Monday, March 30, 2009

Cuti lagi

adeh laa...start esok, lagi skali aku cuti daripada memblog...bohsan betol...balik dari kursus, kompem tepu minda...tu yang aku tak suka...huh...sekian, wassalam

Sunday, March 29, 2009

I Am Nothing


***Arakian sebenarnya entry ni adalah entry semalam....tapi oleh kerana server kat maktab macam bangang, maka terlewat untuk di post...kalu la buleh pakai nation wide ataupon skynet, hhhmmmm....


Perhimpunan Agung Umno, Ameno, I Am Nothing sudah selesai...lampu dah pasang balik (Earth Hour) pukul 9.30 malam semalam...keadaan tenang seketika...


Tak lama lagi kita bakal mendapat 'pemimpin' baru..hakikatnya pemimpin yang mewakili lebih kurang 2,500 orang rakyat Malaysia...mahu tak mahu, kita yang tak mengundi ni, kena la terima baik buruk pemimpin baru nanti..


Yang merajuk, dah kembali...yang kena tendang, bakal melompat balik (hhmmm..elok la tu, daripada dok membelit orang yang berbudi kat ko..)


Apa lagi? hhmmm...beberapa hari lagi, PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang, Batang Ai akan berlangsung...tapi yang bangangnye, kat Bukit Selambau....ape kes sampai 15 calon? yang 13 orang tu dah kaya sangat? dah takde keje lain nak buat? dah bagus sangat? nak pecah undi? rentikanlah...takde makna nye...


Kat Bukit Gantang, sorang calon bebas, dari Pekida...hhmmm...masa penamaan calon siap bawak geng pakai serba hitam...bagi aku, pasti ada pakatan untuk memecahkan undi...kenapa? takkan taktau kot............sape pengasas Pekida? sape yang halang Speaker masuk dewan sampai kena jadi kerajaan pasir dua butir...


Batang Ai? aku kurang maklumat pasal tu....


Ape lagi aaar?? hari tu aku dah taip punya la panjang...tapi dah takde rezeki aku nak post entry merbahaya aku...huhuhu...


Aku kena kurangkan berpolitik.....


Hari ni, hari Isnin..Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan yang ke berapa ntah....macam tahun-tahun lepas...cuti 30~31 Mac adalah wajib bagi seluruh Negeri Kelantan...lampu-lampu jalan kena hias cantik-cantik...pintu gerbang kena tukar tiap tahun...hhmmmmm.....untuk apa? ya...meraikan Sultan kita...(slow-slow sikit...kang tak pasal-pasal kena buang negeri...huhuhuhu)..


Lagi 2 hari aku akan berkursus...esok, lusa tak pasti aku sempat buat entry baru ke tak....selagi kat umah takde intenet, selagi tu la aku takkan jadi blogger tegar....tak kisah la..janji selalu update....


Sebelum aku publish entry ni, aku nak menyeru kepada kepada rakyat perak, kedah, sarawak terutamanya kat Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, selamat mengundi..pilih lah pemimpin yang betul-betul membela nasib korang.....pilih yang muka nampak jernih....nak pilih yang perut buncit pun, tengok-tengok jugak kenapa dia buncit..adakah kerana keturunan ataupun makan banyak...hahaha....


Buat k.e, mentang-mentang dah kawin, jarang update blog haa??? dalam bilik ko takde intenet ke? jarang-jarang tu ambek la jugak angin kat luar..jangan dok terperap dalam bilik je...tak elok...dan tak baik untuk kesihatan kulit....


sekian, terima kasih...





Wednesday, March 25, 2009

Kenapa?

Blogger Status
Tuesday, March 24, 2009
Blogger will be unavailable Wednesday (3/25) at 4:00PM PDT for about 10 minutes for maintenance.
Update: This maintenance has been moved to tomorrow, Thursday (3/26), at 4:00PM PDT.
======================================================
Yang aku lemahnye, nape blog aku tak hapedet bloglist? asek-asek entry lama je kuar...tapi bila bukak control panel, ade la plak entry baru dari korang...cis betul laa...silap-silap ada yang nak kena makan mancis nih..!! cis!! cis!! cis!!
Pagi ni aku takde keje lagi sangat..pokol semilan ada majlis perpisahan (mesti ada slot nangis-nangis ni kakgi)...
Semalam aku tak update blog..pasal....pasal ape? pasal keje Ya Allah punya la banyak...sampai nak berak pun takde masa...sampai kematu bontot aku dok atas kusi...sampai lenguh engsel-engsel lutut dan lengan......hhmmm......
sekian.....

Monday, March 23, 2009

Nasihat Tan Sri

Hmmm...K.E dah kawin dah..buat pertama kalinya K.E ada isteri...mungkin lepas ni akan menyusul ke 2..3...dan 4....insyaallah (tu kalo ko mampu dan zzila ko tak hampuk ko dengan lesung)..pepehal, petama-tama kalinya aku nak ucapkan Selamat Penganti baru dan tahniah kerana berjaya jugak ko menekel anak dara orang untuk dijadikan isteri...maka dengan ini, terbuktilah bahawa ko adalah lelaki normal.


sebagai pengantin baru, dalam tempoh setahun dua ni, ko kena banyak belajar macamana nak uruskan rumahtangga dengan baik..dalam setahun dua ni, hati masing-masing masih lagi berbunga-bunga....maklumlaa...masih lagi dalam mood percintaan..Jadi, dalam tempoh tu, ko kena betul-betul praktik, amal, buat hari-hari (ko jangan pikir lain plak) apa yang ko buat masa becinta dulu...tanya kabar, dating, lapor diri, amek berat pasal bini ko...lama-lama praktikal yang ko buat tu akan jadik terbiasa..dan macam contoh, tiap-tiap hari ko lapor diri kat bini ko mana ko pegi, tiba-tiba dalam satu hari tu, ko telupa nak lapor diri atau punch card, mesti ko rasa besalah yang amat sampai ko rasa nak pegi buang lemak kat perut ko...tu yang kita nak sebenarnya.. (ko paham ke tak karangan aku ni?)


Kebanyakan laa...orang yang kawin muda ni, (ko bukannya muda sangat pon) kurang sabar dalam menangani krisis rumahtangga..kenapa jadik macam tu? pasal dorang sume rak masa becinta je...pastu, bila dah kawin, dorang tak praktik apa yang dorang buat masa becinta...tak tunjuk sepenuhnya kasih sayang kat pasangan dorang...tu yang bila dah nak masuk setahun usia perkahwinan, mula la kat siling umah tu ada kuali-kuali, pinggan mangkuk yang tersangkut kat situ...Hidup ni kena sabar...kalu bini tengah marah, jangan la dok bunyi mulut...diam je...dia nak cubit ker, nak hampuk ker, nak rodok lubang idung ker, biarkan...biarkan...buat muka toya je...takpun buat-buat sedih....
(aku sambung balik setelah 4 jam tergendala...)
Dulu masa becinta, ramai pasangan yang hipokrit..tau tak hipokrit macam mana? ala..contoh macam ni laa....ko kuar dating ngan awek, pastu gi makan..duduk plak bertentangan..tiba satu masa, ko rasa hidung ko gatal dan ko rasa nak korek je hidung ko time tu..tapi ko malu ngan awek ko tu..lantas ko buat-buat batuk sambil menekup mulut dengan tangan dan tertunduk-tunduk..dalam masa yang sama dan pantas, ko korek hidung ko pakai ibu jari tangan pastu buat-buat gosok hidung....cis!!! hipokrit!!
Skang bila dah kawin, larat ke kita nak hipokrit sepanjang masa? takkan la sampai bila-bila ko nak tahan kentut bila depan isteri / suami? kita kawin bukan untuk setahun dua....ni untuk selama-lamanya...kalu dah terbiasa dengan hipokrit, susah la....
hhmmm...ape lagi aku nak cakap ek? tadi kang main lagi banyak nasihat aku nak bagi...tapi skang dah ilang pasal lama benti tadi....cis!!! takpe la..nanti nasihat-nasihat lain akan menyusul....
So, aku harap K.E, ko jaga la bini ko elok-elok..baik-baik...sayangi la dia....mana tau, bila dia tengok ko terlalu baik ngan dia, mesti dia senang-senang sain borang untuk ko isi kuota....hahaha...
pepehal, semoga berbahagia.....
salam....

Saturday, March 21, 2009

Mamabohsan

  • Hari ni k.e kawin..(kan?) - Selamat Pengantin Baru wahai suami baru
  • Hari ni aku baru masuk keje (untuk minggu ni..) - Selamat masuk keje
  • Hari ni keje banyak sangat - Selamat keje banyak
  • Minggu depan aku start kursus - Selamat berkursus
  • Lepas ni aku nak isi borang cuti - Selamat isi borang

hari ni aku boring sangat....boring...boring.....selamat boring.....

Tuesday, March 17, 2009

Tawaran menghadiri Kursus Dalaman Anjuran Institut Latihan Kakitangan MARA (ILHAM)



Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk mengikuti kursus seperti di bawah. Kursus ini adalah salah satu syarat untuk PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN bagi pegawai-pegawai yang telah dilantik ke JAWATAN TETAP di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Keutamaan adalah untuk peserta yang dilantik ke Perkhidmatan Awam pada tahun 2002, 2003 dan 2004.


Program : Kursus Kenegaraan

Tarikh : 02 hingga 06 April 2009

Tempat : kem Mega Crystal, Kuala Selangor (mak aih...ulu nyer...)



Begitulah antara bait-bait kata yang terkandung di dalam surat tawaran yang difakskan untuk aku melalui faks pejabat......adoooiiii....sakit urat tak ilang lagi, nak kena menyakitkan urat lagi sekali...apa buleh buat....dah takdir...terima je laaaa............



Sekian, wassalam...

Monday, March 16, 2009

Sekerol kat bawah













Aku delete dulu entry pantun semalam...tabest la buat sekerat-sekerat..nanti kalu aku betul-betul dah hensem, aku buat sekali redah je..Insyaallah...


Semalam Mamaket, hari ni Mem Kuih lapis tanye cemana nak buat gerak-gerak bendalah kat bawah blog aku nih...


Meh nak ajau......


1. Klik tab layout
2. Klik link 'Edit html'
3. Carik kat dalam tu
4. Copy script kat bawah ni
5. Paste kat bawah tadi
6. Save
7. Sekian, wassalam



var text1=" Korang letak la ape2 pon kat sini"comeback=0cometo=0function dis(){window.status=text1.substring(0,cometo)if(comeback==1){cometo--;if(cometo==0){comeback=0}} else {cometo++;if(cometo==text1.length){comeback=1}}window.status=text1.substring(0,cometo)+""if(cometo==text1.length){window.setTimeout("dis()",500);} else {window.setTimeout("dis()",50);}}dis()


nota cagu : tengok gambar je laa

****ape la susah sangat aku nak paste kod kat entry nih......asek2 tak keluar je

hhmmm...kalu tiap-tiap entry aku buat macam ni kan bagus...ilmu aku pun bertambah...huhuhuhu...
nanti la aku pikir-pikirkan....


selamat mencuba


Sunday, March 15, 2009

Pegawai SPRM disiasat

Taknak hurai panjang-panjang..baca sendiri la kat http://www.bharian.com.my.


Ape ni..? orang dalam sendiri tu..Cemana nak siasat orang..? Kalu orang cakap tak telus, melenting..yang belah ni plak, dok backup..skang nak jawab apa..? jawapannya, "No Komen".


Petikan Teks :


" Sementara itu, Ahmad Said dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad, ketika dihubungi berhubung perkara itu enggan mengesahkan atau menafikannya. "


Dah terbiasa barangkali keluar kenyataan macam tu..tapi kalau bukan geng-geng dia, laju je komen...


Suruhanjaya
Pengamal
Rasuah
Malaysia


Cukup la untuk 5 tahun dari sekarang.....


sekian.

Isnin yang sejuk-sejuk peti air batu

Huh..semalam ngan hari ni takde keje sangat kat opis ni..maklum la, cuti sekulah..jadi, aku mengambil peluang membuang masa untuk mengemas 'rumah' aku yang tak berapa kemas sejak kebelakangan dan kedepanan ni..sakit mata la plak...


aku buat sedikit renovation ngan blog aku ni...almari perabot yang dulu dok belah kiri, aku pindah ke belah kanan...aku nak biarkan kosong belah kiri plak...mula-mula tu nak buat sambungan kat ruang belah kiri ngan kanan..tapi kos bahan mentah sekarang dah mahal, peruntukan 60 billion pun tak tahu dapat ke tak, jadi aku tangguhkan dulu niat tu...



Cuti Jumaat dan sabtu itu hari banyak aku habiskan kat umah makcik aku...kenapa? kerana anak dia dah tak sabar-sabar nak kawin (macam K.E jugak la..)..fenat la jugak...tapi takpe, dapat gak berkumpul ngan sanak sedara yang dah lama tak ketemu...



Hujan sepoi-sepoi tidak menghalang acara berlangsung...Alhamdulillah, hujan rahmat...



Hari ni aku takde bahan untuk ditazkirahkan...mungkin ketepuan akibat hujan masih mencerna benak fikiran aku...takpe la..lama-lama nanti ok balik la tu...



Aku masih lagi tengah dok pikir-pikir idea nak berpantun...susah skit nak menetworkkan korang dalam pantun aku karena ada stengah-stengah tu aku tak betul-betul kenal lagi....tapi takpe, aku try jugak...kalu korang terasa ngan pantun supersonik aku, aku mintak ampun, mintak maaf la bebanyak...jangan la korang saman aku sebab aku bukan ahli politik 50an mahupun seorang sodomi ataupun seekor katak yang gemar melompat apatah lagi seorang penderhaka.



hhmm...aku tadak idea nak tulis. Ok la..aku nak sambung kemas rumah sikit.....



cecicauuuuu...!!!

Wednesday, March 11, 2009

Aku terkini

Cis..K.E dan Sapit dah senarai kehidupan terkini dorang..aku pun ada gak sifat-sifat hasad dengki...nak senarai gak...jaga ya...aku nak senarai ni...


# Kerja dah stabil # Makan dah teratur # muka dah hensem # lemak dah naik # berat dah bertambah # dah ada kereta # tengah plan nak beli lenovo untuk wife # tengah plan nak wat loan # bil api & air tak penah tertunggak # tengah cari kaedah baru # dah tukar cadar baru # nak tukar tilam baru # katil pun nak tukar baru # nak beli mesin basuh baru (takde kena mengena dengan cadar, tilam, dan katil)



ape lagi ha? aku ni selalu jer lupa....mustahil aku termakan semut....

Kuantiti ? Kualiti ?

Ini hari aku sungguh sibuk..dan aku bukan buat-buat sibuk..dah memang sibuk..hari ni result SPM keluar dari celah-celah tempat yang bercelah...buat masa sekarang, aku tak pasti MRSM Jeli berkedudukan pada ranking yang ke berapa...yang aku tahu, banyak A yang bertebaran dipesisiran pejabat pentadbiran akibat daripada loncatan para pelajar yang kegembiraan...tahniah lew...
Sehari sebelum result SPM, result STPM terlebih dahulu mengeluarkan keputusannya..Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1), Tanah Merah, Kelantan menggungguli carta sekolah dalam negeri Kelantan..kat Malaysia, mungkin yang ke-100 ker...1000 ker...tak kisah laa...huhuhu...sekolah aku dulu tuuuuuuuuu...
Bangga gak la walaupun aku dulu takat tingkatan 6 rendah jer...akhir tahun, aku terus cabut...tak sanggup dan tak larat aku nak belajar keluk-keluk, mikro, makro bagai ni...bab ekonomi, memang fail...geografi toksah tanya la...
Tapi kan, tiap-tiap tahun jumlah pelajar yang dapat skor banyak A meningkat..tiap-tiap sekolah berempit-rempit untuk mendapat keputusan A terbanyak...
Adakah A yang banyak tu semuanya berkualiti? Apakah sasaran setiap sekolah ? KUANTITI atau KUALITI ? hhhmmmm...lantak la...apehal aku nak sibuk-sibuk fikir pasal tu? aku bukan Menteri Pendidikan...
Esok aku cuti...Cuti bermaksud, aku tidak bekerja tanpa ada potongan gaji dan tidak menjejaskan punch card dan rekod cuti tahunan aku....
sekian, harap maklum

Tuesday, March 10, 2009

Demokrasi Terpimpin

Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti rakyat atau masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang.
Demokrasi memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi sejak kewujudan Athen demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat. Sebarang percubaan untuk mencipta maksud sebenar demokrasi akan kurang mengelirukan jika ia tidak lari dari maksud asal demokrasi ini.
Tu kalau nak mendefinisikan Demokrasi...tapi cemana plak dengan Demokrasi Terpimpin?
Mengikut hujah YB En. Abdul Wahid (bukan Wahid Endut), Demokrasi Terpimpin adalah suatu sikap toleransi di mana ianya hanya menguntungkan sebelah pihak....haha..korang kenal ke YB Abdul Wahid? alaa..anak YB Ismet Ulam Raja tu...anak saudara Ismet Ulam Pegaga...huhuhu....
Malam kemarin aku layan citer 3 Abdul kat umah..(ooo....nama Mem Aluya Kuih lapis cilok dalam cite ni rupanya...lambat pikap btol aku)...baru aku perasan, dalam citer P.Ramlee ni, banyak sindiran-sindiran halus yang ditujukan kepada sesetengah pihak...terlintas dalam fikiran aku (selama ni tak melintas pun walopon patploh ratus kali tengok), barangkali krisis-krisis politik yang berlaku sekarang ni dah lama berlaku...perebutan kuasa, cah keting, integriti, derhaka, dan macam-macam lagi memang dah sebati dalam masyarakat Malaysia..
Lepas ni, aku kena study balik citer-citer P Ramlee dan aku akan cari persamaan dalam kisah yang berlaku sekarang...banyak tu....
Contoh macam dalam citer Laksamana Do Re Mi, kerajaan pasir dua butir telah hancur dan para pemerintah terpaksa bersidang bawah pokok...pun ada persamaan macam hari ni...
Dan yang paling aku ingat, dalam citer Pendekar Bujang Lapok. Sudin mentranslatekan bacaan kat sign board skolah.... 'Alif' 'Mim' Nun' 'Wau'..Alif tendang Nun = Sarkis.....hawhawhaw......dalam tu maksud...kebetulan? atau sindiran? sama-sama kita fikir...
Eh? apa aku taip ni??
Yang benar,
Husin Lempoyang, Saudagar Unta dari Kairo
b.p : Tan Sri Jusoh Patail

What To Say

Aku tadak idea..jadi aku wat lagu...

going to town
bought bicycle
middle of day
middle hot

what to do
cutting rubber
what you want to say
if can want to be school teacher at kuala pilah

paddy field bigger
many buffalo
well water
is very cool

very silent no people
what you want to say
if can want to make noisy
like town tampin

cooking rice
rice village
cooking lemak
fire chilli

machine rice not yet had
what you want to say
many people working at factory
at pekan seremban..

sekian..

Wednesday, March 04, 2009

RMK - 79


Hoih la nye boring la hari ni...tinggal aku sekor je dalam opis ni...siamang btol...mane dorang nih...yang gi sukan patploh orang je...abes yang lain mane pegi? ker dorang gi wat piket PPSMI ? tak munasabah atau munasarawak...


hhhmmm...mungkin ada yang tengah tidur bawah meja kot...tapi meja mana? meja opis kosong...mungkin gak bawah meja makmal...


mata aku dah lemah ni...sikit lagi nak pukul 2.00...tak sabau dah ni nak speed kete laju2...asalkan cepat sampai dan jiwa selamat....


gambar kat atas hanya hiasan...amek kat umah sewa lama dulu....teringat balik la plak zaman muda-muda dulu...huhuhu...tapi yang kat atas tu, berapa kerat je yang tinggal...tapi semua dah berganti....lagi cergas blogging...tapi yang aku frust, kat umah lama, lebih separuh entry aku ilang...termasuk lew pantun aku yang mencatat sejarah dapat komen 99 ketul...cis btol la yahoo ni...tak boleh nak yahu-yahu sikit...ade je yang dia dengki......belasah tali perut baru tahu....


skang ni, aku tengah rancang nak buat pantun baru plak....aku akan jebakkan korang dalam pantun aku nanti....tapi ada antara korang yang aku tak berapa kenal sangat...jadi, marilah kita berkenal-kenalan agar anda tergolong dalam golongan orang-orang yang terpantun.....huhuh....


pantun lama sape ade simpan??? jaja ada? aju ada?? k.e toksah tanya dah memang takde...som lagi laaa.....sapit?? ade?? jila?? eh, ade ke?? takde kot........rugi btol laa....buleh trace mana-mana tak? takkan aku nak buat laporan polis....hhhmmmm.....


bosan la aku..sampai takde idea nak bagi tazkirah.....sekian je laa.....

Ketepuan Minda

hish..banyak btol...

Hari ni hari khamis..bagi negeri-negeri tidak bersekutu, hari khamis adalah hari kerja terakhir setiap minggu...haha...makna kata lain, esok aku cuti..lusa aku cuti, tulat pon aku cuti jugak....bagus betul aku..


tapi hari ni, dalam opis sungguh membosankan...tinggal tak sampai sekerat pon staff..sume dah pegi Besut...ada SUMUR kat MRSM Kota Putra..korang tau ke tak SUMUR tu ape?? tak tau?? SUMUR tu adelah Sukan MARA Zon Timur.....oooo...aku pun baru tau.....


Sunyi ngat dalam opis ni...tapi takpe....aku buleh membuang masa dengan menaip blog jap (fakta : kejap je..)..


Ape tazkirah aku nak bagi hari ni? nanti aku fikir...sebab aku takde idea lagi ni..


Hari ni aku pakai batik selekeh...memang selekeh...tak macam Tan Sri dah hari ni...


Semalam aku sampai rumah pokol 4.30...sebelum tu pegi Nation Wide bungkusan ke MRSM Muar...


Sampai je kat rumah, nasi dah terhidang...aku makan laa...takkan aku nak tengok je nasi tu...lepas tu aku kenyang....


Pastu aku mandi, solat asar...pastu wife aku ajak pegi carik pasu bunga...(orang pompuan ni kan, tak paham aku....pasu punya la melambak kat rumah yang tak guna, tapi nak cari lagi..)


Pagi ni aku gi keje pukul 6.30 pagi...secara angan dan sedar, aku tengok kat bawah kete, minyak silinder menitik...nasib baik minyak silinder..kalu minyak petrol? cemana tu? adakah aku mampu untuk menulis blog lagi? terangkan. [15 markah].


Jawapan : aku masih boleh menulis blog..kerana aku selamat sampai di maktab pukul 7.27 pagi....Alhamdulillah.....


Pukul 8.30 pagi tadi, aku kuar breakfast (hari ni aku tak berakfast)..tapi terpaksa tunggu 5 minit sebab nasi tak masak lagi...cis...lapar ni....dekat sejam aku dok kat warung....jatuh nilai-nilai kebertanggungjawaban aku...


Masuk opis, borak-borak, ular-ular, kulu-kilir, buka emel, buka blog...tu je....mana keje ni........boring btol....aircond pun sejuk ni...rasa nak terkucil..tapi tahan la kejap...nak habiskan menaip blog ni.....


Haaa...dah habis pun...ok laa...nak gi toilet....chow..!!!!!


memorandum : Selamat Datang untuk pembaca baru.....!!!

Tuesday, March 03, 2009

Aku lupa letak tajuk tadi



Hari ni aku takde tazkirah nak sampaikan untuk korang..pasal bahan-bahan ceramah dah terkeluar masa aku laksanakan proses kumbahan perut tadi...


Hari ni aku masuk keje macam biasa..lepas punch kad, aku layan astro jap..pastu masuk opis, bukak suis komputer, pastu terus check blog...pagi pkol 8.30 aku gi breakfast...balik dari breakfast, aku taip entry baru...pastu aku gi berakfast....legaaaa.......


Keje takde la sangat....oleh kerana kebosanan menerpa, aku meluangkan masa untuk buat FM...korang tau tak FM tu pekemende? hah?? tak tau?? ke buat-buat taktau?? FM tu fail meja...(bagusnya aku...)


Pastu member belakang aku ajak aku pegi menghilangkan akauntabiliti...kitorang kuar minum-minum sambil menjahanamkan paru-paru...


Sekarang aku tengah keboringan lagi..orang lain sumer kuar lunch...aku tak boleh kuar pasal pkol 3.30 aku dah nak balik...bestnye balik...macam makan biskut lutut..


Kenapa aku takde idea nak buat karangan hari ni ek? oh ye, aku dah terangkan di dalam perenggan pertama tadi...lupa plak...lagi sejam setengah aku nak blah...selama aku keje kat sini, aku sentiasa menepati masa balik...tepat jam 3.30, aku dah punch card...aku taknak punch lewat-lewat kerana ianya akan mengganggu kewangan organisasi aku...paling-paling lewat aku punch adalah pada pukul 3.31 petang...itulah integriti....


korang plak buat apa? mesti korang tengah baring-baring bawah meja dalam opis kan?? tak pun tengah dok bukak cermin mekap..tambah-tambah si jila..kalu tak tidur bawah meja, mesti gi masak megi....huh...tabiat btol laa....ko mesti tak ngaku punya la jila......suka ati ko la jila...letih dah aku nak tazkirah ko..makin menjadi-jadi...kecewa aku...didik ko dari kecik sampai la besau, tak berubah-ubah perangai...dah la buku sekolah tak nak baca..kerja rumah langsung tak sentuh...pastu bila cikgu marah, cakap cikgu jahat laa...nak report polis laa...ape kena dengan ko ni?? insaflah jila...ko dah besau dan panjang...tak lama lagi nak kawin...cuba la rajin-rajin masuk dapur, basuh baju, jemur kain...ni tak...asal petang je, kuar main bola...ape pekdah ko pi tendang bola nan sebijik tu? cuba explain sikit aku nak dengar.....huh, susah btol laa....


sekian, wassalam..


memorandum : Eh..? ape kena mengena aku ngan jila??

Ketumbuhan dalam perut


Aku risau betul la..pagi tadi aku rasa macam ada ketumbuhan je kat dalam perut aku..sampai sekarang pun ada lagi..perut pun dah rasa sakit-sakit je..cemana ni..aku tak nak la jadik apa-apa kat diri aku..sian kat wife aku plak,,sedih betul..kerja kat opis dah la melambak..kalu aku takde, sape nak take over semua keje-keje aku? aku di lema sekarang ni...sedih...pilu.....


Aaaahh....tak boleh jadi ni...tak tahan sangat ni...ok la..aku nak gi toilet jap....


chow..!!!!


Monday, March 02, 2009

Awek, Awok, Ewok


Awek? tidak, gambar di atas bukan merupakan awek aku..malah beliau adalah isteri orang dan aku adalah suami orang..jadi, dengan makna kata lain, kami adalah 'suami isteri'..hahaha..ok..ok...aku sekadar melawak (mampos kalu isteri betul aku baca atau ada sapa-sapa mereport).

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal beliau (awek berkenaan). Tetapi aku ingin menceritakan perihal 'awek'. Awek tidak termasuk dalam susur galur keluarga ewok ataupun MekWok..awek adalah berasal dari bahasa rosak yang membawa maksud....................pompuan yang orang laki bekenan di hati..tak semestinya kekasih, tak semestinya buah hati dan tidak sesekali buah gomok.

kenapa perlu berawek-awek ? (buat kaum lelaki yang belum kawen je la ni..)..adakah awek ini hendak dijadikan sebagai inspirasi hidup? teman hidup? kekasih? tukang belanja makan? tukang topup? kalau jawapannya YA, maka korang telah mengeksploitasikan wanita..kalau jawapannya TIDAK, kenapa? jadi apakah keperluan awek?

Di sini, aku tidak nampak di mana perlunya awek dalam rutin harian kita (mungkin aku terlepas pandang). Eh? aku silap bagi penerangan la...AWEK yang aku nak cite ni adalah AWEK yang telah didaftarkan sebagai 'kekasih' seseorang..

Bagi aku yang dah kawin ni, pengalaman aku berawek-awek ni cukup-cukup membuatkan aku tensen..bila aku fikir-fikir balik, betapa ruginya aku melalui zaman mengawekkan wanita ni..ye la..secara matematiknya, katakan sorang awek, kita spend masa dalam setahun. dalam setahun, paling-paling bodoh pun sebulan sekali la keluar dating..Ini bermakna jumlah perdatingan yang telah dibuat adalah sebanyak 12 kali setahun. Dan setiap kalu mendating, katakanlah kita keluarkan modal yang tak berpusing sebanyak RM50.00. Didarabkan dengan 12.. (50.00 x 12 = 600)...

Ok, sekarang kita andaikan kita (laki) dah buat submission seramai 8 orang..maka, RM600.00 didarabkan pula dengan 8.. (600 x 8 = 4800) !!!

Mak aih... RM4,800.00 tuh.......ape yang korang buleh buat dengan duit banyak tu? kawin? kawin lagi sorang? belanja awek? beli laptop? beli henpon? tak kisah la...tu duit korang..

Alangkah berkatnya duit tu kalu didermakan ke tabung anak-anak yatim, ke tabung masjid, ke tabung aku....atau ke jalan yang diredhai Allah...

Jadi, bagi yang belum berawek, fikir-fikirkanlah dulu sebelum mengawekkan wanita...bagi yang dah ada, berubahlah...tak salah....asalkan tahu batas-batas agama....Insyaallah, hidup mendapat keberkatan Allah...Insyaallah.....

sekian ceramah pada hari ini......wassalam...