Thursday, January 29, 2009

Choti-Choti

Pasni aku nak start kete, menuju ke Sungai Petani...................dan ke mana-mana lagi..? biau masa yang menentukan...Senin aku start keje balik......

cikedis..!! salam..!!

Tuesday, January 20, 2009

Menggamit Kenangan Bau Rumput Selepas Dipotong

Tajuk, aku bagi kredit kat Encik Durian pasal dia ada buat artikel pasal Bau Rumput..


Entry aku ni bukan ape, saje je nak mengimbau cite dulu-dulu..tambah-tambah semalam aku godek-godek PC, bukak folder gambau, tejumpa la gambau-gambau lama yang ada dalam simpanan aku..sebahagiannya gambau yang aku dah jahanamkan menjadi sesuatu yang diluar jangkauan...hahaha....korang layankan je laa....

Gurauan berkasih antara K.E dan Bukit

Zool dan K.E (dia lagi) berdansa berhampiran hutan simpan

Zool mengejar bukit kerana mencuri hatinya

K.E (ada lagi) membuang tabiatnya di tepi sawah

K.E (asek2 dia je) berjuang demi keamanan kambeng sejagat

Zool the boss

Huhuhu..gambau ni adalah impian Puan Kucing untuk bergambar dengan Antonio Beras (ye ke nama ni?) lantas aku merealisasikan impian beliau...

Ni adalah salah satu geng Sri 360 yang fotoimposegenik..apa jua keadaan pun, memang muka dia ni la yang selalu jadi mangsa...

Ha..!! kan betul aku cakap....genik betol la dia ni....

Ni lagi satu...kegenikan terserlah..ditambah pulak dengan sorang lagi yang fotoimposegenik yang bernama Dory....

Huhuhu...gambau yang paling lama dan susah untuk dijahanamkan..tambah pulak tengah malas...maka terhasil karya yang tak seberapa ni...

Antara karya aku yang paling lama...Jaja menjadi bahan kajian aku dalam berkarya...tenkiu..

Pusat Jaja diabadikan di signboard tepi jalan..juga terdapat seekor casper yang sedang merayau-rayau di sekitar lebuhraya...
Ni adalah group lama 360 yang mengalami proses peng'impose'an..kiranya group ni antara perintis kepada terwujudnya Kampung Sri 360..hhmm...separuh dari dorang (termasuk aku) dah tak berapa aktif berblogging..tapi aku harap dapat aktif macam dedulu lagi...

Setakat ni dulu syarahan saya pada kali ini.sekian, terima kasih...

Monday, January 19, 2009

Pagi yang gelap, kini sudah terang


Tajuk macam sial..


ok..ok..hari ni aku nak jadi baik...


Hari ni, 20 Januari 2009...berlangsungnya upacara perlantikan Beruk Obama menggantikan Monyet Bush sebagai Presiden AS...Hari ni jugak 1st gaji aku dah dapat (sebenarnya semalam lagi)...Dan hari ni jugak lew aku dengan secara rasminya mendaftar dalam pertubuhan warga-warga manusia berumur 27 tahun..pendek kata, hari ni hari jadi aku...waaaahahahaha....nape siti nurhalipan nyanyi tutup telinga? pasal mesti la tutup telinga..kalau tutup mulut, macam mana dia nak nyanyi...waaaahahaha....sial...


ok..ok...jadi baik...


oleh kerana aku nak jadi baik, aku juga nak jadi seorang yang jujur...nak tahu macamana nak dapat income nuffnang dengan cepat?? GUNALAH ADOBE PHOTOSHOP...waaaaahahahaha.....3 orang telah tertembak....Puan Kucen, Cik Yaya dan Dory Si Pelupa....


Sekian, harap maklum....

Sunday, January 18, 2009

Fund For Jusoh Bedil


Ha..nih..ape yang buleh dibeli dengan pitis sebanyak ni? beli megi pat kotak pun banyak lagi lebih ni...sape nak? letak no. akaun bank kat komen sebelum pukul 3:30 petang esok.......

Saturday, January 17, 2009

Tak Amerika Doh La Saing Nga Budok Sejid

"Kami amat yakin kami akan menang dengan majoriti lebih besar..legasi Allayarham bakal diteruskan....". Kata orang, Kalu bunyi guruh di langit, air di tempayan jangan lew dicurahkan...kata orang lagi, kalu belum tentu menang, jangan lew diturap jalan-jalan yang dah sedia terturap...jangan diberi bantuan juta-juta ringgit...

17 Januari 2009 telah berlalu..PRK P36 KT pun dah berlalu...Hijau bulan menerangi sang penyu...timbangan dacing patah kat tengah...

Kita idup tak boleh takbur....jangan suka menabur janji....

lepas ni kita tengok la, mungkin jalan-jalan yang baru diturap dicungkil balik...bantuan juta-juta ditarik balik...projek-projek dijanjikan pasti terbengkalai...lu pikir la sendiri.....

sekian, wassalam...


Nota : Font telah dibesarkan sebagaimana saranan Puan Kucing..diharap mata Puan tidak akan tersembur keluar lagi tatkala membaca teks di blog ini..

Tuesday, January 13, 2009

Tepu.....peluru tak keluar...




Aku sebenarnya hari ni sangat tepu. tak tahu nak buat apa. keje pun takde. cikgu-cikgu yang lawa (termasuk yang kurang lawa) semua masuk meeting sejak dari pagi lagi, sampai ler ni tak keluar lagi. sekarang pukul 1:30 tengahari waktu tempatan. aku tak kuar lunch. bukan sebab aku puasa, tapi sebab memang aku tak boleh kuar lunch. kenapa? bukan sebab aku kena denda, atau kena kuarantin, tapi dah sememangnya aku tak boleh keluar. kenapa? kerana aku masuk kerja pukul 7:30 pagi, dan balik pukul 3:30 petang. Tapi sebagai fakta, esok aku balik pukul 2:00.

Kenapa aku bergambar sedemikian? entah lah..sekarang ni aku rasa sangat sejuk..sejuk bukan kerana cuaca tengah hujan sekarang ni (memang hujan pun), tapi ada 2 orang pemuda tadi sedang membaiki dan menservis aircond pejabat. betul-betul depan meja aku..mereka membuang kesemua debunga-debunga debu yang berlekatan di penapis aircond tersebut sehinggakan udara yang keluar dari aircond tersebut umpama air batu yang berada di dalam peti sejuk yang diletakkan di kutub utara. aku sekarang berada pada tahap beku. bulu-bulu roma tegak berdiri termasuk bulu ari-ari.
aahh...masa begitu lambat hari ni..tidak ada satu pun kerja yang boleh dibuat melainkan kerja membuang masa, tenaga, elektrik, dan duit..aku nak memandu kereta untuk pulang berhari raya di rumah..bilakah agaknya..
Hari sabtu ni dijangka sekolah akan bersekolah (sebenarnya budak-budak yang akan bersekolah). Ini kerana untuk menggantikan cuti hari Ahad 25 Januari ni..ke mana harus aku pergi di waktu cuti? tidak perlu ke mana-mana..duduk rumah, qada tidur yang lepas-lepas..
6 hari lagi umur aku sudah tua..dah 27 tahun..sudah dewasa rupanya aku..tak perasan pulak..mungkin selepas ini aku akan berubah menjadi lebih kedewasaan dari sebelum ini..akan aku pertingkatkan serangan-serangan di dalam blog ini..mungkin..itu pasti..( ?? mungkin dengan pasti itu suatu yang berbeza..)
Sekarang aku sudah tidak tahan dengan kesejukan..aku ingin masuk toilet sekejap, untuk menghisap rokok..
sekianlah, terima kasih......
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG"
________________________
(JUSOH BEDIL BIN SENAPANG)

Where is this place?


Teka.. ni kat mane? I'll give u a present if you gimme the correct answer. think wisely..heh (hait..? macam kenal je ayat ni...huh..)

Sunday, January 11, 2009

Boikot..Demo..Pijak Muka..Mari Istiqamah

Sejak awal tahun 2009 lagi, dunia digegarkan dengan serangan dari Rejim Zionis ke atas Bandar Gaza di Palestin. Setakat ini, hampir 800 orang terkorban dan sebahagiannya adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh dunia mengecam tindakan biadab tindakan Israel yang disokong oleh Pentadbiran Rumah Putih. (Syilake..!!)
Dalam menghadapi situasi berkenaan dan dalam mengutuk kekejaman tersebut, seluruh dunia rancak melakukan demonstrasi membakar bendera AS dan Israel, serta memijak-mijak replika, patung yang berupa George W bush dan Ehud Olmert. (Tidak lupa kasut yang melekat erat di muka bush).
Aku bukan nak cerita pasal demonstrasi mengutuk kekejaman Israel, apatah lagi bercerita tentang demonstrasi di grand Saga, Serah memorandum, Reformasi dan lain-lain. Aku nak cerita pasal boikot. (idea datang dari buah Durian).
Encik Durian berkata (ayat aku cipta sendiri), kita seluruh umat Islam terutama di Malaysia mampu untuk memboikot barangan keluaran Yahudi (jika ada kemahuan). Namun begitu, jangan sesekali kita memboikot Nasi Goreng USA dan Ayam Israel kerana kedua-dua item ini amat rapat dalam kehidupan kita seharian.
Biarkan Encik Durian dengan fakta beliau. Kat sini, aku nak senaraikan beberapa produk/item dari negara Yahudi (yang kerap diguna) yang aku rasa amaaatlah susah untuk diboikot. Dan jika sekiranya diboikot, maka rumit sedikit kehidupan seharian kita (aku sebenarnya).
  • Nokia - Haiseh, pitis tak cukup lagi ni nak tukau henpon brand lain..
  • Levis - Aku tak pernah pon pakai jeans lain selain dari levis..tapi selalunya belah pagi, aku pakai seluar slack je pegi keje..ala..brand Kiki Lala je..
  • nescafe - hadoih, ni lagi parah..pepagi mesti aku belasah air ni dulu..
  • Kiwi - alamat berabuk la kasut aku...
  • Ambi Pur - Sat lagi balik keje, aku akan baling ke luar tingkap
  • Intel - ni cemana ni? nak pakai Mac? omputeh gak..linux? pon omputeh..benti la pakai komputer gamaknye..
  • Rokok - No......komen

Haish...bising plak dalam opis ni...terbang habis produk-produk yang hendak diboikot..Sekian lah, terima kasih.....

Wednesday, January 07, 2009

Printer dan CPU digabungkan..

Ha..!! pagi2 celik ni, aku nak cakap yang benar sikit..mula-mula, tengok tajuk kat atas..(nape la tarikh lagi besar dari tajuk)..tajuk kat atas, kalu korang tak nampak, adalah "PRINTER DAN CPU DIGABUNGKAN"..haa..pelik tak?? inilah yang dinamakan teknologi...bagu bendalah ni...kira tak payah susah-susah keluar duit nak beli printer...bagus..!!

Kan bagus kalau mimpi aku semalam tu menjadi kenyataan...

Sebenarnya tajuk tu takde kena mengena pon ngan entry ni..(macam biasa..ada apa dengan tajuk..)..Hari ni hari Khamis..aku begitu kacak dengan berbaju batik (pengakuan ikhlas ni)..masuk keje awal-awal pagi..pokol 7:15 pagi dah sampai opis..skang ni tengah dok taip blog, sementara nak tunggu balik pokol 2:00 petang karang...hoyeh!!! esok cuti!!!!!!!!

Sekian, tu je....

Nota : perenggan akhir, baca dengan perasaan terdesak..

Tuesday, January 06, 2009

Laporan Polis



madomesela cinekelepap said...

nih lagi satu nih jusoh bedil nih...ada hati nak tanya soklan...lawak bendol!...hah kan dah anging aku lagi...aku protect adek aku jerr...nak ajak gaduh meh gan aku...hahahahahhahahahahahakau marah ke jusoh bendol aku cakap siyes nih!

January 7, 2009 11:03 AM


Hahaha....aku nak buat laporan polis kat ko...taktau laporan polis tu ape? ala yang macam orang-orang politik dok buat tiap-tiap hari tu....hahaha....pastu nak saman plak....mane nak carik lawyer ni haa...Kepala Sing buleh kot....



Kempen PRK K.Terengganu bermula


Barisan Jemaah Islamiah Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kelantan.

Lihatlah...betapa gantengnye aku..hahaha...

Monday, January 05, 2009

Penamaan Calon PRK - Satu Kejutan!!

Hari ni, Selasa, 6 Januari 2009, pukul 9:00 pagi, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu bermula..seperti yang kita sedia maklum, calon-calon yang bertanding adalah Payid dari BN dan Pok Lib dari Pas..lain-lain calon aku tak berapa pasti tapi yang pasti, Tok Timun tak bertanding..Tu bukan kejutan yang aku maksudkan...

Kejutan yang aku maksudkan adalah, tahun ni aku terpaksa belajar bangun pokol 6 pagi..huhuh..mandi-manda, solat, pakai baju, sikat rambut, pokol 6:30pagi dah kena start enjin kete, terus pegi keje..jadi, aku terkejut..bukan kejutan budaya, tapi kejutan kesejukan...

Sekian, wassalam..

Sunday, January 04, 2009

PRK Kuala Terengganu



Aku ada idea nak tulis blog..tapi, itu 4 hari yang lepas..banyak idea aku..ntah kenapa hari ni, idea tu berlari-lari anak meninggalkan aku.tidak sempat untuk aku menangkapnya..sekarang aku sudah kehilangan idea..idea itu bukanlah seperti tajuk di atas..aku sendiri tidak tahu tajuk apa yang sesuai yang patut diletakkan di atas..



sekian, wassalam

nota : aku janji, banner kat atas tuh, akan kekal selama setahun....

haha..banyaknye encik nuffnang kasik ampau kat aku...