Saturday, February 28, 2009

Rutin


Meninggalkan rutin harian dalam satu tempoh yang agak lama adalah satu perkara yang merumitkan. Apatah lagi rutin tersebut adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan atau dalam pekerjaan kita seharian (dah nama rutin). Rutin tidaklah tergolong dalam kategori keluarga patin mahupun Fatin dan juga Vladimir Putin. Rutin adalah seperti yang dinyatakan di atas.

Aku adalah salah seorang daripada mereka yang meninggalkan rutin harian dalam tempoh yang lama, dan merasa kekok untuk melakukannya kembali seperti normal. Antaranya adalah seperti berikut ;

  1. Bila balik rumah, pakai cincin di jari adalah satu perkara yang merimaskan..jadi aku biasakan diri untuk menanggalkan cincin tersebut tatkala berada di rumah. namun demikian, bermula dari 16/2/2009 sehingga 27/2/2009, cincin sentiasa melekat di jari manis (walaupun kadang-kadang terasa masin bila dijilat) aku. jadi, untuk kembali kepada rutin menanggalkan cincin, aku jadi terlupa..kadang-kadang nak beristinjak pun, terbawa-bawa cincin sampai ke destinasi. Nasib baik cincin aku ni cincin kawin..kalau cincin yang ada khadam, dah lama khadam tu pengsan terhidu sisa-sisa kumbahan.

  2. Pakai tali leher - Rutinnya aku tak pernah pakai tali leher masa kerja..tapi lepas balik kursus, pagi tadi bila tengah-tengah bersiap nak pegi kerja, aku ter' rasa nak pakai tali leher. Walaupun aku tahu pakai tali leher juga adalah sesuatu yang merimaskan. namun, inilah hakikat.

  3. Istinjak - Bab ini tidak boleh diceritakan di sini. emel aku untuk mendapatkan maklumat lanjut

  4. Nombor - Yang ni paling bebal dan mengecewakan..password PC aku kat opis pun aku buleh lupa..toksah kata password, no. sambungan tepon pun aku dah tak ingat dah..nasib baik no. IC aku ingat..terus-terang aku cakap, aku tak minum air yang ada semut..kepala aku tak ditimpa buah kelapa dan aku tidak demam panas..

  5. Dan lain-lain.

Apakah punca-puncanya? aku cuba melakukan analisa..dan aku kaitkan dengan kegiatan aku masa berkursus selama 12 hari tempoh hari...kegiatan bukan bermaksud aku melakukan kesalahan-kesalahan di bawah mana-mana akta, tetapi, rutin harian aku yang aku ceritakan dalam posting-posting sebelum ni..betul, kat sana, tiap-tiap hari rutin adalah Tanda kedatangan, duduk atas kerusi sambil mengadap gula-gula,..nyanyi lagu rasmi, LDK, public speaking, makan, minum, isap rokok, lepak, tidur, mandi (5 kali sehari aku mandi)...tu la rutin aku...bila lama-lama praktik, ia akan menjadi habitat...eh?? tabiat..

macam jugak kalu blogging ni...mula-mula tu saja nak tiru member-member, dah member sumer ada blog, dah sumer ahli politik ada blog, kita pun terasa nak ada blog sendiri..tulis tah hape-hape...tapi bila dah lama-lama, dah jadik satu rutin...hish....rutin betol laa...

jadi, dalam kehidupan seharian kita, tak salah kita mempunyai rutin harian, tapi pengisiannya haruslah baik dan membina..

sekian, wassalam..

Lapor Diri


Hari ni aku dah start keje balik...bersemangat...fresh...tambah-tambah bangun pagi tadi, hujan lebat..ingat nak tarik selimut balik..tapi bila teringat tentang akauntabiliti, cepat-cepat aku bangun, terus mandi dan solat....peerrgh...kuat betul penangan kursus ni..hahaha..(berapa lama la agaknya..)

ok la...aku takleh nak taip panjang-panjang...ni pun dah dikira melanggar akauntabiliti organisasi...len kali la aku sembang....

chiiooowww.........

Thursday, February 26, 2009

Integriti & Akauntabiliti


Hahaha...tajuk macam bagus..tapi memang bagus, pasal aku dapat perkataan baru ni selama aku berada kat Cherating. Apa itu Integriti? apa itu akauntabiliti? Meh nak citer....

Integriti
Ada sorang bapak, anak dia asek nangis je pasal nak naik kuda kat shopping kompleks..puas si bapak pujuk si anak itu..dibelinya aiskrim..dibaginya coklat...malah si bapak juga ada berkata, "Kalu boboy tak nangis, nanti bapak bawak boboy pegi amerika....

Korang faham tak? dalam petikan di atas, kita dapat lihat berlakunya amalan rasuah yang dilakukan oleh si bapak tadi terhadap anaknya..

Integriti bermaksud melakukan sebarang pekerjaan dengan bersungguh-sungguh tanpa ada sebarang penyelewengan serta pengabaian dari pelbagai aspek kehidupan..tu aku bagi contoh je..

Akauntabiliti
Korang masuk keje pukul 8.00 pagi..pukul 8.15 pagi, korang kuar melepak sambil mengumpat-ngumpat bos korang..dan pada pukul 11.00 pagi baru la korang masuk opis untuk melaksanakan tugas pejabat...pastu, cukup bulan, gaji korang dapat penuh...kata la gaji korang RM1000 sebulan..satu hari korang keje 8 jam (minimum), seminggu keje 5 hari..

1000/30 = RM33.33/hari

33.33/8 = 4.17/jam

korang pegi minum sampai 3 jam...(tak termasuk lunch selama sejam)..

secara terus-terang, korang hanya kerja selama 4 jam sehari...maka, 4.17x4x30...gaji korang sepatutnya hanya RM500.40 je sebulan (tah betul ke tidak sifir aku nih..)..jadi di sini, keakauntabiliti korang terhadap organisasi tu takde..

Paham? akauntabiliti tu merupakan tanggungjawab..tak kira la tanggungjawab terhadap somi ker..isteri ker...organisasi ker...diri sendiri ker...

Hahaha...macam penceramah jemputan plak aku skang ni..mentang-mentang la 12 hari dok rebus palotak dengar ceramah..

Aku masih lagi kat cherating..pagi esok ada Interview..tengahari baru bertolak balik kelantan...

Selama aku kat sini, banyak sudah yang aku belajar..selain dari dapat letih, terputus urat kentut, krem bontot, bergegar palotak, aku jugak dapat belajar macam mana menjadi seorang manusia yang cemerlang, gemilang, dan terbilang..(hari-hari dok nyanyi lagu ni..)

Aku juga belajar cemana nak buat public speaking...ha!! yang ni best...sekali aku yang kuar kat depan, terus bagi ceramah agama...hahahaha....tak sangka plak aku ni ada ciri-ciri ustaz.....huhuhu..

Aku jugak ada belajar macam mana nak tarik tali...gila...selama hidup aku 27 tahun, tak pernah aku tarik tali yang sama besau ngan ekor gajah ni...lima round tarik, habis kejung otot-otot gebu aku...urat kentut pun ada yang terputus..nasib baik tidak bertebaran merata-rata apa yang dikatakan "Kentut Busuk"...malam tu, memang lena la tido sambil ditemani bunyi-bunyi dengkuran roomate..

Kat sini, aku jugak belajar macam mana untuk setia...aku tengok, rata-rata peserta kursus kat sini begitu gemilang bergelak ketawa antara lelaki dan perempuan dan yang bujang atau yang ex-bujang....nasib baik aku laki orang, kalu tak..........."dah lama dah".....(korang rasa-rasa kat mana korang penah dengan ayat macam tu? )..hahaha...terbukti, aku adalah seorang yang setia...bagus betul aku ni...

Hmmm....apa lagi nak cite ek pasal aku kat sini? dah takde kot..yang lain tu sumenye sterotaip..makan..minum..ceramah..tido...(ulang 12x)..

Kat sini, aku nak ucapkan tima kasih kat Ajeela pasal tolong beli tiket untuk aku balik esok..walopon kejap je jumpa, kerana ko tergesa-gesa mencari-cari toilet kat sini, tapi takpe...at least aku dapat kenal makhluk yang diwar-warkan sebagai tapir tu...hahaha...apesal aku buleh lupa nak panggil ko tapir semalam ek?? mungkin aku teruja tengok ko?? ataupun mungkin ko tak macam tapir..atau juga mungkin kerana ko tergesa-gesa mahu ke tandas...walo apapun, tima kasih lagi skali Jila....tanpa ko, mungkin aku masih di sini...

Esok aku dah nak balik...hari Ahad dah masuk kerja..dengan semangat membara...akan ku pastikan tempat aku mencari rezeki, mencari nafkah akan mengamalkan nilai Integriti dan akauntabiliti dengan berkesan.....

Sekian, selamat jalan....

Thursday, February 12, 2009

Blogtuhape

Aku bukan sasterawan negara, aku bukan cendekiawan, aku bukan Dr Aisar Yee Abdullah, aku bukan Anwar Ibrahim, aku bukan Chedet, aku bukan khir toyol, aku bukan ahli politik seperti mereka, dan semestinya aku bukan seekor katak!



Aku hanya manusia biasa. Menulis sekadar meluah rasa hati (pinjam rangkap lagu kumpulan Umbrella). Walaupun tatabahasa aku lintang-pukang, walaupun susunan ayat aku 'tertumuih'(tersembam) dalam longkang, namun jujur aku perkatakan melalui naluri hati.



Bahasa pasar, bahasa rojak, bahasa lai chee kang, tidak menjadi masalah bagi aku. Yang penting, mesej yang ingin aku sampaikan jelas. Tidak perlu bahasa berbunga, tidak perlu bahasa baku. Kenapa? kerana Bahasa Melayu sudah lama dimusnahkan. Bahasa Melayu tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu.



Aku bukan nak cerita pasal bahasa. Tapi aku nak cerita pasal blog.



bak kata url mem, blogtuhapa? pada aku, blog tak ubah seperti diari. Cuma yang membezakan blog dengan diari hanyalah kaedah kita meluahkan sesuatu, dan perbezaan yang paling penting, blog boleh dikongsi dengan semua orang. Cuba korang baca diari member korang? kalu tak kena penampar, mesti kena penendang.



Mari kita imbas zaman popular diari dulu-dulu. Aku gerenti korang sumer ada diari zaman hingusan dulu. Betul? takyah tipu laa...aku pun ada jugak..



Zaman sekolah (rendah, menengah) apa yang biasa kita tulis dalam diari?
Semestinya benda remeh-temeh juga kita akan catat dalam diari..(yang ni jangan tak mengaku..).Di sini, aku turunkan beberapa contoh diari zaman kita kanak-kanak dulu..



1) Ahad, 12 Jan 1990 - Beli komik
2) Isnin, 13 Jan 1990 - Hari ni mak suruh beli tomato, dapat $2.00
3) Selasa, 14 Jan 1990 - Pegi umah makcik
4) Rabu, 15 Jan 1990 - Basikal putus rantai
5) Khamis, 16 Jan 1990 - Ulangkaji matematik
6) Jumaat, 17 Jan 1990 - Pegi semayang jumaat naik basikal
7) Sabtu, 18 Jan 1990 - Tengok cerita dragon ball



Kalu tak pecaya, korang buleh mintak encik Durian (www.jujurdanradikal.blogspot.com) cerita lebih lanjut. Macam bangang je bila ingat balik apa ada dalam diari zaman kanak-kanak.



Bagi pelajar sekolah menengah, tidak boleh tidak, mesti ada cerita pasal awek/balak korang.Betuuulll....aku tak tipu.



Blog sekarang, walaupun zool selalu tulis entry mirip diari tradisional, namun olahan ayat dalam blog lebih terperinci, lebih sofistikated, lebih macho, lebih gaya, lebih segala-galanya.



Dengan blog jugak la ketuanan rakyat makin terserlah, dan dengan blog jugak la ramai rakyat yang tidak berdosa ditahan di kem kemunting. Penangan blog memang dahsyat. Jadi, gunakan blog korang dengan penuh berhemah dan penuh kiasan yang sukar ditelah agar tidak ditahan dalam ISA..hahaha..



sekian, aku takde idea..



nota 1 :
sempat lagi posting walaupun dah declare posting sebelum ni adalah yang last..Kebetulan pegi kedai my dad, ape lagi....rembat laptop jap, tukar banner, tambah post..Banner terpaksa ditukar bagi mengelakkan gambar aku dicuri oleh Interpol mahupun FBI.



nota 2 :
sedikit masa lagi, Insyaallah, subdomain http://jusohbedil.blogspot.com akan dipindahkan ke domain http://jusoh.com..cuma sekarang ni aku tak jumpa lagi DNS service yang preee yang support ghs.google.com..nak yang berbayar, mahal la plak..tengah dok mencari lagi..

Wednesday, February 11, 2009

Terlajak perahu boleh di reverse

Aiseh...terlajak plak..sempat post lagi satu entry..hahah...lantak la..sementara nak tunggu balik pokol 2 ni...ade lagi 15 minit...nak cakap ape ye? sume dah cakap? tapi kalu aku cakap pun, bukan korang dengar pon.....


tadi ajila call...katenye tiket untuk aku balik kelantan dia tak gi tanya lagi...tak kisah laa...tapi jangan plak ko sabotaj aku jila...kang naya aku tak dapat balik....haha...aku pegi ni bawak bodyguard...jangan main-main...pala dia botak woooo....hahah.....


tadi aku takde dalam opis...aku lepak kat makmal...main karom...pas main karom, ada jamuan plak kat dewan..ape lagi, belasah je laa....tapi dalam dewan tu ada whiteboard, siap ada tulis, "selamat menjamu selera"..itu aku boleh terima...memang azali..yang aku tak boleh terima, ada lagi ucapan, "lauk seketul sorang ye..."....sungguh aku tidak boleh terima...ni sapa punya keje ni....huh..terpaksa la aku melantak nasit kat rumah plak karang....


karang aku balik naik kete...makan masa 40 minit untuk sampai..jauh tu...penat...sampai kat umah, amik wife aku, trus pegi pasir mas...agenda hari jumaat dipercepatkan pada hari ni memandangkan aku nak gi rantau panjang jap esok....shooooppppeeeeng....sape nak kirim?? hahaha......


aku kekenyangan sekarang...tangan lenguh lagi sebab dok jentik karom tadi...buah tak masuk...kong je yang masuk...sungguh buta tanganku...dulu masa wakil malaysia kat korat dulu, kang main lagi...skang dah tua..umur dah 27 tahun 2 bulan...


ape lagi? visitor kat blog aku skang dah 920...sape yang dapat visitor yang ke-1000, aku bagi hadiah...sape nak hadiah? haa...kuar masuk la dalam blog aku sambil menderma kat poket aku...


ok laa..skang dah pukul 1.55 tengahari..aku nak kuar laa..nak layan tibi kat luar opis sambil menunggu mesin pengetik waktu memanggil-manggil...


sepanjang peninggalan aku, korang tengok-tengok la sikit blog aku...banyak harta aku dalam ni...takut gak kalu masuk pencuri..skang ni ramai sangat pencuri yang pakai ilmu pukau ni....jangan main-main...terer diorang ni...tapi terer lagi Allah...takde sape buleh lawan....


ok la...sekian dulu untuk kali ni...............wacccccccaaaaaa..!!!!!

Hari ni hari khamis

Hari ni takde isu..penat nak ulas isu sama sejak tahun lepas..


Hari ni aku punch card pukul 7.21 pagi..masuk opis jap, check blog, pastu pegi padang pasal ade senaman untuk ibu mengandung dan sebagainya..pendek kata, senaman untuk semua sempena minggu aktiviti maktab.


Abis je senaman, breakfast ngan pengetua..dia belanja..minggu ni asek orang belanja je..bila masa aku nak belanja orang? tapi takpe la..rezeki dari Allah..Alhamdulillah............


?? Ape aku nak tulis tadi aar? tadi stop jap pegi isi borang choti...


Ha...hari ni last aku posting untuk tempoh doblas hari...


Esok kena gi pasir mas, setup network kat kedai member...ari sabtu basuh kete...ari ahad antar wife aku gi besut....ari senin, naik bas gi cherating...


Hari senin maka bermula la kursus pertama aku dalam organisasi MARA...siang malam pagi petang, jadual penuh macam ikan sardin...harap2 ade la off 1 hari...pun jadi lewww.........


Untuk ittoww...aku nak ucapkan trima kasih pada korang yang jadik regular komentor kat blog aku, speseli Mak Kucen, Mem Padang Pasir, Yaya Superhero, dan Jila yang berambut Albino...tima kasih gak kat korang yang singgah2, rewang2 kat blog aku...untuk Encik Durian, aku balik nanti, aku nak tengok ko post balik teori-teori bangang tapi membina ko tu...


Kepada blogger2 yang pro-pemerintah, aku mintak maaf kalu tulisan aku ni merentap jiwa raga korang...hahah...nasib la, sape suruh jadik pro-gomen...


Ok laa...aku nak gi training karom plak...balik kursus ni, ada game Zon Timur kat MRSM Kota Putra...


Insyaallah, balik kursus, aku akan kembali menggegar dunia politik tanah air...haw..haw..haw....


Pada korang yang berhaluan kiri dan kanan, senang2 la lawat blog ni --> http://draisaryee.blogspot.com/


Ok...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...........sekinccccaaau......!!!


Nota : Aiiii..lambat betol buleh beli Epal Putih ni...........

Tuesday, February 10, 2009

Drama Episod Pertama : Habuan untukmu si katak

Telahan ada sedikit tepat..habuan awal untuk para katak sudahpun bermula..semalam, katak cangkat jering dan katak behrang dikatakan tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembangunan bernilai RM180 juta. Alasannya, sakit..memang la, ajal maut, sakit tu ketentuan Allah..Tapi kalu dah banyak sangat KEBETULAN, orang gila pun susah nak pecaya...sorang sakit jantung, sorang sakit ntah ape ntah..agaknya sakit siflis kot, pasal kerap sangat dapat habuan pompuan..

Berikutan ketidakhadiran katak-katak tersebut, mahkamah menangguh perbicaraan pada 15 Jun 2009..see.....lama tu tangguh (prosedur mahkamah)..dengan tempoh penangguhan sepanjang tu, anggapan mereka (Raja Katak) kemungkinan besar ingatan rakyat terhadap kes katak-katak ni akan hilang...bullshit.!! dan lepas tangguh, ada alasan lagi...pastu tangguh lagi...tangguh, pastu tangguh..macam kes Mona Fendi plak..bertahun-tahun...last skali, kamu dibebaskan tanpa syarat..itulah habuan untuk kamu kerana melompat wahai katak...

Lagi satu, pagi tadi berita kat astro cakap ada 4 kekosongan jawatan exco baru di perak...exco sekarang, cuma ada 6..2 muka lama, 4 muka baru..4 lagi kuota untuk sapa? napa hold? ke nak bagi kat katak-katak celaka? huh..!!

sekian la dulu..ramai sangat la plak cikgu-cikgu dok gelewak (play-play around) dalam opis ni...nanti lain kali la aku tembak lagi...


chioooowww...!!!!

nota : esok last aku posting article...

Monday, February 09, 2009

Hari ni

Hari ni tak nak citer pasal politik..aku nak citer pasal aktiviti aku hari ni...

Hari ni aku tak dok kat opis..hari ni aku kat dewan...jadik AJK pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan 4...nasib baik aku dah kawin..kalu tak, ramai pelajar-pelajar baru yang jadi awek aku...hahahaha.............buaaayaaa....buaaayaaaa.............

sekian, tu je...

nota : lagi 2 hari je aku buleh tenyeh blog ni...pastu pencen doblas hari

Sunday, February 08, 2009

2 Issues

Kapal yang bakal karam


Hish..aku tak paham la ngan lawyer misai datuk K sorang ni (tapi putih)..habis orang dia nak ganyang..ape ke hey nye (bak kata mr Os)..dah tu plak siap suruh orang bertobat (butuh la dia ni.)..dia tu sapa? dah la OKU..ade hati nak sound2 orang..sama geng plak tu dia sound.. Dia yang takde kena mengena ngan kes Perak plak lebih-lebih nak gi saman sultan..pehal? memang la keputusan sultan tu tak berapa betul, tapi apehal yang ko sibuk? gila ke hape aah? ..betul la Bung Mokhtar cakap dia ni Big Monkey..tindakan yang tak buleh dijangka..baik-baik monyet pun, kalu dah lapau, tuan sdiri pun dia kekah...lantak ko la Karpal..tunggu masa nak karam je ko ni.......macam la bagus sangat jadik presiden cacat...



MErepek LA you (YU)


Ni lagi satu isu yang aku rasa dah nak kuar sumer isi perut aku..pedap, meluat, geli, loya, seriau, panau, cagu, kurap...ada apa dengan melayu? tuan tanah? ooiii...orang asli kat ulu kelantan, ulu pahang nun yang betul-betul tuan tanah kat Mesia nih...ada apa dengan melayu? orang Islam? ah ye...hadhari tu Islam sebenar...lupa plak....yang murtad tu takde orang cina, india....yang murtad sah-sah orang melayu...


Tak payah la cakap pasal ketuanan melayu...bukan ada apa-apa pun...kulit pun dah lebih kurang ngan bangsa lain...ejaan je lain-lain...apa kemajuan melayu? buat KLCC...arkitek sape? singgah ISS..roket sape? menang bolasepak pestabola merdeka 2007..lawan sape? yang pasti, melayu ramai kat pusat serenti..penjara-penjara, mati kat jalan raya, anak-anak dalam tong sampah, pembeli kondom tegar...


kalu melayu yang pakai kemeja, suar slack, perut boroi, muka takde iman, misai tebal takde janggut, pakai gelang kat tangan, cincin sama besar ngan kepala ketapi, 80% kebarangkalian adalah pengamal rasuah tegar dan sedekah seks...tu sume adalah MELAYU...


Sory la..aku bukan nak hina bangsa aku sendiri..tapi tu la kenyataan..kenyataan yang tak boleh kita sanggah...tak semua melayu macam tu...tapi tak sedikit yang macam aku tulis kat atas tu...dan aku bersyukur dilahirkan sebagai melayu dan di malaysia..kerana, secara otomatik aku diiktiraf sebagai Muslim (yang perlu dikekalkan dan dipertingkatkan selalu) walaupun ramai melayu macam aku yang lahir sama negara ngan aku, mempunyai hobi bertukar-tukar agama, dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyerupai yahudi..


Namun, yang pasti, orang-orang kampung kita semua Melayu yang baik...


Jadi, tak payah la kita dok melaung-laungkan tentang ketuanan melayu, tanah melayu, hak keistimewaan orang melayu, keris orang melayu...kerana yang kekal abadi adalah ISLAM....


Allahuakbar.!!!


Sekian, wassalam..

nota : takyah risau la...hang tuah dah cakap, takkan melayu hilang di dunia...(kununnye laa...)

Wednesday, February 04, 2009

Crazy Frog

Huh..ramai betul katak-katak gila yang sedang bermaharajalela di Perak..Katak betung ada, katak puru, katak lembik, katak pisang, katak dacing, kata roket, katak bulan gerhana..yang menjadi mangsa, rakyat yang telah memilih katak-katak jadian ini..


huh...gila laa...nak dekat setahun, tak habis-habis lagi dok bebunyi katak-katak ni...beli kete bising..bagi tanah bising...rakyat, dok nganga...


skang ni, 28+3 vs 28....


kalu peralihan kuasa pun, aku rasa tak sampai setahun..pasal ape? pasal katak-katak yang kuar masuk tu sume buruk perangai...rasuah sex la...rasuah pitis laa...katak hodoh yang masuk dalam rumah yang dah hodoh...lagi la buruk rupanya....


Harap dapat perkenan Sultan untuk bubar DUN....


Sekian, wassalam

Tuesday, February 03, 2009

Fund for Gaza or F*** for Gaza ?

Artikel aku ni bukan nak menidakkan keikhlasan rakyat Malaysia yang menyalurkan derma untuk keluarga kita di Palestin, terutamanya di Gaza..Tapi betul ke kita (Kerajaan Malaysia) mengiktiraf perjuangan rakyat Hamas? Demonstrasi-demonstrasi yang kita buat sebenarnya untuk Palestin..bukan untuk Hamas yang menggadai nyawa mempertahankan bumi Gaza..memang la Gaza tu sebahagian dari Palestin, tapi harus diingat, Palestin diperintah oleh 2 parti; Hamas dan Fatah..
Januari 2006, Hamas menang dalam pilihanraya umum melalui proses demokrasi..namun tiada semua negara lain yang mengiktiraf kemenangan tersebut, termasuk negara kita. Persidangan NAM 2006 yang dipengerusikan oleh Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur dengan penuh meriah. Wakil Palestin yang sah (Hamas) hadir dalam persidangan tersebut. Wakil kerajaan lama autonomi Palestin yang kalah juga turut hadir.
Bagi memberi ucapan dalam persidangan tersebut, Malaysia menjemput wakil yang tidak mewakilli kerajaan yang sah membuat ucapan. Hal ini diprotes oleh wakil Hamas. Ketua delegasi, sdr mahmud Zahar dan rombongan bertindak meninggalkan dewan persidangan NAM yang berlangsung.
Dua perenggan di atas sekadar mengingatkan kembali tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat Palestin. Bila difikirkan balik, saranan memboikot barangan yahudi tidak dipandang serius oleh kita..yang ada hanya demo yang mengutuk Israel dan Amerika..Adakah bangsa Yahudi itu mendengar kutukan kita? Nak usir diplomat Amerika pun tak berani..fikir la sendiri..
Ada sumber mengatakan, sumbangan-sumbangan yang disalurkan terus ke kerajaan Fatah. Semua orang tahu, presiden Fatah adalah proksi Amerika..jadi, sampaikah sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Gaza? wallahua'lam..
Aku takleh nak panjang-panjang cerita...maklumlah...berkhidmat untuk negara...hahaha...
sekian, wassalam..

Sunday, February 01, 2009

Dilema...

Arini, sampai2 je kat opis, bukak pc, godek2 meja, maka terjumpalah akan aku satu surat setebal 7-8 muka surat tidak termasuk kulit yang bertajuk, "Latihan Induksi Umum dan Khusus MARA sesi 01/2009".
Hadoih la weh...kat cherating weh...start 16 - 27 Febuari 2009....maka terpaksalah aku pegi walau berat terasa hati untuk meninggalkan isteri tersayang...huhuhu....aloh laa...nape la tak buat kat kota bharu je..kat tanah merah lagi la elok.........Sape2 buleh kutip aku kat kuantan, bawak pi kat cherating?? angkat bontot.....hahaha...
sekianlah dulu, wassalam..