Saturday, July 04, 2009

Adakah ingatan aku sekuat Durian a.k.a Haris Adabi ?

Dalam blog beliau (Durian) selalu cerita pasal zaman-zaman jahiliah, khurafat, atau zaman kanak-kanak..cukup kuat ingatan beliau (kena la ngan abdomen dia). Tapi bagaimanakah aku? kuat ker ingatan aku? aku nak try list kan ape yang aku ingat. Kali ni aku tulis secara jujur dan tak tipu kerana ini akan menjadi kayu pengukur sejauh mana ingatan aku..


Masa darjah satu, aku berkawan dengan Muhd Hidayat bin Abdul Wahab. Dia anak cikgu Bahasa Inggeris yang garang yakni Cikgu Zainun binti Hamzah. Dia belajar darjah 1 dua kali...masa aku tadika dulu, dia dah belajar darjah 1. Tak aci..!!


Masa darjah satu jugak, aku cukup tak suka bila Nik Nazmi bin Nik Nawi (anak doktor Hospital Kerajaan) selalu bukak pelekat kasut aku. Gile ape tah beliau berbuat demikian. Bila aku tukar kasut tali, makin menjadi-jadi perbuatan beliau. Cis..!!


Dulu, masa darjah 1, aku tak berapa reit melukis (skang pun bukan pandai sangat pun). jadi, bila cikgu suruh melukis, berduyun-duyun rakan sekelas beratus mendapatkan khidmat Wan Mohd Herry bin Wan Ya (aku tak pasti nama bapak dia). Beliau pakar lukisan. Suka sangat lukis robot transformer dengan rimau voltron. Hismul Azzam bin Mohd Hatta juga pandai melukis, tapi beliau sedikit kedekut untuk melukis untuk orang lain. Ada sekali aku mintak dia lukis kereta bomba 3D, tapi dia lukis sama besar dengan kotak mancis. Itupun cuma 2D.


Masa semester 1, 1989, aku dapat nombor 1, Semester dua dapat nombor 1 jugak...masuk semester akhir, gedebang jatuh nombor 4...saingan aku adalah Muhd Hidayat. Mungkin masa tu dia pakai kabel mak dia kot...hahaha...Bila akhir tahun, buku rekod aku yang cemerlang ilang..cis sape ambek? last jumpe masa tamat darjah 6....huhuhuhu


Dulu masa darjah satu, aku bagus dalam pelajaran. tapi ada satu hari, cikgu panggil nama sorang-sorang untuk bagi buku latihan. Lepas turn aku, aku nak balik ke meja aku..Tiba-tiba Nur Shahaneem binti Che Kassim datang berlari-lari ke arah aku untuk ke meja guru. Satu kemalangan dahsyat berlaku.. Gedegang kepalaku eksiden dengan kepala beliau. orang kata, kalu terantuk kuat, buleh bertukar darah. Sah!! darah aku dah bertukar..sebab tu dia buleh masuk kelas tingkatan 4 Bestari dulu dan aku 4 Sains 2 jer...cis!! bagi balik darah aku....


Darjah 2 aku tak berapa ingat.. yang aku ingat, kelas aku sebelah dengan bilik Kemahiran Manipulatif yang ada mainan Lassy tuh...pernah satu masa aku berura-ura untuk mencuri mainan tersebut selepas waktu sekolah. tapi disebabkan bangunan tu baru lagi, maka cermin tingkap amat kemas sekali. Ini membuatkan niat aku terbatal.


Nik Nazmi masih lagi seperti dulu. tapi kegiatan beliau tidak lagi membuka kasut orang.


Darjah 3, masa tu kegiatan orang asli berleluasa. Aku dan rakan-rakan lelaki seperti, Arwah Saiful Bakhtiar bin Che Hashim, Saiful Bahari bin Che Hashim, Shahrul Afandi bin Baharudin, dan ramai lagi sepakat untuk mengutip straw di kantin sekolah dan menjahanamkan getah pemadam untuk menyumpit. Kitorang suka menyumpit pelajar perempuan seperti Kartini, Shahaneem, Nik Munirah dan ramai lagi.


Kemudian, ketua darjah masa tu, aku lupa la sape..tulis dalam kertas bertajuk "pelajar bising" dan mencatat nama kitorang serta kesalahan iaitu menyumpit. Kena la pemulas kat perut 2 - 3 kali pulas ngan cikgu...hampagas..!!


Darjah 4, aku berkawan dengan Saiful Bahari bin Che Hashim..dia pengawas..Kitorang suka buli Fazlina Hanim binti Hashim Bapoo (anak doktor dia ni)..kitorang suka sebut nama datuk dia...tu pasal dia marah..dia pengawas jugak..tapi tubuh dia besar. Last skali, dia bagitau cikgu disiplin, Cikgu Ayub (arwah)..kitorang kena panggil...cikgu Ayub kater aku buleh dibuang sekolah kerana itu...tetapi Saiful Bahari cuma diugut untuk dilucutkan jawatan sebagai pengawas..mana adil..!!


Selepas insiden tersebut, aku dipisahkan tempat duduk...satu kumpulan 6 bijik meja..aku sorang laki...yang lain pompuan...cis..!!!


Darjah 5, kawan aku makin ramai...Ahmad Fairuz bin Maliki, Mohd Khairul Nasyarudie, Shahrul Afandi, dan ramai lagi...masa tu dah ada geng..aku satu geng dengan Ahmad Fairuz, Saiful Bakhtiar, Shahrul Afandi...satu geng lagi Saiful Bahari, Nasyarudie, Wan Mohd Asyraf bin Wan Abdul Rahman...Satu hari Ahmad Fairuz bawak gambar lucah..kitorang pakat taknak tunjuk kat geng satu lagi..kitorang pegi surau, dan dia tunjuk kat kitorang..tapi masa tu perasaan untuk inzal belum kedapatan lagi..jadi, tidak ada apa-apa.


Masa tu, tahun 1993, kawan aku yang paling kamcing, Saiful Bakhtiar bin Che Hashim meninggal dunia..mati lemas kat Sungai Jegor masa pegi lastik burung dengan kembar arwah, Saiful Bahari dan adik beliau Saiful Azhar...Hilang sorang kawan aku...


Darjah 6, Haris Abadi bin Abdul Rahim datang..belajar kat skolah aku...beliau ada kabel jugak..Mak dia cikgu..tapi aku tak pasti dan tak ingat mak dia mengajar kat skolah mana...weh Cik.!! mok mung ngajar SS1 ko SS2?


Masa tu kitorang dah ada geng baru dah..Haris Abadi bagi nama "Intelligent Electronic Arts"..Ahli brape orang jer....Aku, Hismul Azzam, Haris Abadi, Wan Zulhamli (budak kelas sebelah), dan tiba-tiba Ahmad Fairuz pun nak masuk jugak...kitorang terima dan tak ambek yuran tahunan pun.


Kawan-kawan aku masa darjah 6 cepat akil baligh...Shahrul Afandi dengan Mohd Khairul Nasharudie dah pandai tackle-tackel Nur Shahneem dengan Nurul Fazliana...Ernie pun kena jugak....Shahrul Azman aku tak pasti terlibat ke tak..tapi dia suka gigit jari sendiri dan ada basikal gear..Masa lawatan, dia beli model kereta ape ntah..kaler merah..Aku beli kete batman jer...harga RM80..balik-balik jer, kena libas ngan mak aku...


Masa darjah 6, kitorang suka main lompat getah..pakar-pakar lompat tinggi cukup ramai..Haris Abadi dengan Ahmad Fairuz yang gempal dulu pun buleh lompat tinggi..tapi Ahmad Fairuz selalu main tipu...dia duduk lipat kaki, tapi nampak tinggi jugak..sebab tu kitorang susah nak lompat...Hismul Azzam plak takleh lipat kaki masa lompat..kaku...Masa tu Nasyarudie dengan Mustafa Zuhdi jer yang buleh lipat guling-guling..aku buleh jugak..tapi tak berani sebab takut jatuh punggung dulu..


Aizan masa tu tak suka main lompat getah..Sebab dia suka kawan dengan pompuan...tapi pompuan pun main lompat getah jugak...dia main ngan pompuan la..main lompat getah.!! bukan main benda lain...


Lagi sorang, Mohd taqiyuddin dengan Mohd Herri lari laju...dorang masuk lumba lari...menang...aku laju jugak..tapi laju masa saringan...masukacara sebenar, kat belakang dah...Nizamuddin dengan Mohd Asyraf pun laju...


Masa bulan puasa, aku jadi broker bedil bawang...yang meletup bila kena lantai...masa tu kelas kitorang tingkat 2...tinggi..jadi kitorang baling-baling kena kereta cikgu teo Mui Hong..cikgu inggeris yang garang...kitorang kena panggil masuk bilik guru..kena soal siasat...Aku kena teruk sebab aku ketua..kena pulas perut...yang lain kena jugak...teruk kena leter je la..pastu kitorang kena denda baca sifir..nasib baik aku kena sifir 5..Masa tu Cikgu Suraya, Cikgu Tan Kim geok, Cikgu Kamariah Abdullah tengah periksa buku murid-murid.


Aku suka darjah 6 sebab masa rehat, Ahmad Fairuz balik ambil nasi bungkus kat kedai nenek dia...50sen sebungkus..kitorang makan tepi longkang belakang kelas...Dia baik..tapi aku penah pedajal dia...aku tenyeh lilin kat buku congak dia...bila Cikgu Tan masuk, dia suruh buat sifir tujuh, Ahmad Fairuz tak boleh tulis sebab buku dia dah licin kena lilin..mana nampak kalu tulis ngan pensel...


Tu je la dulu yang aku ingat sepanjang aku sekolah rendah...skang ni, kawan-kawan aku sume dah bertebaran kat mana ntah...

Haris Abadi dah jadi blogger merangkap pendidik (btol ker?)..hismul Azzam dengar citer kat Pahang skang..keje ngan Mercedes (btol ker)..Herry kat Penang..dulu dia kat UTM sama ngan Haris..tapi kena tendang, masuk Uitm Penang..Muhd Hidayat kat Johor keje ukur-mengukur, Ahmad Fairuz dok atas kapal, Nasharudie ntah kat mana..aritu melepak kat umah jer lepas balajr kat UTM selama 8 @ 12 sem?...Mustafa Zuhdi ada kat atas pasar jual kain baju import...yang lain ntah ke mana.....


Sekian, Wassalam..


Nota : Nanti senang-senang aku citer masa aku skolah menengah plak..........

Nota lagi : Aku lupa, Haris Abadi penah jatuh tergolek kat Taman Kiara masa naik basikal Le-Run kecik aku....hahahaha.....padan muka ko..

7 comments:

MummyAju said...

Huyoo..ko ingt sume tu!!!!

@reLoG said...

Dasat r mU tun..
Leh igt name bdk2 tue siap nama bpk skali tue..
bgUs2..huhu

Tun Jusoh Patail said...

ternyata aku tidak makan semut

durian! said...

time cerita mu tonyoh buku fairuz ngan lilin, aku inzal. hahaha

Mat-Jeff said...

muwahaha.....
Asbestos kari mamak tol la.

Anonymous said...

nasyarudie bakal menjadi guru...
pendidik yang akan disegani ramai...

Anonymous said...

nasyarudie??????????