Monday, June 22, 2009

Jangan tinggal daku....kih..kih..kih...

Waahhaahaa...semalam ujan lebat tak nampak kaki...bosan yang amat, aku layan tibidua..pokol 9.30, ade la cite P Romli bertajuk, "Jangan Tinggal Daku". Aku ingat lagu je pakai tajuk cenggitu...ropenye pilem pon ada gok. Tak kisah laa..
Dalam dok tengok pilem tu, aku terpikir....cemana la kalu aku idup jaman tu..adakah aku akan dapat menguasai Bahasa Melayu dengan cemerlang? penggunaan bahasa dalam pilem tersebut sangat indah dan sangat meng'kamus'kan..tidak ada unsur-unsur rojak yang digunakan..semuanya diluahkan dengan begitu jujur..
Sebagai contoh, perompak sedang merompak sebuah rumah, dan tiba-tiba tuan rumah rasa nak menjerit..seraya perompak berkata, "Kalau menjerit, kena tembak!!". wah, sungguh terus-terang..
Ada lagi..."Ayah, bolehkah saya bermain dengan Tahir?" , Ayah, bolehkah saya bermain diluar?" , Ayah, bolehkah saya mengambil minuman itu?"...Ini menggambarkan anak-anak jaman dulu begitu menghormati orang tua...bagus betul...
Lagi satu, perompak jaman dulu begitu selamba...tidak perlu pakai stokin pompuan..tidak perlu pakai topeng ultraman dan tidak perlu pakai spek itam....cukup sekadar menutup hidung dan mulut menggunakan lengan...dan jangan lupa...rumah orang baik-baik tidak akan kena rompak...dan yang kena rompak cukup sekadar tidur diatas katil tanpa diikat sebelum mendengar jeritan isteri yang baru keluar dari tandas.....
Aaaargh...aku sungguh stress...aku tidak mahu hidup di zaman tersebut...
sekian...

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa adalah Selamat

Oleh disebabkan Tuan Haji Othman bin Mat Salleh bin Awang Noh tu adalah bapak aku, maka dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa.
Kerana beliau, aku berjaya menjelmakan diri sebagai manusia yang berkerjaya sebagai kakitangan kerajaan.
Sekian, terima kasih

Wednesday, June 17, 2009

Manusia....biasa la...tak pernah puas

hari ni kat opis kerja aku tak banyak. jadi untuk membuang masa terluang, aku explorace blog aku. Terdetik rasa tidak puas hati dengan blog aku. Aku pandang bloglist aku dengan penuh berahi. Last update kebanyakan 3 weeks ago, 3 month ago, long-long ago. Tapi bila bukak account aku, lain plak...1 hour ago, 2 hours ago, agogo...Bertambah dosa aku untuk hari ni kerana memaki-hamun blogspot.
Lantas aku membuat keputusan yang agak drastik daripada biasa. Aku backup semua entry, pastu aku delete blog jusohbedil.blogspot. pastu aku create blog baru yang diberi nama www.jusohbedil-v2.blogspot.com..tapi taktau la dengan kaedah ni bloglist aku akan sentiasa ter-update.
Semalam aku try-try gak cari hosting blog lain..aku try wordpress, tapi asek tak jadi jer layout yang aku nak..try plak xanga, pun tak jadik...Facebook? sebenarnya aku tidak suka bermuka-muka..aku tak suka benda-benda yang nampak berserabut..Aku bukan la buta sangat ngan IT ni sepertimana katanya K.E..aku dah patploh kali register facebook. Dekat patploh kali jugak la aku delete account facebook..kerana apa? kerana aku tidak dapat menginzalkan diri aku dengan benda-benda yang aku tak minat.
Hmmm...lagi satu jam aku nak balik dah..aku masih belum lagi merangka agenda yang hendak dilaksanakan pada petang ini. Mungkin aku akan ke bank untuk mengeluarkan sejumlah wang..atau mungkin aku akan ke pasar untuk membeli daging lembu segar..atau juga mungkin aku akan terbaring kaku melayan artis-artis antarabangsa beraksi di layar perak.
Sekian.

Monday, June 15, 2009

Ke mana aku?

Hadoih..tadi aku rasa dah save..tapi bila nak edit, takde plak..apehal la ngan blogspot nih..
Ape aku taip tadi ek....hhmmm...
Last entry aku 1 Jun..skang dah 16 Jun..huih, 16 hari aku tak update blog..takde la lama sangat..cuba kira 1 sampai 16, kejap je abis..tapi kalu tak berjimak selama 16 hari, tu tak normal..nafkah kena bagi..kalu 16 hari tak bagi, isteri buleh tuntut fasakh dah..eer, tapi aku bukan nak cerita pasal kaedah berjimak atau khasiat-khasit jimak.
Apa aku nak bagitau ni adalah, aku masih lagi ada di muka bumi ni dan belum lagi meninggal dunia dan masih lagi boleh menikmati udara segar di kampung-kampung dan aku juga tidak diculik oleh makhluk asing atau pendatang asing ke Lambok.
Ke mana aku pergi, aku pun tak pasti..yang pasti, aku takde masa langsung nak update blog ataupun mood untuk update blog macam tak ada. Balik dari Shah Alam itu hari, hari-hari aku sibuk. Kena plak demam campak secara hatrik. Sembuh je demam campak, acara 'memerung' rumah berlaku akibat dari pertunangan kakak ipar aku..sungguh penat dan letih.
Kat opis plak, pun banyak keje..tak cukup tangan (walaubagaimanapun aku bersyukur kerana dikurniakan 2 tangan).
Perkara-perkara yang aku dah buat selama ketidakadaan mood untuk update blog adalah :
- Potong rambut
- Drive kete dari Tanah Merah - Jeli - Gerik - Kuala Selangor - Shah Alam tanpa henti
- Drive kete dari Shah Alam - Gombak - Bentong - Raub - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah henti-henti
- Drive kete dari Tanah merah - Pengkalan Chepa (Aiport)
- Drive kete dari Pengkalan Chepa - Tanah Merah (Balik dari Aiport)
- Drive kete dari Tanah Merah - Bachok (kenduri)
- Drive kete dari Bachok - Tanah Merah (Balik kenduri)
- Drive kete dari Tanah Merah - Kota Bharu (Hospital)
- Drive kete dari Kota Bharu - Ketereh - Machang - Jeli - Batu Melintang (Escort Kereta Jenazah)
- Bayar utang-utang tertunggak termasuk utang MARA
- Bayar utang tertunggak isteri aku ngan Cosmopoint
- Daftar line tepon dan streamyx (tapi sampai sekarang takde respon pape lagi)
- Bayar bil TNB yang 3 bulan tak sampai bil...bangang betul
- Pukat ikan depan rumah (Dapat la dalam doploh ekor keli)
- Beli tibi baru
- Beli mesin basuh baru
- Beli DVD player baru
- Beli laptop (Acer)
- beli henpon baru (F305 / W960i)
- Beli jam tangan baru (JT Warrior)
- Beli wireless modem + router
Huh...tak larat aku nak senarai sumer skali..daya ingatan aku amat terhad..maklum laa dah meningkat dewasa ni....
Ape-apepun, tak sabau nak tunggu family day 11-13 Disember nih..........
Sekincau..........

Ke mana aku selama ni ?

Last update aku pada 1 Jun 2009. Hari ni dah 16 Jun 2009. 16 hari tu tak lama..cuba bilang 1 sampai 16. Kejap je..tapi kalau tak update blog, memang rasa lama. Ye, cuba bayangkan kalau tidak berjimak selama 16 hari, tu makna, kena la tunggu next episode plak. Tidak..tidak..aku bukan berniat untuk bercerita tentang kaedah berjimak mahupun nikmat berjimak.




Aku cuma nak maklumkan bahawasanya aku masih lagi ada di atas muka bumi ini. masih tidak meninggal dunia atau diculik oleh makhluk asing atau warga asing ke Lombok. (lepas ni aku sambung cerita..aku nak pegi membuang masa sambil sarapan pagi kat kedai depan tuh..)