Tuesday, December 30, 2008

Tahun 2009 ialah esok

Malam ni, tepat jam 12:00 pagi, pasti ramai monyet-monyet yang akan keluar dari hutan menuju ke bandar-bandar besar (maaf, istilah monyet hanya ditujukan kepada segelintir sahaja). Monyet-monyet ini pastinya seronok apabila terdengar manusia membilang nombor secara songsang dalam kiraan sepuluh.
Apabila sampai ke nombor kosong, mereka tanpa segan-silu mengaku faham erti kemerdekaan.?? (bodoh, aku ingat nak sambut merdeka..!!). Sebenarnya monyet-monyet ini menunggu waktu berubahnya tahun 2008 kepada tahun 2009 atau dengan bahasa mudahnya, Tahun Baru.
Setelah genap jam 12:00 pagi, monyet-monyet ini akan membuka botol-botol najis dan menghidupkan enjin motor masing-masing (ada jugak monyet pandai bawak motor)..Setelah puas berada di khalayak ramai, mereka akan beredar menuju ke tempat sunyi untuk menjalankan aktiviti khalwat dan maksiat.
Apa inikah ertinya menyambut tahun baru? apa inikah ertinya azam baru? Cis!! aku bercakap seperti pakar motivasi..
Aku taknak taip panjang-panjang..aku cuma ingin berazam baru..macam tahun-tahun sudah jugak..tak salah sekiranya berazam..aku suka berazam..tapi aku rasa dalam 100 azam aku, 1 je tertunai..tu pun dalam seminggu paling lama..hahaha..at least aku berazam macam orang lain jugak..
Antara azam aku tahun 2009 adalah :-
  1. Nak gemukkan badan (sebab dah jadi pengikut durian - malas aku nak taip link kat blog ko..haha)
  2. Nak benti merokok dunhill 14 (kena faham betul-betul)
  3. Nak buat loan bank rakyat (beli moto, beli kete, beli dslr, beli stokin)
  4. Nak dapat anugerah khidmat cemerlang
  5. Nak dapat 50 psm
  6. Nak try buat teknik tahyat
  7. Nak generate baby (setahun dah aku warm-up, buat latih tubi..)
  8. Nak suruh Hismul Azzam bin Muhd Hatta tulis blog....

Banyak lagi azam yang akan menyusul dari masa ke semasa..nanti aku update..

Sekian, tahun baru...

Nota baru** : Stabuxguy & Durian Bangkok !! bila nak buat reunion 6C ?

Saturday, December 27, 2008

Metrosexual

Hish...lemah btol jiwa kalu kena tag..tak buat kan, orang kata tak user interface..buat kan, macam metrosexual plak..oleh kerana yang mengetag ni dari keturunan aku jugak, belasah je la walopon aku bukan jenis yang begitu....dan satu lagi fakta, aku tak suka baca Harian Metro

1) Do u think you're hot?

Kadang-kadang..tapi kalu demam, memang ada rasa panas dalam..tuh pasal kena minum air cap badak. Orang kata air tu boleh sejukkan badan..tapi aku rasa selain dari melegakan tekak yang haus, takde rasa apa-apa pun...shit !! aku tertipu..


2) Upload your favourite picture of you!


3) Why do you like that picture?

Aku tampak ayu je dalam gambar ni..

4)When the last time you ate pizza?

Tak pasal-pasal tanya pasal makan pizza..apa kes? Makanan lain
tak boleh tanya ke? Seperti makanan ruji ke..makanan uji rashid ke...

5) The last song you listened to?

Songkok!! Pasal baru tadi balik dari semayang jumaat...

6) What are you doing now beside this?

tekan pepunat keyboard..di samping itu, aku jugak sedang menatap skrin monitor...(wah..ada can nak dapat 50 psm nih..)


7) What name would you prefer besides yours?

Sape?? Sape??

'MEREKA' yg akan ditag adalah seperti berikut :

1- Che Det

2- Dollah Badawi a.k.a Imam Hadhari

3- Shabery Cheek

4- Barrack Obama

5- George W Bush

8) Who is number 1?

Mantan PM Malaysia yang skang ni tengah sebat2 Pak Lah dan tengah dok angkat bakul Mukhriz

9) Number 2 is having a relationship with?

Anak menantu beliau dan Patrick

10) Say something about number 3?

Hahaha....bebuih la mulut dia

11) How about number 4?

Orang kulit manggis pertama jadi presiden Amerika..tak brapa kenal lagi nih...

12) Who is number 5?

Yang ni lagi syahdu...lepas ni confirm fobia bila isteri dia nak order kasut dalam katalog....








Tuesday, December 23, 2008

Esok cuti walaupun Rabu

Lagi 15 minit aku nak cuti..Rabu cuti, kamis cuti, jumaat cuti dan sabtu juga cuti...tetapi hari Ahad terpaksa menjadi pengetua sambilan kerana mereka-mereka yang lain ambek cuti secara pukal...dan hari senin aku kembali cuti seperti biasa sebelum masuk keje balik hari selasa, rabu, dan khamis...
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat seluruh umat Islam seluruhnya...semoga di tahun baru menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat korang semua...selamat hari raya, eh? selamat tahun baru..maaf zahir batin.....

Sunday, December 21, 2008

Menerobos ke zaman Foya

Haloh laa...underware nak gi lepak-lepak minum sempat lagi tuh nak begambar...

Walapon kami tidak berbulu, namun kami tidak sekali-kali mengamalkan budaya songsang 'kulit kepala'

Sepital Ampang Puteri diserbu oleh sekumpulan gagak-gagak hitam dan putih

Walopon kami ganas, namun kami tidak lupa saranan kerajaan supaya rajin belajar..
**gambar hiasan

Whop...ni bukan wakil CNI walopon mamat kat depan tu ye-ye je wat thumbs up..mentang2 baru 3 hari join CNI

Speechless

Bergambar sebelum serangan tepung dan telur serta air longkang

Senantiasa bermaaf-maafan walopon dihujung jari

Kuliah yang bertajuk, 'kat mana nak lepak lepas ni'

Aiseh..aku termengorat misi laa...aku tak sedar bila masa gambar aku di ambil..
Insiden di Pusat Tahanan Guatemala

Model Sunsilk

Pembakaran Daging Ayam di Pantai bachok. Jam menunjukkan pukul 12 pagi lebih sikit

Ni kota Melaka ni..bukan Kota Marudu ataupun suka-suka nak tangkap anak berudu..















Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat :
Sarkawi Abduh (Mawi)
&
Asikin Mamat (Ekin)

Saturday, December 20, 2008

Proses menghasilkan Nickname baru yang agak rumit
jika tidak dilakukan dengan latihan spiritual yang jitu...

Berkuatkuasa serta-merta menjelang tahun baru, blog aku nih yakni http://www.lebihkurangla.blogspot.com/ adalah tidak relevan lagi dalam dunia pemblogan. Blog ini telah ditukar ganti dengan http://www.jusohbedil.blogspot.com/ .Walaubagaimanapun, isi kandungan blog masih lagi dikekalkan dalam keadaan comel (walaupun tengah sakit hati lagi pasal dah terdelete separuh entry..cissss..!!).




Kenapa blog ini dinamakan sedemikian (Jusoh bedil) ?




Ginilew ceritanya....




Dulu kat kampung aku (Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan), ada la sorang penduduk yang kejenya bawak senapang kulu-kilir kuar masuk kampung. Kerjayanya adalah pak guard sekolah dah beliau juga menjalankan freelance sebagai penembak babi hutan yang sering menyodok kebun tembikai mak aku..cilakak punya najis berat..tapi cerita ini tidak ada kena mengena pun dengan haiwan tersebut..




Nak dipanjangkan cerita, nama individu tersebut adalah Jusoh. Adapun suaranya amatlah kuat sehingga boleh kedengaran sejauh 10 batu nautika tatkala beliau menegur seseorang. Dek kerana terlalu kerap bersikap demikian, maka orang kampung terus menggelarkan beliau Jusoh Bedil (sempena dengan suaranya yang kuat umpama bedilan senapang beliau).



kenapa aku dikaitkan? ha..ni yang nak cerita nih...aku dulu masa kecit-kecit selalu lepak kat kampung sana..arwah nenet aku cakap (dia cakap la..) aku dulu suka sangat menjerit (bukan jerit yang kayuh beskal tuh)..tak tau pasal ape aku jerit..(barangkali aku ingat masa tu aku kat KL kot..). Tuh pasal la orang panggil aku Jusoh Bedil pasal jeritan aku mampu untuk menumpaskan bunyi lalakan Jusoh Bedil yang tulen..




Gelaran tu sebenarnya lekat dan popular sampai ke hari ni di kalangan sedara-mara aku.. Dulu seyes aku benci sangat ngan gelaran tuh..ada satu kes, aku berjaya membedal cousin aku sendiri menggunakan rantai beskal akibat dari gelaran tersebut...birat abis kat blakang tubuh...hahahaha...padan dengan belakang tubuh dia...




Tapi bila dah lama, aku dah lali dengan panggilan tersebut....hahaha...tahun baru ni, dengan rasminya aku akan menggunakan nick Jusoh bedil untuk membedil setiap huruf-huruf yang ada kat keyboard nih...pasal ape? pasal nick aku sebelum ni, Aduuus agak susah untuk dieja..kadang2 tak cukup huruf 'U', kadang2 telebih huruf 'U'..hui...rumit tu....


Jadi korang tak payah banyak soal, terima je la hakikat yang aku dah tukar nickname menjadi JUSOH BEDIL...selamat menyambut tahun baru 11 hari je lagi...


sekicau...!!

Thursday, December 18, 2008

15 Minit Lagi


skang pukul 4.45 petang waktu tempatan. kenapa?


sebab aku dah nak balik kejap lagi...


babai...



*** aku tengah sakit ati lagi dengan kebebalan aku tadi...cemana aku buleh pegi delete entry2 lama aku....haish...!!!!

Wednesday, December 17, 2008

Kebodohan melampau

wtf !@#@.. (ayat ini tidak diluluskan oleh FINAS) !

habis separuh entry aku terdelete..ape punya bengap la tuan tanah blog nih..!!!! ingat nak delete label je..sekali gi delete abis ngan entry ..hadooooooiiiiihh....!!!

seteres btol la aku..!!

sekian, wassalam