Thursday, October 08, 2009

Rahsia Potret Monalisa

Aku kat kelantan. Jadi aku tak berpeluang nak pergi pameran Leonardo Da Vinci kat sana. Aku juga amat-amat tidak bersetuju dengan 25 rahsia-rahsia yang dibongkarkan melalui potret monalisa ni.

Aku ada buat kajian dan analisa sendiri selama 3 tahun ke atas potret ni. Orang cakap ini lukisan agung Leonardo Da Vinci. Tapi aku rasa lukisan ni tiada apa yang istimewa melainkan lukisan secara kebetulan. Jadi, mari kita bongkar rahsia tersebut :-

  1. Berdasarkan betuk tubuh badan 'monalisa' , disyaki usianya pada masa lukisan ini terhasil adalah 34 tahun.
  2. 'Monalisa bukanlah seorang anak dara matang atau pra-matang. Beliau adalah seorang janda muda yang tidak mempunyai anak setelah suaminya dihukum gantung setelah membunuh seorang ADUN (ehh..??)
  3. Waktu lukisan ini dilukis, dikatakan pada mulanya 'monalisa' tidak mahu dirinya dijadikan model untuk lukisan Leonardo. Setelah dipaksa, beliau setuju juga walau dalam keadaan terpaksa. Hal ini boleh dilihat melalui riak senyumannya yang tak semengah.
  4. Waktu lakaran potret ini adalah pada jam 3.45 pagi. 'Monalisa tidak sempat untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Sebab itu mukanya kelihatan agak kusam.
  5. 'Monalisa' pada ketika itu mengalami selesema. Potret menunjukkan hidungnya cuba untuk menahan hingus dari mengalir keluar.
  6. Rambutnya disapu dengan minyak kelapa.
  7. Tasik pada belakang potret adalah Tasik Titiwangsa pada kurun ke-17.
  8. Jalan bengkang-bengkok adalah merupakan tapak asal Litar Sepang. Dikatakan sebelum potret ini terhasil, ada pertandingan Rally Peringkat Kebangsaan yang menampilkan Karamjit Singh dan Karam Singh Walia selaku pelumba negara.
  9. Ada juga yang mengatakan potret ini bukan dilukis oleh Leonardo Da Vinci. Tetapi potret ini merupakan gambar yang diambil oleh kamera di kedai gambar Fotowira dengan menggunakan filem kodak Gold.
  10. Baju yang dipakai oleh 'monalisa' sebenarnya adalah jaket hujan yang dipadankan dengan kain baju kurung bergetah yang diangkat hingga ke paras dada (dalam keadaan tergesa-gesa untuk bergambar).
  11. Dikatakan gambar di atas bukan wajah asal 'monalisa'. Wajah asalnya adalah iras-iras lelaki yang pernah aku kenali dan sekarang beliau sudah berkahwin.
  12. Nama sebenar 'monalisa' adalah Che Embong Fathin binti Baharudin Jaiman. Seorang yang dari keturunan suka kaum Batak.
Kajian aku masih belum selesai. Tunggu kemunculan rahsia-rahsia yang lebih agung...

No comments: