Saturday, May 02, 2009

Tragedi Tak bai ? owh..tidak..ini tragedi lain...

Tengah aku berselera termenung depan pc tanpa ada sapa-sapa di sekeliling, aku teringat satu kejadian ngeri yang betul-betul berlaku di depan mata kepala aku sendiri. Huh, bila ingat balik (walaupun tajuk "aku tak nak ingat lagi), confirm aku tak lena tidur, aku tak ada selera nak makan dan badan aku kekeringan dan berbau hamis kerana tidak mandi.
Ceritanya bermula begini....(bunyi effect daun pelepah kelapa ditiup angin).
Cerita ni dah lama..17 tahun yang lepas. Daya ingatan aku masih kuat walaupun dalam tempoh tersebut, entah berapa kali aku termakan semut.
Masa tu umur aku 10 tahun. Darjah 6, pegi sekolah galas beg Swan, pakai kasut BM2000 bertampal dan tidak berkaca mata. Hari tu cuti sekolah. Bila mana cuti sekolah, bermakna aku tidak ke sekolah (sepatutnya). Tetapi dek kerana kecenderungan minat untuk melihat bangunan sekolah, aku ringankan jua kaki aku untuk mengayuh basikal ke sekolah secara individu. Lupa plak, masa tu jam digital (beli pasar malam, harga RM5.00) aku menunjukkan pukul 6.30 petang.
Bayangkan betapa baghalnya aku masa tu. Senja-senja kutu pun buleh lagi nak pegi sekolah walopon kerajaan dah menetapkan hari tersebut adalah cuti mingguan (Durian ko tak tau cite ni pasal ko masuk skolah tu pun lambat). Stabuxguy pun tak tau pasal time-time cuti dia selalu pegi main masak-masak kat umah kawan pompuan.
Ok..ok...mari teruskan cerita..masa tu aku sampai kat pintu pagar sekolah. Aku terus kayuh basikal menuju ke padang sekolah. Time tu dah 6.45 petang. Aku sdiri pun taktau nape aku ye-ye sangat nak pegi kat padang sekolah tu. Dah la senja..orang 'yillek'. Buleh plak aku kayuh basikal sorang-sorang kat tengah-tengah padang tu.
Nak dijadikan cerita, tengah dok layan kayuh basikal sorang-sorang kat tengah padang, maka di salah satu sudut padang, maka terlihatlah olehku satu susuk lembaga yang seolah-olah sedang mencangkul tanah. Bila aku pegi dekat (lebih kurang dalam 10 meter), rupa-rupanya lembaga tu adalah kawan aku sendiri (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan).
Bila dah tau orang tu kawan aku, maka aku pun berasa tak sunyi la..macam korang jugak,,kalu ada kawan, takkan rasa sunyi lagi kot..Maka kitorang pun melepak sama-sama di bawah pohon tanjung di belakang asrama sekolah kejiranan. Tak sedau yang jam dah pukul 7.15 malam dah. Tengah best borak-borak, kawan aku tu buka bekal yang dia bawak (giler..datang sekolah time cuti pun bawak bekal..semangat kebangsaan betul).. Maka dia pun mempelawa aku makan cekodok pisang yang dibawanya,,
Makan punya makan punya makan, dah pukul 7.30 malam. kawan aku tu meminta diri untuk pulang ke rumah. Aku pun menyerahkanlah dirinya untuk dibawa balik. Tinggal aku keseorangan bertemankan basikal mini yang abah aku beli 2 bulan yang lepas.
Oleh kerana kesunyian, dan tidak tahu apa yang nak dibuat, aku duduk bersandar pada sebatang pokok tanjung sambil menghisap rokok daun. Sambil-sambil tu aku memetik gitar dan menyanyi menghiburkan hati. Burung-burung berkicauan terbang bebas di angkasa, ayam-ayam mematuk padi, itik-itik berenang riang. Sungguh permai suasana di tengah sawah. Lantas terfikir olehku, sampai bila agaknya kedamaian kampung, kesegaran udara, keharmonian penduduk akan berterusan? atau mungkinkah selepas ini tidak ada lagi suasana seperti ini?
Arrghh..aku tidak mampu untuk memikirkannya...aku tak sanggup...aku tak sanggup kehilangan semua ini..warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman-berzaman, bakal pupus dek kerakusan anak cucu memperkosa keindahan alam...
Aku tersentak dengan bunyi kapal terbang yang sungguh bingit. lantas aku menghidupkan enjin helikopter dan meneruskan perjalanan. perjalanan aku masih jauh. Penumpang-penumpang lain semua sudah lena diulit mimpi. Hanya tinggal aku saja yang masih terkebil-kebil melihat ke luar jendela rumah. Di mana kawan-kawan lama aku dulu? yang dulu sama-sama memukat ikan..yang sama-sama bermain lumpur? masih ingatkah lagi mereka padaku? aarrgghh...aku tersentak lagi.....ibuku memanggilku...lemang yang dibakar sudah rentung...daun ketupat belum dianyam..esok dah nak raya..macam mana ni? aah...lantak la...Raya bukan semata-mata untuk makan lemang dan ketupat..jadi jangan kita terlalu bida'ah dalam sesuatu perkara. kelak akan menimbulkan fitnah..
Akhir kata, tidak perlu kita bertafakur di depan tugu negara setiap kali menyambut Hari Pahlawan kerana patung tersebut tidak boleh memberi kita makan, pakaian mahupun kereta baru.
Tamat.
nota bangang seketul janggut : Ape yang tragedi? aku sebenarnya tengah praktis menaip.......

1 comment:

Mat-Jeff said...

LMAO!!!!! wakaka... hampes punyer citer.. meng suspekkan diri jer.