Saturday, February 28, 2009

Rutin


Meninggalkan rutin harian dalam satu tempoh yang agak lama adalah satu perkara yang merumitkan. Apatah lagi rutin tersebut adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan atau dalam pekerjaan kita seharian (dah nama rutin). Rutin tidaklah tergolong dalam kategori keluarga patin mahupun Fatin dan juga Vladimir Putin. Rutin adalah seperti yang dinyatakan di atas.

Aku adalah salah seorang daripada mereka yang meninggalkan rutin harian dalam tempoh yang lama, dan merasa kekok untuk melakukannya kembali seperti normal. Antaranya adalah seperti berikut ;

  1. Bila balik rumah, pakai cincin di jari adalah satu perkara yang merimaskan..jadi aku biasakan diri untuk menanggalkan cincin tersebut tatkala berada di rumah. namun demikian, bermula dari 16/2/2009 sehingga 27/2/2009, cincin sentiasa melekat di jari manis (walaupun kadang-kadang terasa masin bila dijilat) aku. jadi, untuk kembali kepada rutin menanggalkan cincin, aku jadi terlupa..kadang-kadang nak beristinjak pun, terbawa-bawa cincin sampai ke destinasi. Nasib baik cincin aku ni cincin kawin..kalau cincin yang ada khadam, dah lama khadam tu pengsan terhidu sisa-sisa kumbahan.

  2. Pakai tali leher - Rutinnya aku tak pernah pakai tali leher masa kerja..tapi lepas balik kursus, pagi tadi bila tengah-tengah bersiap nak pegi kerja, aku ter' rasa nak pakai tali leher. Walaupun aku tahu pakai tali leher juga adalah sesuatu yang merimaskan. namun, inilah hakikat.

  3. Istinjak - Bab ini tidak boleh diceritakan di sini. emel aku untuk mendapatkan maklumat lanjut

  4. Nombor - Yang ni paling bebal dan mengecewakan..password PC aku kat opis pun aku buleh lupa..toksah kata password, no. sambungan tepon pun aku dah tak ingat dah..nasib baik no. IC aku ingat..terus-terang aku cakap, aku tak minum air yang ada semut..kepala aku tak ditimpa buah kelapa dan aku tidak demam panas..

  5. Dan lain-lain.

Apakah punca-puncanya? aku cuba melakukan analisa..dan aku kaitkan dengan kegiatan aku masa berkursus selama 12 hari tempoh hari...kegiatan bukan bermaksud aku melakukan kesalahan-kesalahan di bawah mana-mana akta, tetapi, rutin harian aku yang aku ceritakan dalam posting-posting sebelum ni..betul, kat sana, tiap-tiap hari rutin adalah Tanda kedatangan, duduk atas kerusi sambil mengadap gula-gula,..nyanyi lagu rasmi, LDK, public speaking, makan, minum, isap rokok, lepak, tidur, mandi (5 kali sehari aku mandi)...tu la rutin aku...bila lama-lama praktik, ia akan menjadi habitat...eh?? tabiat..

macam jugak kalu blogging ni...mula-mula tu saja nak tiru member-member, dah member sumer ada blog, dah sumer ahli politik ada blog, kita pun terasa nak ada blog sendiri..tulis tah hape-hape...tapi bila dah lama-lama, dah jadik satu rutin...hish....rutin betol laa...

jadi, dalam kehidupan seharian kita, tak salah kita mempunyai rutin harian, tapi pengisiannya haruslah baik dan membina..

sekian, wassalam..

3 comments:

KitKet said...

kahkahkahkah.. *adoi sakit limpa mak*

eceh gambar kat bawah tu cam YB yo mak nengok

Mem Aluya said...

Yang masin tu jari ke cincin? Ko pi jilat apehe?

Tan Sri Jusoh said...

Maket > eh...memang YB pon...

Mem > hentah laa...agak2 baru lepas melombong bijih kot