- Bila balik rumah, pakai cincin di jari adalah satu perkara yang merimaskan..jadi aku biasakan diri untuk menanggalkan cincin tersebut tatkala berada di rumah. namun demikian, bermula dari 16/2/2009 sehingga 27/2/2009, cincin sentiasa melekat di jari manis (walaupun kadang-kadang terasa masin bila dijilat) aku. jadi, untuk kembali kepada rutin menanggalkan cincin, aku jadi terlupa..kadang-kadang nak beristinjak pun, terbawa-bawa cincin sampai ke destinasi. Nasib baik cincin aku ni cincin kawin..kalau cincin yang ada khadam, dah lama khadam tu pengsan terhidu sisa-sisa kumbahan.
- Pakai tali leher - Rutinnya aku tak pernah pakai tali leher masa kerja..tapi lepas balik kursus, pagi tadi bila tengah-tengah bersiap nak pegi kerja, aku ter' rasa nak pakai tali leher. Walaupun aku tahu pakai tali leher juga adalah sesuatu yang merimaskan. namun, inilah hakikat.
- Istinjak - Bab ini tidak boleh diceritakan di sini. emel aku untuk mendapatkan maklumat lanjut
- Nombor - Yang ni paling bebal dan mengecewakan..password PC aku kat opis pun aku buleh lupa..toksah kata password, no. sambungan tepon pun aku dah tak ingat dah..nasib baik no. IC aku ingat..terus-terang aku cakap, aku tak minum air yang ada semut..kepala aku tak ditimpa buah kelapa dan aku tidak demam panas..
- Dan lain-lain.
Apakah punca-puncanya? aku cuba melakukan analisa..dan aku kaitkan dengan kegiatan aku masa berkursus selama 12 hari tempoh hari...kegiatan bukan bermaksud aku melakukan kesalahan-kesalahan di bawah mana-mana akta, tetapi, rutin harian aku yang aku ceritakan dalam posting-posting sebelum ni..betul, kat sana, tiap-tiap hari rutin adalah Tanda kedatangan, duduk atas kerusi sambil mengadap gula-gula,..nyanyi lagu rasmi, LDK, public speaking, makan, minum, isap rokok, lepak, tidur, mandi (5 kali sehari aku mandi)...tu la rutin aku...bila lama-lama praktik, ia akan menjadi habitat...eh?? tabiat..
macam jugak kalu blogging ni...mula-mula tu saja nak tiru member-member, dah member sumer ada blog, dah sumer ahli politik ada blog, kita pun terasa nak ada blog sendiri..tulis tah hape-hape...tapi bila dah lama-lama, dah jadik satu rutin...hish....rutin betol laa...
jadi, dalam kehidupan seharian kita, tak salah kita mempunyai rutin harian, tapi pengisiannya haruslah baik dan membina..
sekian, wassalam..
3 comments:
kahkahkahkah.. *adoi sakit limpa mak*
eceh gambar kat bawah tu cam YB yo mak nengok
Yang masin tu jari ke cincin? Ko pi jilat apehe?
Maket > eh...memang YB pon...
Mem > hentah laa...agak2 baru lepas melombong bijih kot
Post a Comment