Tuesday, December 30, 2008

Tahun 2009 ialah esok

Malam ni, tepat jam 12:00 pagi, pasti ramai monyet-monyet yang akan keluar dari hutan menuju ke bandar-bandar besar (maaf, istilah monyet hanya ditujukan kepada segelintir sahaja). Monyet-monyet ini pastinya seronok apabila terdengar manusia membilang nombor secara songsang dalam kiraan sepuluh.
Apabila sampai ke nombor kosong, mereka tanpa segan-silu mengaku faham erti kemerdekaan.?? (bodoh, aku ingat nak sambut merdeka..!!). Sebenarnya monyet-monyet ini menunggu waktu berubahnya tahun 2008 kepada tahun 2009 atau dengan bahasa mudahnya, Tahun Baru.
Setelah genap jam 12:00 pagi, monyet-monyet ini akan membuka botol-botol najis dan menghidupkan enjin motor masing-masing (ada jugak monyet pandai bawak motor)..Setelah puas berada di khalayak ramai, mereka akan beredar menuju ke tempat sunyi untuk menjalankan aktiviti khalwat dan maksiat.
Apa inikah ertinya menyambut tahun baru? apa inikah ertinya azam baru? Cis!! aku bercakap seperti pakar motivasi..
Aku taknak taip panjang-panjang..aku cuma ingin berazam baru..macam tahun-tahun sudah jugak..tak salah sekiranya berazam..aku suka berazam..tapi aku rasa dalam 100 azam aku, 1 je tertunai..tu pun dalam seminggu paling lama..hahaha..at least aku berazam macam orang lain jugak..
Antara azam aku tahun 2009 adalah :-
  1. Nak gemukkan badan (sebab dah jadi pengikut durian - malas aku nak taip link kat blog ko..haha)
  2. Nak benti merokok dunhill 14 (kena faham betul-betul)
  3. Nak buat loan bank rakyat (beli moto, beli kete, beli dslr, beli stokin)
  4. Nak dapat anugerah khidmat cemerlang
  5. Nak dapat 50 psm
  6. Nak try buat teknik tahyat
  7. Nak generate baby (setahun dah aku warm-up, buat latih tubi..)
  8. Nak suruh Hismul Azzam bin Muhd Hatta tulis blog....

Banyak lagi azam yang akan menyusul dari masa ke semasa..nanti aku update..

Sekian, tahun baru...

Nota baru** : Stabuxguy & Durian Bangkok !! bila nak buat reunion 6C ?

Saturday, December 27, 2008

Metrosexual

Hish...lemah btol jiwa kalu kena tag..tak buat kan, orang kata tak user interface..buat kan, macam metrosexual plak..oleh kerana yang mengetag ni dari keturunan aku jugak, belasah je la walopon aku bukan jenis yang begitu....dan satu lagi fakta, aku tak suka baca Harian Metro

1) Do u think you're hot?

Kadang-kadang..tapi kalu demam, memang ada rasa panas dalam..tuh pasal kena minum air cap badak. Orang kata air tu boleh sejukkan badan..tapi aku rasa selain dari melegakan tekak yang haus, takde rasa apa-apa pun...shit !! aku tertipu..


2) Upload your favourite picture of you!


3) Why do you like that picture?

Aku tampak ayu je dalam gambar ni..

4)When the last time you ate pizza?

Tak pasal-pasal tanya pasal makan pizza..apa kes? Makanan lain
tak boleh tanya ke? Seperti makanan ruji ke..makanan uji rashid ke...

5) The last song you listened to?

Songkok!! Pasal baru tadi balik dari semayang jumaat...

6) What are you doing now beside this?

tekan pepunat keyboard..di samping itu, aku jugak sedang menatap skrin monitor...(wah..ada can nak dapat 50 psm nih..)


7) What name would you prefer besides yours?

Sape?? Sape??

'MEREKA' yg akan ditag adalah seperti berikut :

1- Che Det

2- Dollah Badawi a.k.a Imam Hadhari

3- Shabery Cheek

4- Barrack Obama

5- George W Bush

8) Who is number 1?

Mantan PM Malaysia yang skang ni tengah sebat2 Pak Lah dan tengah dok angkat bakul Mukhriz

9) Number 2 is having a relationship with?

Anak menantu beliau dan Patrick

10) Say something about number 3?

Hahaha....bebuih la mulut dia

11) How about number 4?

Orang kulit manggis pertama jadi presiden Amerika..tak brapa kenal lagi nih...

12) Who is number 5?

Yang ni lagi syahdu...lepas ni confirm fobia bila isteri dia nak order kasut dalam katalog....








Tuesday, December 23, 2008

Esok cuti walaupun Rabu

Lagi 15 minit aku nak cuti..Rabu cuti, kamis cuti, jumaat cuti dan sabtu juga cuti...tetapi hari Ahad terpaksa menjadi pengetua sambilan kerana mereka-mereka yang lain ambek cuti secara pukal...dan hari senin aku kembali cuti seperti biasa sebelum masuk keje balik hari selasa, rabu, dan khamis...
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat seluruh umat Islam seluruhnya...semoga di tahun baru menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat korang semua...selamat hari raya, eh? selamat tahun baru..maaf zahir batin.....

Sunday, December 21, 2008

Menerobos ke zaman Foya

Haloh laa...underware nak gi lepak-lepak minum sempat lagi tuh nak begambar...

Walapon kami tidak berbulu, namun kami tidak sekali-kali mengamalkan budaya songsang 'kulit kepala'

Sepital Ampang Puteri diserbu oleh sekumpulan gagak-gagak hitam dan putih

Walopon kami ganas, namun kami tidak lupa saranan kerajaan supaya rajin belajar..
**gambar hiasan

Whop...ni bukan wakil CNI walopon mamat kat depan tu ye-ye je wat thumbs up..mentang2 baru 3 hari join CNI

Speechless

Bergambar sebelum serangan tepung dan telur serta air longkang

Senantiasa bermaaf-maafan walopon dihujung jari

Kuliah yang bertajuk, 'kat mana nak lepak lepas ni'

Aiseh..aku termengorat misi laa...aku tak sedar bila masa gambar aku di ambil..
Insiden di Pusat Tahanan Guatemala

Model Sunsilk

Pembakaran Daging Ayam di Pantai bachok. Jam menunjukkan pukul 12 pagi lebih sikit

Ni kota Melaka ni..bukan Kota Marudu ataupun suka-suka nak tangkap anak berudu..















Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat :
Sarkawi Abduh (Mawi)
&
Asikin Mamat (Ekin)

Saturday, December 20, 2008

Proses menghasilkan Nickname baru yang agak rumit
jika tidak dilakukan dengan latihan spiritual yang jitu...

Berkuatkuasa serta-merta menjelang tahun baru, blog aku nih yakni http://www.lebihkurangla.blogspot.com/ adalah tidak relevan lagi dalam dunia pemblogan. Blog ini telah ditukar ganti dengan http://www.jusohbedil.blogspot.com/ .Walaubagaimanapun, isi kandungan blog masih lagi dikekalkan dalam keadaan comel (walaupun tengah sakit hati lagi pasal dah terdelete separuh entry..cissss..!!).




Kenapa blog ini dinamakan sedemikian (Jusoh bedil) ?




Ginilew ceritanya....




Dulu kat kampung aku (Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan), ada la sorang penduduk yang kejenya bawak senapang kulu-kilir kuar masuk kampung. Kerjayanya adalah pak guard sekolah dah beliau juga menjalankan freelance sebagai penembak babi hutan yang sering menyodok kebun tembikai mak aku..cilakak punya najis berat..tapi cerita ini tidak ada kena mengena pun dengan haiwan tersebut..




Nak dipanjangkan cerita, nama individu tersebut adalah Jusoh. Adapun suaranya amatlah kuat sehingga boleh kedengaran sejauh 10 batu nautika tatkala beliau menegur seseorang. Dek kerana terlalu kerap bersikap demikian, maka orang kampung terus menggelarkan beliau Jusoh Bedil (sempena dengan suaranya yang kuat umpama bedilan senapang beliau).



kenapa aku dikaitkan? ha..ni yang nak cerita nih...aku dulu masa kecit-kecit selalu lepak kat kampung sana..arwah nenet aku cakap (dia cakap la..) aku dulu suka sangat menjerit (bukan jerit yang kayuh beskal tuh)..tak tau pasal ape aku jerit..(barangkali aku ingat masa tu aku kat KL kot..). Tuh pasal la orang panggil aku Jusoh Bedil pasal jeritan aku mampu untuk menumpaskan bunyi lalakan Jusoh Bedil yang tulen..




Gelaran tu sebenarnya lekat dan popular sampai ke hari ni di kalangan sedara-mara aku.. Dulu seyes aku benci sangat ngan gelaran tuh..ada satu kes, aku berjaya membedal cousin aku sendiri menggunakan rantai beskal akibat dari gelaran tersebut...birat abis kat blakang tubuh...hahahaha...padan dengan belakang tubuh dia...




Tapi bila dah lama, aku dah lali dengan panggilan tersebut....hahaha...tahun baru ni, dengan rasminya aku akan menggunakan nick Jusoh bedil untuk membedil setiap huruf-huruf yang ada kat keyboard nih...pasal ape? pasal nick aku sebelum ni, Aduuus agak susah untuk dieja..kadang2 tak cukup huruf 'U', kadang2 telebih huruf 'U'..hui...rumit tu....


Jadi korang tak payah banyak soal, terima je la hakikat yang aku dah tukar nickname menjadi JUSOH BEDIL...selamat menyambut tahun baru 11 hari je lagi...


sekicau...!!

Thursday, December 18, 2008

15 Minit Lagi


skang pukul 4.45 petang waktu tempatan. kenapa?


sebab aku dah nak balik kejap lagi...


babai...



*** aku tengah sakit ati lagi dengan kebebalan aku tadi...cemana aku buleh pegi delete entry2 lama aku....haish...!!!!

Wednesday, December 17, 2008

Kebodohan melampau

wtf !@#@.. (ayat ini tidak diluluskan oleh FINAS) !

habis separuh entry aku terdelete..ape punya bengap la tuan tanah blog nih..!!!! ingat nak delete label je..sekali gi delete abis ngan entry ..hadooooooiiiiihh....!!!

seteres btol la aku..!!

sekian, wassalam

Monday, October 20, 2008

Serakah di Pagi Hujan

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan posting aku kali ni..Jangan belok kiri atau kanan..lain pulak jadinya..

Aku hanya nak cerita apa yang aku nak cerita..yang aku taknak cerita, korang je yang cerita atau suruh saja Khairy Jamaluddin yang cerita..semalam masa nunton telebisi, lengan aku rasa gatal-gatal..ade tompok-tompok merah yang menerjah..tapi aku tak ambil pusing walaupun 180 degree..30.23 minit kemudian, kegatalan semakin merebak..dari lengan terus ke tangan..dari tangan terus ke perut..dari perut terus ke paha..dari paha terus ke betis..aku tidak mengerti..kenapa?? mengapa?? di mana?? badan aku semakin kemerah-merahan sepertimana merahnya mentari di ufuk selatan..tak tahan menanggung derita, aku minta bantuan atau dengan kata lain, pertolongan dari Isteriku untuk menyapu ubat ke tubuh aku..

hhmm...bila aku fikir-fikirkan kembali mengapa jadi begini, ada dua kemungkinan yang berlaku.

pertama, mungkin jua aku disemburkan ubat gatal oleh ulat bulu yang melata-lata di jalanan..modus operandinya amat mudah, hanya merayap-rayap di atas lebuhraya, dan jika sekiranya ada makhluk yang menggesel-gesel atau memijak beliau, akan terus dipancutkan air gatal tersebut..bahaya kan??.


kedua,cuba anda perhatikan dunia kita sekarang terutama sekali di Malaysia..apa yang sedang berlaku? persetankan dulu hal ekonomi global yang kian meruncing..persetankan harga minyak yang baru turun 15sen..persetankan harga beras tak turun-turun...cuba perhatikan sikap orang-orang politik kita...ULAT BULU seperti yang dibicarakan tadi boleh ditakrifkan sebagai pembolehubah.

cita-cita untuk berkuasa, untuk berada di puncak kekuasaan, impian mengaut kekayaan berlipat-ganda, ingin mencari pengaruh sanggup mereka-mereka ini menjadi ULAT BULU..bukan setakat jadi ulat bulu, malah sanggup menjadi KELDAI, SERIGALA dan seumpamanya..fikir-fikirkanlah..

Namun, tidak semua orang politik di Malaysia mempunyai BULU..ada juga yang tidak berbulu..apa yang penting, kekuatan agama yang harus dijadikan pegangan..Niat yang ikhlas untuk membela nasib rakyat tidak kira Melayu, Cina, India, mahupun bangsa-bangsa lain..tidak perlu wujudkan jurang perkauman...hanya akan mengundang celaka kepada semua...

Dengan ini, saya ingin tujukan lagu SEPOHON KAYU untuk semua blogger yang mengenali diri ini..terimalah.......................

Kepulan asap di celah konsistensi amukan darjah tepu

Hish..apesal la aku asek tadak idea je nak tulis blog ni..adakah disebabkan faktor usia ataupun faktor masa yang membataskan pemblogan aku? rasa-rasa nak je aku memblog macam dedulu..tapi skang ni, otak dah semakin tepu...masa tak dok depan pc, banyak plak idea timbul..tapi bile dok depan pc, tengah tangan excited nak menaip, tiba-tiba telepas kandang plak idea tuh..hadeh...sedih btol..mungkin gak pasal aku dah lama tinggalkan arena blog ni, so jadi kekok skit...tengok la sbulan dua, ataupun setahun dua lagi ade la idea tuh....ok laa...dah Asar...aku chow dulu...belabai...!!!

Friday, October 17, 2008

Hari Sabtu yang penuh kutu

Adeh la..hari ni la aku rasa paling penat dalam banyak-banyak hari...start dari pagi membawak ke tengahari..pasni sambung plak membawak ke petang, tak abes-abes lagi dok repair PC aku nih...dah nazak sangat dah..mana tak nye, dah nak masuk nam tahun dah dok berkhidmat untuk aku..doktor dah sahkan PC aku ni kena penyakit Leukimia..adoi laa...sedihnya..ni pun tak tau berape lama lagi beliau boleh bertahan..skang ni aku tengah dok buat kimoterapi la ni...mintak-mintak la berjaya hingga ke puncak..okeylah, nak sambung keje plak.....sekian, wassalam..

Thursday, October 16, 2008

Belasah je laa..

Hari ni tersangatlah panasnya cuaca walopon hujan di tengahari...spatutnya dekat2 musim ten-tujuh ni cuaca seharusnya tepu dengan langit-langit yang "Jo-Ong"...agaknya dah ramai sangat manusia-manusia yang berdosa kat atas dunia skang ni kot....
Aku keje ari ni pun rasa macam tak best...tu pasal pokol 4:30 dah chow!!! ni nak chow lagi skali ni....

sekian, wasssalam....

Monday, October 13, 2008

Hari ni punya keje plak...

Hari ni stakat jam 12:42 tengahari, takde yang menarik lagi nak dikongsi ngan korang...
Macam biasa, lepas anto wife aku gi keje pagi tadi, aku lencong kedai bapak aku untuk menggodek-godek blog dan membukak peti emel..pastu, jam 10:30 pagi, aku chow untuk pegi opis..lalu je depan opis, rasa macam tanak masuk keje plak...hawhawhawhaw...lahabau punye penulis blog..terus aku straight balik umah..sampai je kat umah, melantak dulu seketul dua nasit, pastu terus bukak PC...Bukak PC bukan pasal nak repair PC, tapi nak siapkan tempahan kad jemputan kawin...siap ke kad, terus lencong balik kedai bapak aku untuk memblog...skang ni tengah pikir nak masuk opis ke tak nak...dok kat opis pun boring gak...keje tarak, orang tarak, tenet tak masuk lagi...aaahh, esok je la aku pegi opis....

sekian, wassalam...

Sunday, October 12, 2008

Keje hari ni...

Hari ini aku masuk keje pukul 9:45 pagi waktu parit Buntar..dan kemudiannya aku balik dari kerja pada pukul 2:00 petang waktu Tanjung Bugah...ngeh...ngeh...ngeh...boring dok kat opis, aku lencong datang kedai bapak aku dan terus menggodek-godek layout blog aku nih...tak siap-siap lagi..Skang ni aku dah kehilangan idea...sebab tu aku stop, dan terus menyampaikan watikah ini secara ringkas...selagi ada masa, aku akan menaip...kang sat lagi kene gi amek wife aku balik keje plak...lapar la pulak...aku pi makan sat......chow...!!!

Friday, October 10, 2008

Blog Layout

Adeh laa...pagi ni dekat 3 jam aku dok ngadap layout blog nih...penat mata dah...dah lama tak bercoding, ade skit blur time-time macam ni...aku ingat nak stop sini dulu laa...lain kali la aku sambung adjust layout nih...
Ah yee....aku dah letak suku bahagian rakyat jelata dalam blog list aku...mana2 rakyat yang takde dalam senarai aku, sila jumpe wakil DUN atau wakil parlimen...hawhawhaw....korang msg aku je laa..mana tau kot2 aku tertinggal blog korang...maklum laa..sebagai wakil rakyat, kadang-kadang aku tak berkesempatan untuk turun padang jumpa penduduk...tu pasal aku serah tugas kat Encik Sapit selaku Ketua Kampung Sri 360 ni....ngeh...ngeh...nge...
Ok laa....aku chow dulu...ada sorang Dato' kerajaan call aku cakap nak bagi tender cuci lubang najis...400 juta tu woooooooooo.......buncit la perut aku satgi.....hawhawhaw..

salam..

Monday, October 06, 2008

Salam Idulfitri...

Rasa-rasanya dah boleh start slow2 memblog balik nih...
Posa dah berlalu...raya pun dah setel...aku dah start keje balik...
Raya tahun tak extreme sangat bagi aku...raya ke-3, ke-4 dah kena gi amek gambar orang kawin...raya ke-5 gi serbu umah member kawin...SELAMAT PENGANTIN BARU wahai PokLoh yang botak...petua mu akan ku ingat sampai bila-bila..hahahaha...

Saturday, June 07, 2008

Salam Muhibah *RTM Rules*

Huhehuhehuhe.....testing dulu...lewat bulan depan insyaallah baru buleh start blogging kot.....chiow....