. Aku juga amat-amat tidak bersetuju dengan 25 rahsia-rahsia yang dibongkarkan melalui potret monalisa ni.

Aku ada buat kajian dan analisa sendiri selama 3 tahun ke atas potret ni. Orang cakap ini lukisan agung Leonardo Da Vinci. Tapi aku rasa lukisan ni tiada apa yang istimewa melainkan lukisan secara kebetulan. Jadi, mari kita bongkar rahsia tersebut :-

  1. Berdasarkan betuk tubuh badan 'monalisa' , disyaki usianya pada masa lukisan ini terhasil adalah 34 tahun.
  2. 'Monalisa bukanlah seorang anak dara matang atau pra-matang. Beliau adalah seorang janda muda yang tidak mempunyai anak setelah suaminya dihukum gantung setelah membunuh seorang ADUN (ehh..??)
  3. Waktu lukisan ini dilukis, dikatakan pada mulanya 'monalisa' tidak mahu dirinya dijadikan model untuk lukisan Leonardo. Setelah dipaksa, beliau setuju juga walau dalam keadaan terpaksa. Hal ini boleh dilihat melalui riak senyumannya yang tak semengah.
  4. Waktu lakaran potret ini adalah pada jam 3.45 pagi. 'Monalisa tidak sempat untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Sebab itu mukanya kelihatan agak kusam.
  5. 'Monalisa' pada ketika itu mengalami selesema. Potret menunjukkan hidungnya cuba untuk menahan hingus dari mengalir keluar.
  6. Rambutnya disapu dengan minyak kelapa.
  7. Tasik pada belakang potret adalah Tasik Titiwangsa pada kurun ke-17.
  8. Jalan bengkang-bengkok adalah merupakan tapak asal Litar Sepang. Dikatakan sebelum potret ini terhasil, ada pertandingan Rally Peringkat Kebangsaan yang menampilkan Karamjit Singh dan Karam Singh Walia selaku pelumba negara.
  9. Ada juga yang mengatakan potret ini bukan dilukis oleh Leonardo Da Vinci. Tetapi potret ini merupakan gambar yang diambil oleh kamera di kedai gambar Fotowira dengan menggunakan filem kodak Gold.
  10. Baju yang dipakai oleh 'monalisa' sebenarnya adalah jaket hujan yang dipadankan dengan kain baju kurung bergetah yang diangkat hingga ke paras dada (dalam keadaan tergesa-gesa untuk bergambar).
  11. Dikatakan gambar di atas bukan wajah asal 'monalisa'. Wajah asalnya adalah iras-iras lelaki yang pernah aku kenali dan sekarang beliau sudah berkahwin.
  12. Nama sebenar 'monalisa' adalah Che Embong Fathin binti Baharudin Jaiman. Seorang yang dari keturunan suka kaum Batak.
Kajian aku masih belum selesai. Tunggu kemunculan rahsia-rahsia yang lebih agung...

Tuesday, October 06, 2009

Pembunuhan depan mata aku...isk...

Takut sebenarnya aku nak cerita..sekarang ni pun masih lagi terbayang-bayang di ruangan mata kejadian yang berlaku di subuh hari Selasa (kelmarin)..peerrgghh...bila ingat balik, rasa nak termuntah pun ada..ngeri oooo....
Bermulanya cerita begini..
Tatkala aku sedang nyenyak tidur ala-ala pengsan, aku terkejut bila mendengar bunyi satu letupan kuat kat depan rumah..dalam keadaan takut tak takut, aku buka tingkap bilik untuk meninjau apakah yang sedang dan akan berlaku..sekali tingkap aku buka, peerrgghh...bersepai daging-daging manusia bersama darah-darah pekat melekat pada dinding rumah aku..
Panik, aku kejutkan isteri aku yang tidur pengsan..aku buka lampu luar rumah..ngee..ngee..ketar habis kepala lutut, kepala betul dan kepala-kepala lain..kurang dari 5 minit kejadian, depan rumah aku sudah dipenuhi dengan penduduk-penduduk sekitar untuk menyaksikan tragedi berdarah depan rumah aku..masing-masing menutup mulut menahan loya melihat daging-daging manusia yang bersepai itu..ada yang menangis..ada yang menjerit..ada yang buat-buat macam wartawan dan ada yang menguap..
Setengah jam kemudian, datanglah polis bersama kereta peronda mereka dengan lampu kelip-kelip..mereka meletakkan tali kuning (apekenama aku tak ingat) untuk menghalang penduduk dari memasuki kawasan kejadian..jurukamera polis, pakar forensik juga turut sama membantu polis..Aku dan isteri cuma duduk di ruang tamu rumah, sesekali kepala menjenguk ke luar rumah..
Sejurus selepas itu, pasukan polis dengan pantas mengutip daging-daging yang bersepai tadi dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang macam kita tengok dalam rancangan 999. Real aku cakap kau..tak pernah sepanjang hidup aku tengok benda-benda macam ni..pulak tu depan rumah aku...eeee....
Sampai sekarang, walaupun isteri aku dah basuh lantai dan dinding rumah dengan gigih, tapi masih terdapat kesan-kesan darah yang kelihatan..nasib baik la tak ada penduduk-penduduk lain yang cuba untuk memerah limau purut kat situ...
Hari semakin pagi..aku tak tahu nak buat apa..nak duduk rumah, rasa ngeri...baik aku pergi kerja....jadi, aku pergi kerja semalam...isteri aku pun pergi kerja juga...Bila tiba di pejabat, aku tak rasa ngeri lagi....lepas ni, minta jauh dari segala malapetaka......
Aku tipu je cerita ni sebenarnya....

Sunday, September 27, 2009

Bokojo la kito sekueknyo..

Salam...salam...salam...
haha..dah bekeja balik aku rupanya..Sebenarnya Ahad dah start keje..rupa-rupanya penat jugak cuti lama nih..semilan hari tuh..
Cuti raya tahun ni, macam yang aku dah cerita dalam entry sebelum ni..sama..skrip semata-mata..Malam raya, lepak dengan Mohd Rodzuan, Mohd Fauzi dan Wan Zulhamli. Isap rokok katun-katun, air segelas..sampai pukul 3.00 pagi.
Pagi raya, bangun pagi, kuar ambek udara tercemar seketika. Lepas tu baru mandi..siap-siap pakai baju melayu, breakfast barang seketul biskut dan terus merempit ke masjid untuk solat sunat hari raya. Tiba-tiba bila nak masuk simpang masjid, aku terdengar imam baca khutbah. Aku mengamati betul-betul dan rujuk balik khutbah semayang Jumaat. Cis!!! aku terlepas solat sunat hari raya tahun ni..terus aku merempit lagi pulang ke rumah.
Sampai rumah, pekena rendang ayam seketul..pastu pegi kuburan ziarah pusara arwah bapak ngan mak mentua aku, arwah abang ipar aku...pastu beraya umah abang ipar aku (tapi bukan yang arwah tu). Kendian, beraya umah mak abah aku..haish, takde orang kat umah..awalnya dorang merempit beraya..rupa-rupanya dorang dok umah mak sedara aku..terus aku merempit ke sana..
Tengahari raya, besiap-siap nak merempit ke Melor, Kota Bharu untuk beraya umah sedara-mara wife aku..hujan lebat pulaaaaakkk....petang baru balik..
Malam raya, merempit pulak umah kakak ipar sulung aku..bakar satey...kebetulan anak-beranak dia tokey mercun (sila lapor ya..) maka dengan tidak semena-mena aku terlibat sama dalam kegiatan pemercunan..
Balik raya, tido.......
Raya kedua, takde gi mana-mana...dok jer umah pasal hari tu ade orang nak merisik adik ipar aku (adik ipar aku bukan pasukan tentera terlatih)..tambah-tambah pulak tayar kete aku pancit la pulaaaakk....paku celaka mana la yang gatal nak melepak kat tayar kete aku...sakit ati betul..dah la tokpek tak bukak kedai lagi...terpaksa la aku menumpang kete lain pegi Wakaf Che Yeh yang masuk TV3 cakap bawak RM20 buleh beli macam-macam (celaka menipu bulan puasa)..sampai rumah pukul 1 pagi..time ni aku dah tak sedap badan dah...rasa macam nak ILI jer...
Raya ketiga, abang ipar aku wat memakan kat umah dia...jadi kitorang pun terus merempit ke sana..makan...makan...makan...pastu balik...
Raya keempat, aku pegi menyudu mana-mana kedai tayar yang dah bukak...punya la susah...last skali, terjumpa jugak...sebangga-bangga aku sebagai orang kelantan pun, tak lepas jugak mengalami sindrom kesesakan lalulintas..cis, menyesal aku keluar pada waktu puncak..
Raya kelima, pun melepak kat rumah...
Raya keenam, pegi Kota Bharu campak kakak ipar aku kat aiport. Lepas tu kitorang merempit sekali lagi ke Wakaf Che Yeh untuk menghabiskan wang perbelanjaan..
Raya ketujuh, melepak kat rumah dengan bahagianya...
Raya kelapan, aih....dah masuk keje....tapi membosankan pasal internet down la pulaaaaaakkkk...
Raya kesembilan, ini hari la...ada majlis jamuan hari raya peringkat MRSM Jeli....peerrgghh...kacak betul aku hari ni...menaip dengan memakai baju melayu kaler pepel siap bersampin dan bersongkok senget..
Balik rumah karang, aku nak burn cd blue...(aku saja je taip ni..takde sebenarnya)..
sekian.
Nota banyak :
- Eh? aku lupa ke nak beraya rumah kawan-kawan?
- Eh? aritu kata nak buat reunion SKSS1 ?
- Eh? apesal malam raya sikit jer kuar?
- Eh? apesal aku tak pegi perjumpaan keluarga Almarhum Haji Abdul Rahman (Tok Ayah Loman) ?
- Eh? laa...sikitnya aktiviti raya aku......
Berayalah secara berhemah dan sederhana.....jangan lebih-lebih....

Saturday, September 12, 2009

Buat siap-siap

Aku sekarang berada di Moscow untuk mengikuti misi menjejak Orga dan Pendekar Laut yang bertarung di bulan sampai la ni tak balik-balik.
Oleh yang demikian, walaupun raya lagi seminggu, aku nak buat ucapan siap-siap kat korang..Ye la..macam la korang taktau line Maxis, Celcom, Digi, 010, 011, 09, 03, 04, 05, 07, 06, 081, 082, streamnut kadang-kadang bebal tak ingat menjelang malam raya.
Oleh yang demikian (kalu PMR, dah lama kena garis merah), aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri untuk seperti yang berikut (peeh..macam surat rasmi) :
GENG 360
Tok Ketua (sapit) Bini,
K.E+Bini,
Zool+Bakal Bini,
Bha+Tak berbini-bini,
Bukit+Arwah Sugarglider
Yaya+Bakal Laki
Mem+Family
cK+Polo+Paris+Dunhill+One Drop Perfume
Mek Mafia+Ah Long+Geng Kapak+geng Kari Mamak
Mamaket+Family
Jila+(isikan tempat kosong)
Jaja+Family
Aju+Family
Som+Bakal Bini
Nabil+Bom-Bom Beliau
Dan seluruh warga Kampung 360 yang aku tak berapa kenal...Ampun maaf aku hulurkan...Sila ambek...sila ambek....
GENG OLDSCHOOL
Haris Abadi Kekal Selamanya a.k.a Durian+Bakal Bini (Intanmu kesepian)
Wan ahmad Shahril Bin Wan Abd. Rahim
Wan Zulhamli b. Wan Abd. Rahman
Fazwan Nasir
Hismul Azzam b. Mohd Hattan (macam la tiap-tiap hari bukak penster ngan facebook)
Zaira Aniza
Dan seluruh warga budak-budak sekolah dulu-dulu dengan ucapan Semoga kita bertemu di aidilfitri (nak tengok kot-kot ada perubahan ketara kat tubuh badan korang)
GENG LCSB
Ikhsan
Mohd Safirul Izani (bajet nama pelakon)
Noorul Hidayu
Mas Ayu Kartika...eh? Kartini
Dzul Izzat
Pn. Shahida Abd Majid
Dan seluruh warga Litar Computers Sdn. Bhd. yang reti mahupun tidak reti (buta IT) dengan ucapan, walopon jauh beribu batu, tapi korang tetap jauh dan Selamat hari Raya Aidilfitri...
BEKAS AWEK-AWEK KU...
Wan Noor Baity Wan Ibrahim
Nor Azlinie Mohamad Noor
Nor Irma Suziana Makhtar
Noridawati Zakaria
Ruzaime Hasrik Hang Tuah (kadang2 aku rasa macam duduk zaman kesultanan melayu la plak)
Azuraida
Shahirul Nazleen
Hish....ramai la pulak janda-jandaku.....dengan ucapan, maaf lew ape yang telebih, tekurang...
Dan seluruh warga bloggers, friendsterers. facebookers dan sape-sape la yang bukak internet dan terbaca ucapan khas Wakil Rakyat ni......Semoga di hari lebaran ini menjanjikan seribu kemanisan dalam hidup kita tetapi jangan terlalu makan benda-benda manis di hari raya takut nanti terkena kencing yang manis-manis pula....
Sekian, wassalam....
nota timur tengah : Ni entry last sebelum raya...lepas raya aku on air balik....

Wednesday, September 09, 2009

Tiga Zaman

Zaman Belum Sunat / Mimpi
Malam raya lepas je bukak puasa (konon-konon puasa la) , ushar luar rumah kejap. Tengok member depan rumah pasang pelita ke tak. Tak pun dah start nak pasang mercun roket ke tak. Hmmm..belum keluar rumah lagi. Masuk balik dalam rumah. Mandi-manda dulu selepas bunyi suara mak kali ketiga. Semayang maghrib lebih kurang. Palotak tertinggal kat luar rumah dah masa tu. Bajet malam tu taknak tidur. Nak berjaga luar rumah. Macam la orang lain main mercun sampai ke pagi. Pekena mercun sampai pokol sbelah jerrr...
***
Pagi raya (dah kata dah...mesti tidur punya), lewat bangun (sebenarnya awal)..buat-buat tidur dulu..Bajet tengok abah dah siap pakai baju melayu ngan songkok, baru bangun. Masuk dapur, selongkar almari dulu. Bedal semperit dua tiga ketul. Air sirap mak tak buat lagi. Kuar lepak kat laman dulu. Ambil udara pagi Syawal. Seruan mak kali ketiga, baru pegi mandi sunat hari raya (tak niat pun).
Peergh..time ni macam nak pegi kawin..pakai baju melayu, pakai songkok, pakai sampin..last-last, sampin tah kemana, songkok tah kemana..nasib baik baju tak pegi mana-mana..siap bedak-bedak..makan dulu lebih kurang..talipon member depan rumah. "Oi, pegi masjid ngan beskal la nak? baru ada style raya!". Setuju pun dia..Kayuh basikal pelan-pelan menuju ke masjid untuk sembahyang hari raya..sambil-sambil tu bermesyuarat untuk menjalankan Ops Sapu dengan jayanya pada tahun itu. Rumah Arwah Haji Nor dah confirm, rumah Kak Yam confirm, rumah Cikgu Sepian? aiseh, balik kampung plak...macam tau-tau jer...
Sampai masjid, eh? eh? dah khutbah? hhhmmmm...kecewa saya (blah la lu..macam la tak tau..saje jer buat-buat lambat gi masjid!!)
Balik rumah, mintak ampun lebih kurang ngan mak abah, makan-makan, terus jalan Ops Sapu sampai tengahari jer...petang, ada sarkis kat TV..ape lagi....landing je laaaa..
Tu je la raya..........
Zaman dah sunat / mimpi indah
Malam raya, rempit umah kazen..main 'telur' seketul dua..kepuh-kepuh rokok barang sekotak..lewat jam 11, kontek ahli-ahli gerakan..rempit plak Restoran Payung pekena colek perut, kopok, air sirap, neskepi, Dunhill, Surya..Konon-konon dah cukup dewasa..flashback zaman-zaman sekolah..cis..sentimental betul Rosmizi dan Mustafa Zuhdi..balik rumah, dah pukul 2 pagi..Rewang-rewang intenet dulu...masuk dapur, rempit biskut raya seketul dua, tidooo...
Pagi raya, tetap sama....cuma pegi masjid rempit ngan moto (aku tak rempit sebenarnya kerana sekadar Honda C70 standard)..Singgah kedai, cari sumber barang sekotak. Sampai masjid, fuuh, tak start smayang lagi..pekena chit chat dulu kat jamban ngan member-member kelumpo (balik dari kelumpo)..Sorang-sorang rambut kaler merah, janggut kaler jingga..Yang dulu pakai baju melayu tak penah lengkap, tahun ni lengkap ngan sampin ngan songkok lagi. Rambut dah panjang..pandai pakai jam tangan dah...siap ada sandal tuh...bawak henpon pulaaaaaakkk...Bangga betol jadi orang kelumpo..padahal dok kelumpo tu bukan keje pun, stadi Unibesiti jer...tu pun dah semester 10..
Tiba-tiba, Pak Imam dah buat announcement..nak start semayang dah..makin rancak beborak..tiba-tiba lagi, eh? eh? laa....dah khutbah pulaaakkk.....kecewa lagi saya..(oii mangkuk, baik tak payah datang takat nak sedut bau jamban masjid)..
*** Stop jap, ada keje skit nak buat..Bulan-bulan puasa ni, cuba-cuba la cari pahala lebih...
Balik rumah, pekena makan dulu sepinggan dua...pekena rokok barang sebatang, baru mintak ampun lebih kurang ngan mak abah..takde adegan leleh-leleh...pastu landing depan TV pasal ada lintas langsung hari raya bersama menteri (takde maknanya nak layan)..pastu, rempit raya umah sedara-mara sampai ke petang dengan baju raya nak sepasang.
Balik dari beraya, lepak je la kat umah tunggu malam..tatkala malam, rempit lagi rumah kazen pasal nak makan nasik dagang lauk ayam ngan telur rebus....
Balik rumah, tidoooo....
Tu je la raya.....
Zaman dah kering / mimpi jadi kenyataan
Malam raya, lepas bukak puasa, siap-siap mandi, smayang maghrib, ready nak pegi masjid, smayang tasbih hari raya..(alih-alih tersesat kat rumah kazen..cis!!) Balik rumah, layan anak sedara lebih kurang. Main bunga api yang dah tak macam bunga api dah..dah macam bakar sampah je aku tengok..Malam lewat sikit, bodek-bodek bini aku sikit untuk dapat pelepasan pekena lepak ngan geng-geng kelumpo macam tahun-tahun sudah..
Kat lokasi lepak, peerrgh...bangga betol..masing-masing bawak henpon kamera 3.2 megapixel..sorang dua ketul plak tu..rokok dah ada kotak khas siap ngan lighter..ini tak boleh jadi, aku tayang 3310 aku..amek korang....
Balik lepak, pekena 'telur' plak ngan beras-beras dan ipar-ipar....rokok sekotak dua tu dah biasa dah..pukul 3 pagi, bini dah ehem-ehem dalam bilik isyarat suruh masuk tidur....haish!!
Pagi raya, bangun tidur, ambil nombor giliran untuk mandi-manda..siap mandi, pakai-pakai, bedak-bedak, pekena rendang dulu...pastu start enjin nak pegi masjid..lencong 7 Eleven jap untuk berhari raya dengan staf yang kena keje pagi raya..orang kasi duit raya, dia kasi rokok raya...kira orait laa...sampai masjid, tak start semayang lagi...pekena chit-chat lagi ngan member-member bangga jadi orang kelumpo...
Tiba-tiba, eh? eh?
***
Alhamdulillah...dapat jugak semayang raya tahun ni......
Balik rumah, pekena rendang lagi skali...pastu rempit ke kubur....
Rempit umah mak abah..
Rempit umah sedara-mara
Balik rumah, baring..........
Malam,
Rempit umah kazen pekena mercun ngan biskut sarang semut..
Balik umah, baring.....
Tu je la rayaaa..........
***
Iktibar syawal : Raya adalah untuk meraikan kita setelah cukup berpuasa sebulan...bukan untuk tayang-tayang baju raya berpasang-pasang..bukan untuk melantak tak hingat bukan untuk bergaul bebas bersalam-salaman dengan bukan muhrim...bukan untuk bersukaria tak hengat dunia...bukan untuk huha--huha--tak cukup akal....Cukup sekadar kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan..bermaaf-maafan sesama kita...ziarah-menziarahi sanak saudara..mengingati mereka yang telah tiada...tidak melupakan mereka yang jauh..ketupat dan lemang telah tersedia...
sekian, wassalam...

Wednesday, September 02, 2009

Hati gelisah jiwa merana

Hari ni aku terbangun lewat. Mengikut istilah sains, aku sudah terlewat untuk ke kuliah. Maka dengan tanpa syak bersalah, aku putuskan bahawa hari ni aku cuti ke kuliah. Tengok jam, dah pukul 9.30 pagi. tapi hari ni hari Isnin, tak ada drama Dragon Ball. Aku tarik selimut kembali.

10.30 pagi, aku bangun. Tengok belah kiri aku, Rosmahisham tak ada. Barangkali sudah ke kelas. Tengok kanan. Tergamam seketika. Aku berada di bulan? kenapa ada rupabentuk bumi di situ? ahh, aku tersedar. Itu rupabentuk belakang tubuh Mohd Faiz. Dia tidur membelakangi aku. Ponteng juga rupanya dia walaupun tidur tak berbaju.


Aku terus ke bilik mandi. Termenung beberapa ketika. Buka shower. Hulur jari sedikit untuk menguji tahap beku air pada ketika itu. Hmm..tak berapa sejuk. Aku hulurkan kepala. Kemudian kaki. Dan seluruh tubuh.


Selesai mandi, aku sarungkan pakaian, sikat rambut, bedak-bedak barang sekopi, lantas aku turun ke tingkat bawah. Aku lihat Mohd Azizi Ab Rahim terlungkup atas sofa pemberian jiran India yang baru saja pindah rumah. Nazrul Azihan asyik dengan Need For Speed Underground 2. Dia masih belum dapat mengatasi rekod aku dan Rosmahisham rupanya. Mohd Fauzi pula leka meng'format' laptop beliau di bawah tangga. Aku kira, ini kali yang ke dua puluh tiga beliau menjalankan operasi meng'format'. Ramai juga yang ponteng kelas hari ni rupanya. Girang aku seketika.


Aku ke dapur. Buka peti sejuk. Tak ada makanan. Yang ada hanyalah kambing, zirafah, gajah dan biri-biri yang datang dari teka-teki Hasbullah Che Ismail yang tidak terjawab pada malam sebelum kejadian. Maka secara tidak langsung, teka-teki beliau terjawab dengan sendirinya. Tapi beliau tiada di rumah. Barangkali ke kelas ataupun berjumpa dengan kekasihnya 'Itik'.


Tiba-tiba aku rasa gelisah. Entah kenapa. Serba tidak kena. Aku keluar mendapatkan Nazrul Azihan yang sedang asyik koya dengan racing beliau. Kenapa aku gelisah? takkan beliau sudah mengatasi rekod aku? tidak..rekod aku masih tidak ternoda. Lantas aku bersuara kepada Nazrul Azihan. "Han, pinjam WKL 1996 ko kejap'. Tanpa sempat beliau memberi jawapan, kunci motosikal Yamaha SS2 merah beliau sudah berada dalam genggaman aku.


Aku start, kacip clutch, masuk gear, lepas clutch, pulas minyak, zooom...aku menonong menuju ke kedai runcit cina Country Homes. Aku masuk ke kedai. Pusing-pusing. Aku tuju ke bahagian persuratan. Aku belek-belek surat khabar Berita Harian. Ah, propaganda!! teriak aku dalam hati. Belek pula Utusan Malaysia. Cis, plastik!! dalam hati juga. Belek Nanyang Siang Pau. Aku diam membisu. Akhir sekali, aku belek Metro. Buka halaman tengah. Ada gambar Zila Bakarin berkemban dengan kain batik jawa basah. Titis air pada badan beliau buat aku makin gelisah. Aku tutup akhbar Metro. Astaghfirullahal'azim..(aku tak ucap pun sebenarnya).


Aku kemudian ke kaunter pembayaran. Aku ambil gula-gula hacks 20sen. Seluk kocek, ah, tak ada syiling. Aku ambil not RM10, bagi dekat maknya apek dekat dalam kaunter. Dia bagi balik balik RM9.80. Aku terpandang rak di belakang maknya apek tadi. Macam-macam kotak ada. Dunhill, Camel, Benson, Wismilak, D'Jarum, Astro..Ah..dunia sekarang, masing-masing nak menghancurkan sesama manusia. Getus hati aku.


Terus aku pulang ke rumah. Tapi, aku jadi makin gelisah. Masih belum tahu apakah puncanya. Lama aku termenung. Aku kira balik duit baki beli gula-gula Hacks tadi. RM9.80. Betul. Maknya apek tak salah kira. Gula-gula tadi? untuk siapa? Tak boleh jadi, mesti ada sesuatu yang tak kena hari ni. Aku kembali ke kedai cina tadi.


***


Aku bersandar di pintu rumah. Kelihatan ada tiga ekor jin sedang enak memakan kepul-kepul asap yang keluar dari rongga-rongga badan aku. Ahh, nikmat rasanya pekena Dunhill 14.

Tuesday, September 01, 2009

Alangkah

Hujan hari ni agak lebat. Tapi aku masih lagi berada di rumah. Aku memandang jam dinding. Ah..!! sudah pukul 6 petang. Tiba-tiba, “Kau nak ke mana petang-petang hujan lebat macam ni..?” tanya mak aku dengan konsisten bersama senduk kesayangannya.

“Ada majlis berbuka puasa kat masjid. Tengah tunggu hujan reda sikit ni.” Balas aku dengan budi pekerti yang mulia sebagai seorang anak yang soleh.

Sambil menunggu hujan reda, aku memakai stokin dan kasut di beranda rumah. Peh, calang-calang orang pergi berbuka puasa pakai kasut. siap pakej dengan baju melayu biru air laut dengan sampin lagi. Memang cemburu bedebah la kalau orang lain tengok.

Hujan dah reda sedikit. Aku terus capai kunci kereta. Salam lebih kurang dengan mak aku sambil berpesan, “Mak, kuih Akok orang beli tadi jangan habiskan yer..? peg dulu..tata...Assalamualaikum..” lantas mengucup tangan mak aku.

Aku start kereta, terus masuk gear satu. Aku tekan minyak, tayar spin laju. Aku jatuhkan handbrake..meluncur laju kereta kesayangan aku.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aduh, sempat ke tak nak sampai masjid sebelum 7.15 ni. Jarak rumah aku dengan masjid bukannya dekat. Dalam 30 minit perjalanan jugak (ni bukan alasan aku jarang pergi terawih). Dah la jalan sesak hari ni. Kebetulan jalan yang aku lalu ada buat bazar Ramadhan.

Hujan kembali lebat. Aku dari tadi masih tersangkut dalam bandar. Dari tadi main gear 1, 2 dan 3 saja. Waktu tu baru aku rasa menyesal. Aku tidak pernah melalui suasana sebegini sendirian. Boleh dikatakan langsung tidak pernah. Menteri-menteri patut cuba merasai suasana kesesakan macam ni.

Menteri menteri jugak, tapi aku dah lambat. Lagi setengah jam nak berbuka. Silap-silap tak sempat aku nak belasah Puteri Mandi. Dah la Puteri Diana dah takde.

Ini tak boleh jadi. Lain kali lah aku merasa suasana sesak ni. Hari ni aku tak ada mood. Karang tak pasal-pasal hilang semua ciri-ciri program semanis kurma dalam jiwa aku. Sia-sia je aku puasa tak dapat pahala.

Aku terus sms budak-budak. “Korang nak makan free, cepat datang tolong aku..”

***
Terasa lancar saja kereta aku sekarang. Tapi kenapa kereta-kerata lain tak bergerak? Ah, biarkan. Mungkin tengah asyik membeli juadah berbuka. Dah hampir nak sampai. Kereta aku masuk ke perkarangan masjid. Kereta lain dah penuh. Aih, mana nak park kereta ni. Ah, peduli apa aku. Tanpa banyak soal, kereta aku berenti betul-betul depan tangga masjid.

Pintu kereta dibuka. “Ampun Tengku..” ucap pegawai yang membuka pintu kereta aku tadi. “Silakan Tengku ke meja santapan”. Aku dengan penuh gaya anak seorang raja, turun dari kereta sambil dipayungi oleh pegawai tadi menuju ke ruang diraja untuk majlis berbuka puasa.

Pemandu dan pengiring kereta aku tadi dapat makan free.

Saturday, August 29, 2009

Merdeka..!!! Merdeka...!! bendera...!!

Salam Merdeka..!!
Aku bukan nak menafikan kemerdekaan negara yang telah kita kecapi selama 52 tahun ni. jauh sekali nak mempropagandakan sesuatu isu. Tidak....tidak....aku tidak mahu pergi kamunting...aku tidak mahu direman 2 tahun tanpa bicara....
Merdeka..!! Laungan yang cukup sinonim bagi kita rakyat Malaysia. Tiap-tiap tahun kita dengar laungan ini. Selalunya bila tepat jam 12.00 malam, 31 Ogos setiap tahun, beribu-ribu penduduk Malaysia melaungkannya. Ah..begitu tersentuh..(aku berlakon sebenarnya).
Tapi sekarang, laungan merdeka tidak hanya pada 31 ogos setiap tahun, tetapi setiap kali kita bebas dari sebarang halangan. Sebagai contoh, Mat rempit yang terlepas dari sekatan polis atau JPJ, MERDEKA..!!!! pelacur-pelacur, pelanggan pelacur yang terlepas dari dicekup oleh Pejabat Agama, MERDEKA..!! Anak dara yang kena tinggal sorang-sorang kat rumah pasal parents gi outstation, MERDEKA..!! orang yang tak puasa meraikan tibanya Syawal, MERDEKA..!!!
Ternyata, remaja sekarang cukup memahami apa itu erti kemerdekaan. Siapa kata dorang tak faham? dorang faham..terlebih faham kalau nak dibandingkan dengan orang-orang lama..
Orang lama apa tahu? Malam 31 Ogos, tercongok depan TV tunggu detik 12.00 malam..tunggu nak tengok bunga api, tunggu nak tengok Butterfingers, tunggu nak tengok OAG, tunggu nak tengok Jacklyn Victor, tunggu nak tengok Siti Nurhaliza, tunggu nak tengok Datuk K..Pagi 31 Ogos, menonong-nonong bawak anak-anak tengok perbarisan..Beli belon, beil kacang, beli aiskrim, beli bendera...Habis acara, bendera tah ke mana..
Stesen TV? memanjang tayang filem perang-perang..tayang drama patriotik plastik..kira orait lagi..Tak kira lagi yang tayang citer Pontianak Harum Sundal Malam...hah!! pejuang kemerdekaan ke tuh? Ingat budak-budak sekarang ni minat dok depan tv ker?
Jadi, apa sebenarnya hari Kemerdekaan? Hari kemerdekaan bermaksud keuntungan kepada tauke-tauke jual bendera, jual kacang, jual asikrim, keuntungan syarikat-syarikat telekomunikasi dan keuntungan tauke-tauke rumah tumpangan. Yang tak boleh nak menghayati kemerdekaan sapa? Doktor-doktor, Misi-misi, Polis, JPJ, Petugas Pejabat Agama dan mereka-mereka yang lain.
Pada pendapatan aku la, ni kalau Pak Najib dengan Zahid Hamidi baca blog aku la..aku cadangkan setiap 31 Ogos, kerahkan semua remaja-remaja berumur 13 - 20 tahun di seluruh negara untuk mengadakan perbarisan dan kawad senjata. Buat acara ketenteraan dekat dorang selama seminggu. Bagi yang tak datang tanpa alasan kukuh, jalankan hukuman sepertimana latihan komando. Baru la ada jiwa.....(nasib baik aku dah lebih umur)
Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52...
Merdekalah kita dari Portugis
Merdekalah kita dari Belanda
Merdekalah kita dari Inggeris
Merdekalah kita dari Jepun
Merdekalah jiwa kita dengan segala kejahilan,,,,,

Aku kira kita raya 22 Ogos 2009

Demn..tahun ni kita kat mlesia ni puasa 1 hari jer. Satu sejarah bagi umat MELAYU.
Hari pertama puasa, penuh manusia-manusia yang menonong-nonong ke Bazar Ramadhan di seluruh Malaysia untuk melakukan shopping makanan untuk berbuka. 4-5 beg makanan sorang tu takde hal lah. Air 7-8 jenis. Pakej lagi ngan kain untuk baju raya.
Lepas jer bukak puasa hari pertama, dah bunyi dah budak-budak main mercun. Pelita ayam dah siap terpasang. lampu ketupat, kelip-kelip pun dah dinyalakan.
Mak budak dah kung kang kung kang kat dapur dok selongkar radas-radas yang boleh digunakan untuk membuat biskut raya.
Bapak budak, lepas jer solat Isyak (lepas maghrib nampak jahil sangat) terus ke warung-warung pekena rojak buah. Pekena Surya. Tok Imam kat masjid dok Sallallah..Sallallah...dia dok sibuk tanya mana Paklah..mana Paklah..
Remaja perempuan dah sibuk sms tanya kawan-kawan nak tempah baju kat mana, tailor ambek tempahan lagi ke tak, nak pakai berapa pasang baju tahun ni, tahun ni raya dengan pakwe ke berapa.
Remaja lelaki, still cool..
merempitKedai-kedai kain, pasaraya terutamanya tokey Cina start dah pasang lagu raya..tu baru lagu raya..tak ambek kira lagi yang bangang gi pasang takbir raya..
Mana perginya ramadhan?

Wednesday, August 26, 2009

Faktor-faktor pahala puasa berada pada paras tumit kaki

Tu tajuk tazkirah aku pada pagi ini.
Pagi aku setakat jam 8.15 pagi tadi amat harmoni. Tapi dicelakakan oleh spoiler-spoiler (kalu spoiler tu buleh pasang kat kete aku takpe la jugak) jakun yang berkampung di ceruk-ceruk kampung yang tidak membangun.
Kenapa ada sesetengah-sesetengah manusia jakun ni tak boleh tengok orang senang? Adakah kerana ada faktor-faktor lain lain memungkinkan manusia ini bertindak demikian? atau mungkin juga sudah sifat semulajadi manusia-manusia tersebut yang semamangnya masih berfikiran jakun kuno?
Aku memang tak boleh blah dengan manusia-manusia sebegini. Tau la korang old-timer kat sini. Tapi sedar la position korang tu ape. Cakap lebih kuah dari senduk gulai kawah. Menteri pun tau bila masa nak berenti cakap. PM pun tau penat cakap banyak dalam bulan puasa ni. Yang korang ni, sepatah orang cakap, 40 kilometer korang menyampuk. Dah la tak bagi salam.
Kalu setakat belajar sampai SPM, tak payah nak belagak pandai. Tahu serba serbi. Jaga diri korang dah cukup. WTF.!!!
nota : Tu la faktor-faktorya...
*** Hari ni aku tidak berada dalam mood sopan..mood nak melempang orang ada la...

Tuesday, August 25, 2009

Pagi yang cerah

Pagi ni cuaca agak cerah..Tidak seperti beberapa hari yang lalu..seperti kata Hujan, "Pagi yang gelap, kini sudah terang." Tapi kita manusia tidak pasti kecerahan ni sepanjang hari mahupun separuh hari. Yang pasti, aku tetap balik kerja pukul 3.30 petang waktu Zon 1 Kelantan.

Tadi pagi turun rumah pukul 6.40 pagi. Ai, kira lewat dah tu (anggaran dalam pemikiran aku ketika itu). Cuba memelesit (memecut - dalam bahasa Jakun Kuno) kereta. Laju takde laju san....
aaarrrgghh!!!! damn!!! aku baru je siap tazkirah pasal erti kesabaran....cilake!!! sekali blogspot mencabar kesabaran aku...hilang abis tulisan aku!!!..arrrgh...!!!!

Sunday, August 23, 2009

Muka dan Buku

Huh..hari ni adalah hari yang cukup mencabar dalam hidup aku. Mencabar yang aku maksudkan bukanlah aku terpaksa menahan lapar dan dahaga, tapi mencabar kerana aku sedikit demi sedikit aku telah berjaya untuk menggunakan Facebook yang orang lain telah lama mengghairahkannya.

Minggu ni, cuti sekolah. Punya la tak tahu nak buat apa kat opis ni..(macam la time skolah banyak sangat keje aku). Dalam bulan puasa ni, dah 2 hari keje...semalam format laptop aku..siap jer format, berbaris-baris virus masuk balik dlam laptop aku..Apekah???!!

Hari ni, sesi tutorial bersama Dr. Zulkifli Ab. Rahman. Seorang pensyarah Universiti Malaysia Terengganu. Tutorial macamana cara nak buat blog....(kira aku ni dah taraf Naib Canselor la kot).

Esok gaji...duit gaji nak buat ape? nak bukak posa secara besar-besaran dengan meninggalkan makanan tanpa kehabisan? tidak...itu setan punya kerja....aku taknak jadi setan..aku cuma nak makan nasik lauk ikan goreng+budu dan ditambah sedikit air oren...Alhamdulillah

Aku dah malas nak menaip sekang ni...kenapa? kerana tangan aku jugak puasa...kalu tangan aku tak puasa, maka banyak la jugak tempat-tempat yang semestinya diterokai....

sekian, wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Berita CNN : Bulan Akan Jatuh Ke Bumi

gempar!! gedegang! bunyi akibat kegemparan tersebut. Berita CNN semalam melaporkan bulan akan jatuh menghempas bumi dalam sehari dua lagi..mungkinkah akibatnya begitu dahsyat? tidak...
Jadi, sempena kejatuhan tersebut, aku dengan melipatkan lutut untuk merendahkan diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang sejati yang berasa bertanggungjawab untuk menjalankan ibadah puasa yang wajib itu.. Bagi umat yang hanya Islam pada kulit, ingatlah bahawa seksa Allah amat berat.
Jadi kepada sesiapa yang berura-ura untuk menggunakan kawan-kawan yang Chinese look untuk membeli nasi ayam berempah, fikir dulu sebelum bagi duit kalau taknak merasa kesejukan van jenazah ataupun taknak naik kenderaan mewah yang ada meja dan kerusi.
Puasa adalah untuk mengajar kita menahan nafsu kita..tak kira la nafsu ape pun...nafsu bersetubuh ker...nafsu makan...nafsu minum...nafsu mengumpat...tapi yang herannyer, dalam bulan posa jugak la orang-orang kita yang bernama MELAYU ni excited sangat bab-bab makan ni...perbelanjaan makin luar biasa daripada bulan-bulan lain...makanan tu, Ya Allah...makan dua orang jer..tapi lauk macam nak buat kenduri arwah...air plak macam-macam kaler...kalu buat cat keter, mau dekat 9k..agak-agak laa...membazir tu amalan syaitan..setan dah kena belenggu, kita plak yang nak pangku jawatan jadi setan Gred ST17. Bukan ada cola pun...
Skang ni virus Babi dah makin membabi-buta...jadi diingatkan supaya sediakanlah duit antara 7sen hingga RM6 untuk membeli topeng..kalu tak mampu, ambek jer coli, potong dua untuk buat topeng....tak payah la nak mengkayakan orang lain....
sekian, wassalam...

Wednesday, August 12, 2009

Hmm,,,lagi seminggu lebih-lebih sikit, bulan Ramadhan akan datang...yang mana belum ganti posa, sila-sila la ganti....yang mana sengaja ponteng posa, sila la bayar denda....


Dalam bulan posa ni, semacam yang kita tahu, setan-setan sumer kena tambat..kenapa? kerana Allah tidak mahu hamba-hambanya dipengaruhi oleh setan-setan ni untuk melakukan keburukan dalam bulan posa...


Tapi yang herannya, ada segelintir manusia yang memangku tugas-tugas setan ni plak...hish...!!


Kita dalam bulan posa ni, seharusnya melakukan seberapa banyak kebaikan...selain dari posa, semayang terawih, qiamullail, tadarus, sedekah dsb, kita juga disarankan untuk sentiasa bersangka baik sesama manusia..contoh :


Kalu orang ponteng posa :

- mungkin beliau mengidap penyakit sembelit kronik

Saturday, August 08, 2009

Hoih..!! aku tekejut.!!

Hoih...Dan sesungguhnya, aku tidak menyangka yang aku buleh lulus Bahagian 1 - Perintah Am dan Arahan Pentadbiran yang mengandungi 60 soalan objektif. Mana taknya...orang lain siap bawak buku rujukan, pencil case, botol air dan jam randik. Aku, ape ada? hanya sebatang pen dan sebatang pensil. Getah pemadam pun aku lupa nak bawak..Maka, sebarang kesilapan boleh mengundang padah.
Tapi, Alhamdulillah, aku lulus jugak..Ini bermakna, esok aku tak perlu lagi terkocoh-kocoh untuk mengisi borang permohonan menduduki peperiksaan perkhidmatan sekali lagi...tunggu nak amek PTK la plok kakgi...
Hmmm..sekarang ni, wabak Selesema Baaaaaaaaaaabi dah makin hampir kat tempat aku..SMK Machang, SMA Wataniah, SMK Hamzah dah kena kontin...Jarak Machang ngan Tanah Merah takde la jauh sangat...tak sampai pon doploh kilometer..senang-senang jer virus tu boleh berterbangan menyapa penduduk-penduduk Tanah Merah..
Ni, area kat tempat aku keje dengar-dengar citer dah ada skolah yang dah tutup..tapi tak pasti la sama ada ianya betul atau spekulasi..hish....lambat btol tempat aku ni nak tutup...ahahahaha....mintak jauuuuuuhhh...Amin....
Ape lagi nak cerita...?
Ade terbaca tak? ada pihak keluarkan cadangan, kepada sesiapa yang nak bertanding dalam PRU, kena sihat tubuh badan dan tidak mengidap penyakit yang kronik...keh..keh...keh...kurang cerdik betol la...cuba try kira brape orang menteri-menteri kat Mesia ni yang tak berpenyakit?
Stok gula kehabisan menjelang Ramadhan..ni lagi satu..Belum masuk bulan posa lagi dah buat dosa (yang Islam la)...Sorok gula, pas tu time bulan posa, dekat nak raya, jual RM2.00 sekilo...buncit la perut korang makan hasil haram.....
Bila kelantan nak dapat hak royalti minyak? nak tunggu PRU ke-13 ke? bagi-bagi la cepat..aku nak raya ni....
Minggu lepas, ada kursus 5S..so skang ni, masih lagi dalam mood 5S..bersih jer pejabat pentadbiran nih...sepatutnya 15 ogos ni YB Dato' Mustapha Mohamad akan datang buat pemantauan..tapi disebabkan babi yang selsema datang menyerang, maka ditangguhkan lepas raya....
Bajet 2010 agak-agak dapat bonus tak?
Sekian, harap jangan selsema dan batuk.

Tuesday, July 28, 2009

Biarkan jiwamu direntap

Heh..aku taknak taip pepanjang kali ni...saje jer...layan je la gambar-gambar kat bawah ni...mane tau kot-kot ada yang tersentap jiwa..rasa nak nanges..rasa rindu...rasa semerbak....


Voltron versi rimau

Mahal ni dulu..$1.00....(time tu dah kira mahal la)

Hoooooooo


Saber Rider and The Star Sheriffs


Ninja Turtle

Mospeada

Meoro Attack!!
Samesop berpusing...!!



Maskman

Mask

kimba the white lion


Kickers

He-Man

The Girl From Tomorrow (heroin dier nama Alana)
2 tahun nak abes citer ni pasal main time Alam Ria Cuti Sekolah jer..

Mighty Mouse


Flashman


Game kad donkey..
(aku try carik game kad yang ada info pasal kete, jet, track, muto..tapi tak jumpe..huhuhu)

Yang ni harga 50 sen jer..


Dash Yankuro (kategori baru lagi ni)

Captain Planet

Care Bears...walopon aku laki, tapi kalu dah nama kanak-kanak tu, layankan jugak...

Silverhawk...katun ni la paling aku minat..mane taknyer...1st time dapat siaran tv3


Penah main bendalah ni?


Kesatria Baja Hitam
***la...rupa2nya ade lagi gambar yang aku tak upload....
- gaban
- miss komet
Alice in wonderland
- Oshin
- El Pecado De Oyuki
- Shogun Samurai
- Ninja Sasuka
- Biji getah
- Tikam-tikam
- Banyak lagi.....
layankan je laaa.............


Sunday, July 26, 2009

Update la sikit dalam keterpaksaan

Sudah berapa hari aku tak update blog ni. Oh ya, terlebih dulu, Pas menang tipis di DUN Manek Urai. Jadi, sebuah jambatan baru adalah suatu yang masih samar-samar. (Sila baca sepintas lalu tanpa sebarang prejudis).
Minggu lepas aku tak update. Hmm..dah seminggu lebih..Hakikatnya, aku bercuti 5 hari..hoi, best cuti lama ni..tambah-tambah kalu keje sebagai kakitangan kerajaan. Tapi kan, kira alamak jugak la pasal baki cuti aku tahun ni ada 9 hari je lagi.
Aku cuti pasal gi Kedah. Gi amek kete baru (sebenarnya lama). Oooii...aku dah beli kete baru (sekali lagi, sebenarnya lama). Tangan kedua jer..Setaraf la ngan kedudukan aku sebagai kakitangan kerajaan ni..keje pun tak sampai setahun lagi..kang beli baru kang, jadi macam isu lilin plak..huhuhu...(Sila baca sepintas lalu tanpa sebarang prejudis).
Kete baru aku ni, aku bagi nama dia 'Mentadak'. Pasal ape mentadak? pasal kadang-kadang aku keliru sama ada enjin kete aku ni idup ke tak idup. Sama je bunyi (sebenarnya tak bunyi)...Wira Aeroback 1.6 Manual (UK Spec) tahun 1994. Aku rembat RM9000.15 jer. Berbaloi-baloi...Tapi..(ape-ape benda pun, mesti ada tapi), nak menyolekkan mentadak ni dah abes RM4000.17 plak...adoooi....tapi takpe, janji aku buleh gi keje hari-hari untuk mencari rezeki yang halal. Nak buat keje haram memang senang..tak payah kuar duit banyak-banyak....
Hmmm...skang ni musim buah Deroyan kan? tapi kan, apesal la zaman skang ni, duri dia tajam sangat. Seingat akuk masa kecik-kecik dulu, takde la sampai luka jari aku nak bukak kulit deroyan tuh. Tapi skang ni, nasib tak masuk ICU jer...tapi tak dinafikan, Mentadak ngan Deroyan memang tak sekufu...
Aku skang dah rasa malas nak tulis blog ni. Stakat ni je la dulu...babai..
***********************
Nota Kapit :
Bagi mereka yang berpelajaran dan telah berumahtangga tetapi tidak tahu apa itu 'Inzal' adalah suatu yang amat mendukacitakan.
Maksud inzal : Satu perasaan puas yang tidak terkata tatkala bergurau senda dengan pasangan.
maksud inzal dlm blog ialah: mampu menyentuh/memukau/merasai/mengstim kan perasaan dan hati penulis seterusnya menghargai tulisan itu ke satu tahap yg menjadikan seseorang itu khayal seketika sehingga memasukkan tangannya ke dlm seluar. Hahaha..
Harap maklum

Tuesday, July 14, 2009

Sehari Bercuti

Semalam 15 Julai 2009, seluruh kakitangan awam, swasta kat Kelantan bercuti..cuti mengejut..kat tempat aku pun, pukul 3.30 petang baru kuar arahan dari KL. Kerana apa? keranamu Manek Urai..uuhaha..aku kat Tanah Merah pun turut terkena tempias pilihanraya kat sana.
Keputusan pilihanraya semua dah tahu..tapi skang ni, aku taknak jadi penganalisis politik dah..aku nak jadi penunggu..penunggu kot-kot lepas ni ada lagi pengumuman cuti mengejut macam semalam..
Best cuti ni ooo.....ari Jumaat, sabtu, Ahad, Isnin, Selasa ni aku cuti lagi...gi amek kete kat Kedah.....
Sekian, wassalam....

Wednesday, July 08, 2009

Inzal

Setelah bepuluh-puluh, beratus-ratus atau mungkin beribu entry yang aku tulis, akhirnya ada juga pembaca yang mengaku inzal membaca tulisan aku. Bukan senang nak inzal..Tak macam dalam citer American Pie - Beta House yang aku tengok semalam..Beliau adalah Encik Durian..aku rasa beliau menghadapi masalah kemutan..Orang lain biasa jer baca..takde inzal-inzal dari dulu sampai la skarang.

Aku tidak bermaksud untuk menggoda siapa-siapa yang membaca blog aku. Apatah lagi untuk menginzalkan kamu semua. Tapi ada antara kamu tidak tahu apa maksud inzal.apakah? Cuba la rajin-rajin buka kamus dewan bahasa atau tanya saja kepada Pakcik Google atau Encik Durian dan adik-beradiknya dan sila jangan aplikasikan perkataan tersebut dalam kehidupan seharian terutama sekali kepada mereka-mereka yang masih menduduki pengajian peringkat 'bachelor'.

Aku tak ada apa nak tulis sebenarnya. Sementara menunggu waktu 'punch out' untuk balik bercuti selama 2 hari di rumah, aku ringan-ringankan jari aku untuk menaip walaupun ianya bukanlah sesuatu yang berbentuk ilmiah. Jadi, untuk membaca bahan-bahan ilmiah, sila ke website Utusan Online.

Kat sini aku jugak nak ucapkan terima kasih kepada para pengikut baru aku. Ada 2 3 orang yang aku tak kenal..tapi takpe, sekurang-kurangnya aku juga tergolong dalam golongan manusia yang berpengaruh seperti Mahathir dan Mukhriz..tenkiu...tenkiu...

Ok la...dah dekat pukul dua..aku nak gi tunggu depan punch kad dah ni....kang lambat kang kena beratur pulak..rugi kalu lewat seminit.....cis..!!

Salam balik....