Saturday, August 29, 2009

Merdeka..!!! Merdeka...!! bendera...!!

Salam Merdeka..!!
Aku bukan nak menafikan kemerdekaan negara yang telah kita kecapi selama 52 tahun ni. jauh sekali nak mempropagandakan sesuatu isu. Tidak....tidak....aku tidak mahu pergi kamunting...aku tidak mahu direman 2 tahun tanpa bicara....
Merdeka..!! Laungan yang cukup sinonim bagi kita rakyat Malaysia. Tiap-tiap tahun kita dengar laungan ini. Selalunya bila tepat jam 12.00 malam, 31 Ogos setiap tahun, beribu-ribu penduduk Malaysia melaungkannya. Ah..begitu tersentuh..(aku berlakon sebenarnya).
Tapi sekarang, laungan merdeka tidak hanya pada 31 ogos setiap tahun, tetapi setiap kali kita bebas dari sebarang halangan. Sebagai contoh, Mat rempit yang terlepas dari sekatan polis atau JPJ, MERDEKA..!!!! pelacur-pelacur, pelanggan pelacur yang terlepas dari dicekup oleh Pejabat Agama, MERDEKA..!! Anak dara yang kena tinggal sorang-sorang kat rumah pasal parents gi outstation, MERDEKA..!! orang yang tak puasa meraikan tibanya Syawal, MERDEKA..!!!
Ternyata, remaja sekarang cukup memahami apa itu erti kemerdekaan. Siapa kata dorang tak faham? dorang faham..terlebih faham kalau nak dibandingkan dengan orang-orang lama..
Orang lama apa tahu? Malam 31 Ogos, tercongok depan TV tunggu detik 12.00 malam..tunggu nak tengok bunga api, tunggu nak tengok Butterfingers, tunggu nak tengok OAG, tunggu nak tengok Jacklyn Victor, tunggu nak tengok Siti Nurhaliza, tunggu nak tengok Datuk K..Pagi 31 Ogos, menonong-nonong bawak anak-anak tengok perbarisan..Beli belon, beil kacang, beli aiskrim, beli bendera...Habis acara, bendera tah ke mana..
Stesen TV? memanjang tayang filem perang-perang..tayang drama patriotik plastik..kira orait lagi..Tak kira lagi yang tayang citer Pontianak Harum Sundal Malam...hah!! pejuang kemerdekaan ke tuh? Ingat budak-budak sekarang ni minat dok depan tv ker?
Jadi, apa sebenarnya hari Kemerdekaan? Hari kemerdekaan bermaksud keuntungan kepada tauke-tauke jual bendera, jual kacang, jual asikrim, keuntungan syarikat-syarikat telekomunikasi dan keuntungan tauke-tauke rumah tumpangan. Yang tak boleh nak menghayati kemerdekaan sapa? Doktor-doktor, Misi-misi, Polis, JPJ, Petugas Pejabat Agama dan mereka-mereka yang lain.
Pada pendapatan aku la, ni kalau Pak Najib dengan Zahid Hamidi baca blog aku la..aku cadangkan setiap 31 Ogos, kerahkan semua remaja-remaja berumur 13 - 20 tahun di seluruh negara untuk mengadakan perbarisan dan kawad senjata. Buat acara ketenteraan dekat dorang selama seminggu. Bagi yang tak datang tanpa alasan kukuh, jalankan hukuman sepertimana latihan komando. Baru la ada jiwa.....(nasib baik aku dah lebih umur)
Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52...
Merdekalah kita dari Portugis
Merdekalah kita dari Belanda
Merdekalah kita dari Inggeris
Merdekalah kita dari Jepun
Merdekalah jiwa kita dengan segala kejahilan,,,,,

No comments: