Thursday, February 10, 2011

14 Februari vs 15 Februari

Lagi empat hari, 14 Februari muncul. Aku syak hotel-hotel mahal tak ingat, murah tak boleh pergi, rumah bujang, tepi pantai, tasik, sungai, paya, tali air, dalam kereta, atas motor, atas katil, dalam tandas, dalam kolam air dan di mana-mana sahaja pasti ramai yang menyambut ketibaan 14 Februari.

Percantuman dua DNA di bawah sinaran bulan purnama, bulan sabit, bulan sakit, bulan terlindung, di bawah sinaran matahari (memang tahap neraka jahanam buat kerja masa ni), di dalam kesejukan penghawa dingin, kesederhanaan kipas meja dan di apa-apa jua keadaan sekalipun tetap tidak merisaukan manusia berkuasa besar.

"Apa ada hal? lagipun esoknya kita bertaubat la sambil berbaris ramai-ramai", kata mereka yang berkenaan yang ada pingat penuh satu almari.

"Lagipun 15 Februari kan Maulud Nabi. Malaikat mana sempat nak menulis amalan kita", sambung mereka yang berkenaan dengan lagak tak takut tuhan.

"Malaikat sibuk prepare buku nak tulis pahala orang berbaris sambut hari kebesaran nabi esok", tambah mereka yang berkenaan dengan lagak nak kena laknat.

Jadi, pilih antara tiga :

1. Nak sambut 14 Februari,
2. Nak berbaris pada 15 februari, atau
3. Duduk rumah/masjid solat hajat, baca quran, berzikir

Thursday, December 16, 2010

Azam baru

azam baru? Ya, 2011 semakin hampir. Azam mesti diperbaharui. NTV7 pun dah tayang balik program seekers.

Macam orang lain, aku pun ada azam baru juga. Selain dari menjadi seorang bapa yang bagus yang akan mendidik anaknya supaya tidak berkawan dengan channel 611, dengan aznil, dengan akademi fantasia, aku juga akan berhenti merokok.

Tunggu! Berhenti merokok? Perlu dikaji semula. Ada kajian di jakarta kalu tak silap, merokok menyihatkan tubuh badan. Hmm, jadi aku terpaksa mencari azam lain.

Jadi, azam aku tahun depan....

Aku nak isi angin tayar kereta seminggu sekali agar isteri aku tidak berleter lagi

Wednesday, December 15, 2010

Lagenda Budak Setan

Kalau tak silap, bulan Mei tahun lepas aku ada tulis pasal aku beli telefon pintar baru. Ya, telefon pintar baru itu dinamakan Sony Ericcson W960i yang ketika itu berharga kurang RM1 nak cukup RM1,000.

Maklum saja telefon pintar yang menggunakan pelantar Symbian UIQ ni banyak dia punya aplikasi-aplikasi dalam internet. Macam-macam boleh install. Kebetulan aku pula jenis yang suka mencari ketentuan-ketentuan sendiri dalam mencanggihkan lagi telefon pintar agar sedap-sedap pakai.

Awal bulan Disember 2010, aku cuba untuk muat turun aplikasi GDesk dimana ianya bertujuan membolehkan pengguna mengubah ketetapan telefon pintar ikut sedap hati dan ikut suka. Boleh ubah jadi Iphone, jadi HTC dan macam-macam lagi telefon pintar tak mampu milik.

Lantas aku melayari laman sesawang. Hampir sawan aku ketika itu jalur internet begitu menyiput. Sementara menunggu selesai muat turun, aku membelek-belek telefon pintar yang mempunyai skrin sesentuh tersebut. Ah, skrinnya sudah berminyak. Kata orang Kelantan, ‘Kelaring’. Dan juga berdebu dari dalam.

Aku mengambil inisiatif untuk membuka skrin tersebut untuk mencuci bahagian dalam skrin.

***

Aku berjaya mencuci skrin sesentuh telefon pintar aku. Aku pasang balik. Aku nak SMS isteri aku.
Skrin tak ada tindak balas.

***

Aku batalkan memuat turun aplikasi tersebut.

Celaka! Setan punya telefon pintar!!