Sunday, May 31, 2009

Bila seringgit jadi beberapa puluh ratus ribu ringgit



Huh...akhirnya berjaya jugak aku menukau henpon zaman nippon go aku.....tih...tih...tih...dan jugak henpon isteri aku.....

Dan juga merembat sekeping laptop...walopon tak bejaya untuk merembat sekilo epal putih..huhuhu....kira okeh laa.....
Aku baru balik dari Shah Alam semalam...hari ni dah masuk keje..penat yang gitu-gitu akibat memandu sang kancil dalam keadaan yang berlibat lutut. Huiii.....nampak gaya kena tukar estima nih......huuuaaaaa...huaaaaa....(gelak zalim)..
ok laa...aku nak santai jap....sekian, wassalam..



Wednesday, May 27, 2009

Bila H1N1 tergolek di atas jalan (tadi tak ingat save)


Ape dah..tadi aku rasa dah save..tapi bila nak edit, yillek plak...tepaksa taip balik dengan versi yang berlainan...

Hari ni aku ke pejabat berbaju batik..tapi batik bukanlah satu isu bagi aku walaupun aku berharap pemakaian pada hari khamis dimansuhkan dengan terimanya aku baju korporat hari ni....aahhh...biarkan....biarkan....aku nak citer benda lain...

Pagi tadi masa aku drive nak gi keje, mata terlihatlah oleh mata ku sekujur tubuh yang berkaler feveret Yaya yang tidak cukup sifat betul-betul di atas jalan bertemankan sekeping bumper kereta. Tatkala melintasi tubuh tersebut, maka terlihat sekali lagi oleh mata ku satu bentuk sfera dan mempunyai bentuk bulat berkembar. Lantas terdetik atau terkata dalam hatiku, "shitman!!...Ba Alif Ba Ya rupenye..!!"..Ape la pagi-pagi dah jumpe bendalah suwey tuh dengan perut terbarai kebasahan di samping bumper kereta tadi..Sape la yang malang sangat nak kena menyamak kereta beliau.

5 minit meneruskan perjalanan, satu pemandangan luar biasa lagi skali aku lihat..Di bawah wakaf menunggu, yang biasanya menjadi tempat melepak anak-anak muda, tapi pagi tadi aku tengok ada kereta sedang terbaring istirehat di atas wakaf tersebut. Selesa betul kereta tersebut melepakkan dirinya di situ dengan ke empat-empat tayar diangkat ke atas. Pemandu kehilangan beberapa jenis gigi. Kesian....kesian....kesian.....kata pembantu peribadi Encik Jamil...

Aku sampai jer opis, terus isi borang cuti rehat pasal esok nak gi Shah Alam..tapi dukacita dimaklumkan bahawa cuti anda tidak diluluskan kerana pengawal pusat yang meluluskan cuti tidaklah berada di pejabat..adeh....terpaksa la ari sabtu aku dah cabut balik Kelantan....hhmmmmm....

Balik pukul 2.00 karang aku nak gi Bank..nak bukak akaun...kalu takdak akaun, cemane aku draw pitis yang aku baru dapat...huhuhuhu....mintak-mintak lewwww sempat..

sekian, wassalam..

Nota : dah lama aku tak letak gambau dalam posting aku............

Monday, May 25, 2009

Bila P.Ramlee nyanyi lagu Pukul 3.00 Pagi


Aku nyanyi la lagu Pukul 3.30 Petang..Tapi kalu Ajis baca bunyi syair, sudin baca bunyi arab, aku nyanyi tak bunyi langsung..kalu dah nyanyi tak bunyi langsung, tu maknanya aku nyanyi dalam hati...Nape aku nyanyi dalam hati? bukan bermaksud aku masuk dalam hati aku untuk menyanyi...lupakan...

Skang ni hujan lebat, ribut petir di sekitar kawasan Jeli..dan aku masih was-was, adakah tingkap kereta aku telah ditutup rapat atau telah basah kuyup? kalau basah, ini bermakna kedudukan seluar aku dalam bahaya dan ini boleh menimbulkan fitnah terhadap mereka-mereka yang saja buat-buat bangang.

Walaupun seluar aku dalam bahaya, ianya tidak akan melemahkan semangat aku untuk masuk ke dalam Bank Rakyat pada pukul 3.30 petang karang. Kenapa? sebab sudah 6 bulan aku menunggu saat-saat sebegini...mungkinkah saudara mara aku makin bertambah walaupun mereka tidak tahu aku berkhidmat dengan MARA ?

Tak mengapalah.....yang pasti, MARA dah hantar surat pemberitahuan bayaran pinjaman tertunggak selama 21 bulan.....huhuhu..

Bayar je laa..........sekian.
nota : ketik la di sini --> http://www.youtube.com/watch?v=HE5FLv464mw

Bila Menteri Besar Bermain PingPong, Mufti Harga 1 Juta

Bunyi tajuk macam aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh kakitangan kerajaan negeri. bagus la tu..boleh sihatkan tubuh badan..takde la tiap-tiap hari keluar berita Adun sakit jantung, Adun darah tinggi, Menteri tertelan botol kicap...Maklum laa..skang ni macam-macam penyakit datang..Meniti Puitis (Meningitis), Cikgu Gedik (Cikugunya), Hai Cik Aini (H1N1)..Aku sendiri pun dah 3 hari MC..campak la pullooooookkkkkkk.......

Tapi ape kaitan ngan Menteri besar main ping pong? memang takde kaitan..ni blog aku...suka ati aku la nak letak tajuk ape..!! ape ko peduli..!!!

Tapi memang laa...dunia skang ni tak abis-abis dengan isu-isu yang tak boleh mengembangkan minda kanak-kanak...berebut nak jadi MB la...berebut nak jadi presiden la...ooooooiiiii...takde ke yang berebut nak jadi imam?? takde ke yang nak berebut jadi mufti? gaji mufti mahal oooooiiiiii......plak tu ada chance dapat 1 juta...apply la ooooiiii....senang je nak jadi mufti ni...komen pedas-pedas...bagi pendapat kaw-kaw...akhir tahun dapat sejuta, masuk tahun baru, senyap laa.......tu je....takyah susah-susah nak kipas orang...

hhmmm...aku ni nak apply jadi ape plak ek?

Aku merapu ni pasal aku masih dalam mood demam...huhuhu...rasa macam nak MC lagi je esok...tapi takpe laa....gi keje laa..........

Sekian, Wassalam

Nota : 1 Juta = harga untuk 2 unit Solex (mangga) untuk mengunci mulut dan tangan.............

Sunday, May 17, 2009

Mei dengan Jun adalah Jiran

Mei

- 25 haribulan ni, gaji dah masuk
- 25 haribulan ni, genap setahun aku keje ngan MARA
- 28 Mei ni ada sambutan Hari Guru peringkat maktab

Jun

- 3 & 4 haribulan aku ada exam perkhidmatan MARA
- 7 haribulan kakak ipar aku bertendang
- 12 haribulan member aku kawin la plak
- Aku nak sambau kete baru
- Aku nak beli Lenovo (epal putih pospon dulu)
- Nak sambung stimik kat umah
- Nak beli DSLR sekor

Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

1 MALAYSIA, 2 THAILAND, 3 INDONESIA
RAKYAT DIDAHULUKAN, PEMIMPIN DIUTAMAKAN

__________________________
(TUN JUSOH BIN MASDUQI

Saturday, May 16, 2009

Ada apa hari ni

Hari ni 17 Mei 2009, semalam 16 Mei 2009 adelah Hari Guru. Maka, Selamat Hari Guru untuk semua guru.
Hari ni 17 Mei 2009. YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan menaiki Perodua Kancil datang ke Maktab Rendah Sains MARA Jeli untuk mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan Daerah Jeli dan juga mempengerusikan Seminar Pembangunan Daerah Jeli.
Hari ni 17 Mei 2009, pukul 1.30 Tengahari, majlis pecah tanah Universiti Malaysia Kelantan, Jeli akan disempurnakan oleh YB Dato' Pa.
sekian, wassalam..
nota : YB Dato' Pa adelah salah sorang tokoh Umno yang aku respect selain dari YM Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Zaid Ibrahim...yang lain, yilleknek...tambah-tambah Cekedet ngan Berahim Ali

Wednesday, May 13, 2009

Hikayat Patih Kurma Wijaja

Oit jaja....bak balik gambau paspot aku...udah-udah la simpan gambau aku..aku dah save gambau sport rim kete abang din ko...satgi kalu ko tak buang gambau tu, aku MMS plak gambau sport rim tu kat dia...hawhawhaw.....Aku tak kisah masuk ISA pasal ugut ko...janji pueh ati....huhuhu...eh? nape spacing entry aku ni besau sangat? cemana nak ejas? hhmmm...walopon aku kacak dan berketerampilan, tapi aku masih lagi tak pasti ape masalah ngan blog aku ni sampai aku tak buleh pakai domain jusoh.com..tu je la...

nota : sukatikilo aku la nak letak tajuk ape pun...

Monday, May 11, 2009

Kebenaran

Takde ape nak tulis..just nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin kerana berjaya mengekalkan kerusi Menteri Besar Perak.. Inilah yang dinamakan KETUANAN RAKYAT.........
Buat Datuk Zambry, tak reti-reti lagi? blah laa...hawhawhaw

Thursday, May 07, 2009

Bodoh..bangang...dan mangkuk jamban

Ketik sini...

Kenapa perlu meniru produk haram?

Contoh : Korang nampak kambing (bukan Zulkhairi)...korang pasti itu kambing..dan kambing itu melintas jalan tatkala anda memecut kereta anda..lantas dek kerana terkejut, korang terlanggar kambing tersebut..dan tatkala kambing itu sedang menghadapi sakarutul maut, penduduk kampung cepat-cepat semelih kambing tu kerana kambing tu masih lagi halal untuk di makan.

Tapi korang, dek kerana nak puas hati pasal kereta korang dah remuk, punyalah galak dok sumpah seranah kambing tu....pundek punye kambing..babi punye kambing...anjing punya kambing...habis kete aku....

Maka secara mandatorinya, daging kambing yang disemeblih tadi haram...diulang, H.A.R.A.M..HARAM untuk korang makan jika sekiranya penduduk kampung situ bermurah hati nak sedekah daging kambing tu kat anda.....

So, ni nak pasarkan bir halal...memang la halal...takde alkohol...tapi, tengok la botol tu..dah ada iras-iras yang haram....untuk apa? nak latih budak-budak supaya berjinak-jinak ngan arak? nak bagi mudah orang melayu beli arak yang betul-betul haram? nak bagi artis-artis, menteri-menteri kat Malaysia ni rasa bangga dapat minum bir halal ni depan khalayak ramai? maka dorang pun cakap dengan nada bergurau, "best jugak arak baru ni.....tak sia-sia aku beli..."...maka, toksah cakap banyak, ape yang dorang minum tu terus jadi haram walopon mula-mula minum tu tak haram...

Kerajaan kita skang ni bangang ke ape? PM tua ker...muda ker...palotak sama jer...tukar la puluh-puluh ratus menteri JPN bahagian agama pun, sama jer.....YES MAN jer lebih....Mufti Perak pun dah gelap mata dah skang ni pasal dah dapat 1 Juta....ada duit, mulut buleh tutup.....bodo...bangang..kambing...lembu...H1N1...!!!

sekian, wassalam....

nota : aku try tukar balik pakai subdomain blogger...kot-kot pasal tu blog aku tak update.....

Wednesday, May 06, 2009

Anney Kumalasari


Blog lama aku


Hepi 2nd Anney Kumalasari (Anniversary) buat orang-orang Kampung Sri 360. Walopon aku terliwat 1 hari untuk post entry ni, tapi takpe la...Jubli Sultan Kedah pun sebulan dorang sambut.
Hmmm..korang buat gathering lagi ker? ape nak buat...keadaan tak mengizinkan aku untuk terbang ke sana untuk satu tempoh yang diperlukan...Jumpa korang dalam kotak monitor pon kira dah cukup bagus dah bagi aku...sebelum aku bergiat aktif ngan blog ni, tak penah aku jumpe kawan-kawan se'ceplos' korang...baguih sangat...hahaha..

Aku nak menyorot jugak la kisah-kisah dulu walopon akuk ni bukanlah diklasifikasikan sebagai cencorot..

Al-kisahnya......jeng...jeng...jeng...

Tak silap la aku, start memblog ni pada awal tahun 2005 ker 2006 ek? Masa tu aku aktif kat Myspace...pastu, macam bosan, aku pindah kat Friendster..kat friendster tu, aku add lew kawan-kawan lama aku masa kat skolah...kazen aku yang dulu blajau kat Uitm Dungun..tu je la...lain orang aku tak add pon pasal tak kenal..dalam sebulan tak silap, aku kenal Jaja. Jaja ni kawan aku punye kazen masa kat Dungun. ade mungkin la dia PM aku kat penster pasal dia tertarik dengan keperibadian aku do berbalas comment ngan kazen aku...hawhawhaw.....

Perkenalan ngan Jaja la yang paling aku tak buleh nak lupa..sampaikan sumer orang dok ingatkan aku syok kat Jaja...hawhawhaw....sori Jaja..aku terpaksa ceritakan pada semua kerana bulan ni adalah bulan memperingati Jubli Logam Kampung Sri 360.



PM Jaja ke-2



PM Jaja Pertama

Jadi, start dar PM tu, Jaja invite aku untuk join dia kat YM..masa tu aku pakai nick Aduuus..dia pakai Missjaja...Time tuh tak silap aku, Jaja kenalkan aku dengan Aju, Kmazz, Fasha, K.E (Kambeng Eskimo), dan Hadi (Kakitangan JKR). Pastu bila dah lama skit, dalam tak sampai sbulan, Sapit (Tok Ketua) , Bha dan Som dijebakkan oleh K.E dan Zila (Dory) dijerumuskan oleh Jaja ke dalam kancah ke'ceplos'an kitorang.

Time tu jugak jaja telah menyogok aku dengan blog Yahoo!360...aku ingatkan bendalahape la Yahoo!360 tuh..tapi bila dah lama dok pakai, rasa best plak...start hari tu, bermula la kerosakan serius otak-otak mereka termasuk aku skali. Kencing, hancing, ketiak, bonggok, mengong, sengal adalah antara perkataan-perkataan popular masa tu..Pastu kat Yahoo!360 kenal la plak ngan Nabil, Mem Aloyah , Mamaket, Zool, Bukit , Yaya, Doordie dan macam-macam lagi...

Kali pertama jumpa kawan-kawan kat blog adelah pada tahun yang sama. Lebih kurang 5 - 6 bulan kenal masing-masing dalam kotak monitor..hari petama jumpe Sapit, K.E, Jaja, Aju ngan Hadi....Hari kedua, Jaja bawak aku jumpe Kmazz ngan Fasha..K.E la yang paling kerap aku jumpe...hish.....pastu dia bawak aku jumpe Som...

Last aku jumpe korang (geng lama) ye lah pada malam Final World Cup 2006 kot...Masa tu yang ada cuma aku, K.E, Hadi ngan Kmaz...lain sume yillek.....

Tu la yang penah aku jumpe..pastu takde dah...skang ni, blogger-blogger lama 50% dah menyepi...masing-masing dah bawak haluan masing-masing..Hadi sibuk ngan JKR dia...Kmaz sibuk ngan kampeni NAZA dia...Fasha sibuk ngan ASTRO dia lagi kot...Som ntah kemana...

Lepas je aku buleh keje, terus aku slow memblog...mati kutu dah...blur...tau-tau, geng 360 dah bertambah......lama tu, Yahoo!360 dah monopos..takleh wat keje dah....ujung taun lepas, sumer dah pindah masuk blogspot...Tapi skang ni, blogspot macam bangang sikit...aku punye la bebuih dok update blog...tapi orang lain taleh view aku punye update......Cis!! Makalele btol.!!!

Tak kisah lew...ape-apehal pon, Selamat Hari Raya, Selamat Menyambut Jubli Logam untuk Kampung Sri 360.....semoga berkekalan sampai ke Anak cucu....Amiiin...

Nota Jambu : Sebenarnya banyak lagi aku nak citer..tapi asek kena panggil wat keje jer..abes sumer idea.......huh..

Monday, May 04, 2009

Hish.....dan cekadak..


Aku sebenarnya takde selera nak update blog hari ni..ye laaaa.....letih aku dok tekan F5 ngan klik button refresh kat browser nih...kot-kot browser aku ni banyak makan cookies, tu pasal sumer blog yang aku link dok show entry yang dah berkurun..tapi telahan aku meleset seperti mana aku meleset taik idung di dinding rumah. Aku log in masuk aku punyer account, berderet blog-blog yang dah update dorang punye entry...cis punye blogspot..nak kena tarah macam Yahoo360! dulu ker? bastand btol..!!


Sebenar-betulnya, aku just nak cakap, aku dah gi amek moto kat kedau semalam...hulala....kaler putih...plat DBL sekian, sekian.....tapi gambau tak amek lagi....jadi, aku cilok la dulu gambau kat dalam tenet lagi skali nak bagi dory berhasad dengki...hawhawhaw....


Tu je laa...nak balik dah.....cccccccciiiiiiioooww...
nota : sejak bila plak aku taip blog pakai perenggan nih....

Saturday, May 02, 2009

Tragedi Tak bai ? owh..tidak..ini tragedi lain...

Tengah aku berselera termenung depan pc tanpa ada sapa-sapa di sekeliling, aku teringat satu kejadian ngeri yang betul-betul berlaku di depan mata kepala aku sendiri. Huh, bila ingat balik (walaupun tajuk "aku tak nak ingat lagi), confirm aku tak lena tidur, aku tak ada selera nak makan dan badan aku kekeringan dan berbau hamis kerana tidak mandi.
Ceritanya bermula begini....(bunyi effect daun pelepah kelapa ditiup angin).
Cerita ni dah lama..17 tahun yang lepas. Daya ingatan aku masih kuat walaupun dalam tempoh tersebut, entah berapa kali aku termakan semut.
Masa tu umur aku 10 tahun. Darjah 6, pegi sekolah galas beg Swan, pakai kasut BM2000 bertampal dan tidak berkaca mata. Hari tu cuti sekolah. Bila mana cuti sekolah, bermakna aku tidak ke sekolah (sepatutnya). Tetapi dek kerana kecenderungan minat untuk melihat bangunan sekolah, aku ringankan jua kaki aku untuk mengayuh basikal ke sekolah secara individu. Lupa plak, masa tu jam digital (beli pasar malam, harga RM5.00) aku menunjukkan pukul 6.30 petang.
Bayangkan betapa baghalnya aku masa tu. Senja-senja kutu pun buleh lagi nak pegi sekolah walopon kerajaan dah menetapkan hari tersebut adalah cuti mingguan (Durian ko tak tau cite ni pasal ko masuk skolah tu pun lambat). Stabuxguy pun tak tau pasal time-time cuti dia selalu pegi main masak-masak kat umah kawan pompuan.
Ok..ok...mari teruskan cerita..masa tu aku sampai kat pintu pagar sekolah. Aku terus kayuh basikal menuju ke padang sekolah. Time tu dah 6.45 petang. Aku sdiri pun taktau nape aku ye-ye sangat nak pegi kat padang sekolah tu. Dah la senja..orang 'yillek'. Buleh plak aku kayuh basikal sorang-sorang kat tengah-tengah padang tu.
Nak dijadikan cerita, tengah dok layan kayuh basikal sorang-sorang kat tengah padang, maka di salah satu sudut padang, maka terlihatlah olehku satu susuk lembaga yang seolah-olah sedang mencangkul tanah. Bila aku pegi dekat (lebih kurang dalam 10 meter), rupa-rupanya lembaga tu adalah kawan aku sendiri (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan).
Bila dah tau orang tu kawan aku, maka aku pun berasa tak sunyi la..macam korang jugak,,kalu ada kawan, takkan rasa sunyi lagi kot..Maka kitorang pun melepak sama-sama di bawah pohon tanjung di belakang asrama sekolah kejiranan. Tak sedau yang jam dah pukul 7.15 malam dah. Tengah best borak-borak, kawan aku tu buka bekal yang dia bawak (giler..datang sekolah time cuti pun bawak bekal..semangat kebangsaan betul).. Maka dia pun mempelawa aku makan cekodok pisang yang dibawanya,,
Makan punya makan punya makan, dah pukul 7.30 malam. kawan aku tu meminta diri untuk pulang ke rumah. Aku pun menyerahkanlah dirinya untuk dibawa balik. Tinggal aku keseorangan bertemankan basikal mini yang abah aku beli 2 bulan yang lepas.
Oleh kerana kesunyian, dan tidak tahu apa yang nak dibuat, aku duduk bersandar pada sebatang pokok tanjung sambil menghisap rokok daun. Sambil-sambil tu aku memetik gitar dan menyanyi menghiburkan hati. Burung-burung berkicauan terbang bebas di angkasa, ayam-ayam mematuk padi, itik-itik berenang riang. Sungguh permai suasana di tengah sawah. Lantas terfikir olehku, sampai bila agaknya kedamaian kampung, kesegaran udara, keharmonian penduduk akan berterusan? atau mungkinkah selepas ini tidak ada lagi suasana seperti ini?
Arrghh..aku tidak mampu untuk memikirkannya...aku tak sanggup...aku tak sanggup kehilangan semua ini..warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman-berzaman, bakal pupus dek kerakusan anak cucu memperkosa keindahan alam...
Aku tersentak dengan bunyi kapal terbang yang sungguh bingit. lantas aku menghidupkan enjin helikopter dan meneruskan perjalanan. perjalanan aku masih jauh. Penumpang-penumpang lain semua sudah lena diulit mimpi. Hanya tinggal aku saja yang masih terkebil-kebil melihat ke luar jendela rumah. Di mana kawan-kawan lama aku dulu? yang dulu sama-sama memukat ikan..yang sama-sama bermain lumpur? masih ingatkah lagi mereka padaku? aarrgghh...aku tersentak lagi.....ibuku memanggilku...lemang yang dibakar sudah rentung...daun ketupat belum dianyam..esok dah nak raya..macam mana ni? aah...lantak la...Raya bukan semata-mata untuk makan lemang dan ketupat..jadi jangan kita terlalu bida'ah dalam sesuatu perkara. kelak akan menimbulkan fitnah..
Akhir kata, tidak perlu kita bertafakur di depan tugu negara setiap kali menyambut Hari Pahlawan kerana patung tersebut tidak boleh memberi kita makan, pakaian mahupun kereta baru.
Tamat.
nota bangang seketul janggut : Ape yang tragedi? aku sebenarnya tengah praktis menaip.......

Yesterday..Today..Pak Pandey

Semalam punya hari cukup panas.
"asek-asek citer pasal panas jer..pasal sejuk takde ke?",
Ade, semalam jugak, tapi belah malam, sejuk..sampai aku kesejukan. Nasib baik wife aku ada kat sebelah.
Tunggu la aku citer satu-satu..gelojoh betul la korang.
Tengok, abis lupa aku nak tulis. ha, semalam adalah sambungan dari acara minggu lepas yakni mengemaskini rumah. Tugas aku adelah menebuk lubang (fokuskan pemikiran anda. Jangan melencong). Tebuk lubang dinding la untuk gantung frame-frame gambau. Begegar palotak aku tatkala men'drill'.
Fuh, tu pun tak siap sepenuh jugak. Ada lagi baki 3 minggu untuk siapkan rumah aku. Kenapa? huh..ni kakak ipau aku punyer pasal la ni. Nak bertendang, eh? nak bertunang ngalahkan nak kawin. Ala-ala dah ler.Nasib baik la dia suruh tukau cat dinding, ubah layout jer...kalu dia suruh tukar rumah cemana? Tak ker aku tepaksa buat rumah macam Yusof Kaslam? tak ndak la aku..tak pepasal runtuh..huhuhu.
Semalam punya hal, aku tak gi mana-mana pun..kat rumah jer..orang lain sibuk gi tengok apekemende tu? Sua Rasa? ape tu? Bersua dan Merasa? rasa apa? rasa panas? rasa jalan jem? baik aku rasa masakan isteri aku kat umah. buleh gak upah..hawhawhaw..Nak pegi sana, kat Kota Bharu nun..lupakan je la..kat Tanah merah nan permai ni pun bawak kete macam kita yang angkut bawak kete. Dah macam perbarisan lintas hormat diraja dah. Tu baru nak gi beli paper. kalu nak gi soping? tak ke rasa macam pikul bulldozer?
Petang, takde keje nak buat. aku gi ler jenjalan kat IKEA 2nd hand..hawhawhaw..saje nengok-nengok perabot-perabot import terpakai yang orang dah tak pakai lagi..kat kelantan ni banyak bundle-bundle perabot. kat tempat lain aku taktau la ade ke tak. ade gak kot. Gi tak sampai sploh minit, terus blah.
Petang jugak...angin dah mula kencing..eh, kencang..langit membawak awan mendung berarak. Menandakan hari akan disirami hujan. Cis, berfalsafah plak. betul aku cakap, hujan pun turun..sampai malam tatkala aku menonton ketewasan pasukan The Red Warrior lagi skali. Apejadah dorang main. melukakan parut lama. lantak la, bukan aku dapat pegi Old trafford pun. pastu tengok James Bond plak sampai tertidur.
Aiseh..ingat buleh tidur dengan keselesaan menyeluruh. Rupanya tidak...kene seleseme plak....tapi bukan selesema mughallazah atau H1N1. biasa-biasa je..
Hari ni, dah masuk keje...sunyi..sepi jer blog aku...bukan takat blog aku je sunyi, dalam opis pon sunyi gok..big boss sumer ilang tah kemana mengulau...tinggal yang bilis-bilis jer..lantak la..ade aku kisah?
Lepas ni aku tak tau nak buat ape dah....ape lagi...layan tenet jer laa....
Sekian, harap baca.

Friday, May 01, 2009

Aktiviti hari pekerja yang sepatutnya cuti

  1. Terbangun pagi pasal my mom call cakap pi tengok adik kat rumah pasal my parent nak gi penang..amek haku punya bro.
  2. Pegi beli ayam (dah meninggal)...pelik, kate harga daging ayam naik, tapi apesal wife aku beli yang gedabak punya besau, harga RM9.00 jer....
  3. Balik rumah, berguling-guling aku baca paper Sinar Harian, Harian Metro ngan Harakah
  4. Mandi nak gi solat Jumaat
  5. Balik dari masjid, singgah kedai bapak aku..donlot ape yang patut
  6. Sampai rumah, berguling lagi sekali melepaskan penat yang termaktub dalam jiwa sekular
  7. Sambung decorate rumah yang terbengkalai minggu lepas (penat weh)
  8. Bakau sampah secara terbuka (kat kelantan takpe..bomba tak tangkap pon)
  9. Mandi-manda
  10. Semayang Asar
  11. Semayang Maghrib
  12. Skang ni kat umah parent pasal dorang tak balik lagi
  13. Kat depan aku adelah wife aku yang tengah memasak (aku blog kat dapur)
  14. Tunggu nak makan nasit jap lagi
  15. Lauk dah berbau dah
  16. Aku tengah taip perkara ke 16
  17. Aku lupa la ape artikel 17 dalam buku perlembagaan persekutuan
  18. Lambat btol JPJ proses no. plat moto nih
  19. Haih...dah masuk no.19
  20. 20 ni birthday aku...tapi bulan 1 laa...dah lepas dah
  21. Lupa nak cakap, petang tadi mak aku call, cakap dia on the way nak balik dah..tadi dok kat Grik dah....tapi tiba-tiba jer bapak aku sesak nafas, terus pegi sepital Grik..masa tu bapak aku kat dalam bilik kecemasan...harap dia ok dan selamat sampai rumah malam karang (skang ni tak sampai lagi..)

ok la...lauk dah masak, nasit pon dah masak, idea aku pon dah abes...sekian saja untuk semua warga blogger.....tata.......