Thursday, December 16, 2010

Azam baru

azam baru? Ya, 2011 semakin hampir. Azam mesti diperbaharui. NTV7 pun dah tayang balik program seekers.

Macam orang lain, aku pun ada azam baru juga. Selain dari menjadi seorang bapa yang bagus yang akan mendidik anaknya supaya tidak berkawan dengan channel 611, dengan aznil, dengan akademi fantasia, aku juga akan berhenti merokok.

Tunggu! Berhenti merokok? Perlu dikaji semula. Ada kajian di jakarta kalu tak silap, merokok menyihatkan tubuh badan. Hmm, jadi aku terpaksa mencari azam lain.

Jadi, azam aku tahun depan....

Aku nak isi angin tayar kereta seminggu sekali agar isteri aku tidak berleter lagi

Wednesday, December 15, 2010

Lagenda Budak Setan

Kalau tak silap, bulan Mei tahun lepas aku ada tulis pasal aku beli telefon pintar baru. Ya, telefon pintar baru itu dinamakan Sony Ericcson W960i yang ketika itu berharga kurang RM1 nak cukup RM1,000.

Maklum saja telefon pintar yang menggunakan pelantar Symbian UIQ ni banyak dia punya aplikasi-aplikasi dalam internet. Macam-macam boleh install. Kebetulan aku pula jenis yang suka mencari ketentuan-ketentuan sendiri dalam mencanggihkan lagi telefon pintar agar sedap-sedap pakai.

Awal bulan Disember 2010, aku cuba untuk muat turun aplikasi GDesk dimana ianya bertujuan membolehkan pengguna mengubah ketetapan telefon pintar ikut sedap hati dan ikut suka. Boleh ubah jadi Iphone, jadi HTC dan macam-macam lagi telefon pintar tak mampu milik.

Lantas aku melayari laman sesawang. Hampir sawan aku ketika itu jalur internet begitu menyiput. Sementara menunggu selesai muat turun, aku membelek-belek telefon pintar yang mempunyai skrin sesentuh tersebut. Ah, skrinnya sudah berminyak. Kata orang Kelantan, ‘Kelaring’. Dan juga berdebu dari dalam.

Aku mengambil inisiatif untuk membuka skrin tersebut untuk mencuci bahagian dalam skrin.

***

Aku berjaya mencuci skrin sesentuh telefon pintar aku. Aku pasang balik. Aku nak SMS isteri aku.
Skrin tak ada tindak balas.

***

Aku batalkan memuat turun aplikasi tersebut.

Celaka! Setan punya telefon pintar!!

Warm up

Blog aku ni masih lagi mengalami proses muhasabah diri. Persiapan diri masih belum lengkap bagi menghadapi tahun 2011. Aku pulak kena la pelan-pelan kayuh atau pelan-pelan tulis.

Hari ni 16 Disember 2010. Masih lagi cuti sekolah dan masih lagi musim tengkujuh. Tapi tengkujuh tahun ni macam kurang kiraan sampai tujuh pasal tak berapa nak hujan. Mungkin bagi peluang orang kapir sambut krismas dulu kot.

Sekian, aku lapar.

Thursday, October 28, 2010