Wednesday, April 29, 2009

Selamat Hari Pekerja Di Musim Panas



Hari ni aku turun dari rumah pukul 6.25 pagi. Tengok langit, mak aih, dah biru..nampak 'Che Awang' dah. Cerah...lantas aku menggeleng dan mengangguk kepala..berfikir aku.....Dulu masa darjah satu seingat aku, pukul 7.00 pagi nak turun pegi sekolah tu, Che Awwang tak datang pun lagi...ibu jari kaki aku pun tak nampak lagi (pasal aku pakai kasut)..Makna kata, gelap lagi la...tapi skang ni, cuaca dah tak menentu...kat Kelantan ni, pagi-pagi bolan pun dah panas..tengahari toksah citer la..belah petang plak, ribut taufan (huhu..mintak jauh) melanda didampingi dengan hujan lebat sampai tak nampak kaki....belah malam, panas balik.....puncanya? toksah tanya...pikir sdiri.........


Hari ni hari Khamis...esok hari Jumaat...sumer warga kerja cuti (aku memang la cuti ari Jumaat) untuk menyambut Hari Pekerja...dan dengan ini, saya, Tun Jusoh Bin Masduqi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga blogger yang bekerja walaupun saya tahu kat opis, korang jarang buat kerja...asek main blog jer...tapi takpe la...tu kira kerja jugak......


Sekian, harap maklum..

No comments: