Wednesday, April 08, 2009

Ke mana kita...?

Salam kenegaraan (ecehh..ceh..). Aku dah 5 hari pulang dari kursus. Tapi skang baru ada masa nak memblog, nak cerita apa yang aku dapat sepanjang 5 hari berkursus. Fuh ada rasa macam seorang askar, ada rasa macam seorang tentera, rasa macam budak-budak PLKN pun ada. Huhu..



Kem Mega Crystal, di mana tempat aku berkursus adalah merupakan bekas Balai Polis Kuala Selangor yang dibina pada tahun 1947 yakni tak silap zaman penjajahan Jepun. Complete dengan pusat pentadbiran, rumah bujang, rumah kelamin, dan tak lupa juga LOKAP yang telah diubahsuai menjadi asrama. Kem ni dah 3 tahun beroperasi..cukup lengkap dengan kemudahan (cis...macam iklan PLKN plak)..dalam bilik ada aircond, ada katil, karen, air, tilam, bantal, “hang suka dak”?



Bab lokap, nasib baik la aku datang check in awal..dapat gak duduk kat kuarters..kalu nasib tak berapa baik hari tu dan kalu pukul 4:00 petang baru nak daftar, insyaallah dapatlah merasa menjadi banduan yang duduk dalam lokap..ngeri dan menginsafkan..



Yang tu aku taknak citer panjang-panjang. Yang aku nak citer ni adalah berkaitan dengan pengisian minda yang aku dapat sepanjang 5 hari aku kat sana.



Kursus Kenegaraan, Biro Tatanegara (BTN) yang dipengerusikan oleh Datuk Nordin Kardi. Mesti korang dah biasa dengar tentang BTN ni kan? Zaman-zaman belajar dulu mesti ada antara korang yang dah sertai kursus ni. Tapi, yang aku join ni, ada sedikit perbezaan di mana aktiviti fizikal tidak terlalu diberatkan. Apa yang ditekankan di dalam kursus ini adalah semangat cintakan tanah air.



Agama, bangsa, negara, diri dan keluarga, kontrak sosial, tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan, politik, ekonomi, pendidikan serta sosial. Apa yang korang faham dengan semua perkataan tersebut ?



Semua perkataan tersebut adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Tidak boleh tidak, tanpa salah satu perkataan tersebut, Malaysia tidak akan dapat menyaingi negara-negara lain.



5 hari aku kat sana, membuatkan aku berfikir, ke mana hala tuju kita bangsa Melayu? Ke mana hala tuju kita umat Islam di Malaysia? Mampukah kita pertahankan kemerdekaan negara kita sehingga 100 tahun? Jika kita tidak puas-puas bersengketa sesama kita sedang bangsa lain galak mentertawakan kebodohan Melayu?



** Matlamat penulisan aku bukan politik.



Sejarah telah membuktikan bahawa Melayu tidak boleh bersengketa sesama Melayu. 1511 di mana buat pertama kali bangsa Melayu dijajah, dihapuskan di muka bumi Melaka dan selama 200 tahun selepas penjajahan Portugis, tiada satu pun masjid yang dibina. Masjid asal telah dirobohkan dan batu-batu masjid yang dirobohkan itu masih dapat kita lihat kesannya yang tersergam menjadi mercu tanda sejarah Kota Melaka, A Famosa.!! Kenapa dan mengapa mereka dijajah itu tidak penting, yang penting, apa yang membuatkan Melayu Melaka senang ditewaskan dengan hanya berdepan dengan Alfonso D’Abukuku dan anak-anak kapal yang sebuah itu?



31 Ogos 1957, hari kemerdekaan Tanah Melayu..semua kita tahu. Malah budak-budak darjah 1 pun tahu. Ramai juga yang tahu apa pengertian kemerdekaan. “bebas dari belenggu penjajah”. Ya betul. Tetapi di saat kita bergembira menyambut hari kemerdekaan, mengibarkan bendera, menyanyikan lagu negaraku sambil menari, melenggok-lenggok tubuh, menyaksikan bunga api, perarakan kereta berhias, perbarisan, tahukah kita berapa ramai pejuang-pejuang kita terkorban menentang penjajah?



Ramai yang tahu kerana dalam buku sejarah Tingkatan 3 ada tercatat semua itu. Tahukah kita betapa peritnya pejuang bangsa berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan melalui cara rundingan? Dan berapa kali juga permohonan ditolak mentah-mentah. Syarat untuk mendapat kemerdekaan, orang-orang melayu harus bersatu padu dengan bangsa cina dan india yang pada itu sememangnya bukan penduduk tetap Tanah Melayu. Tapi itulah syarat British. Nak tak nak, kita terpaksa terima. Maka bermulalah apa yang dinamakan Kontrak Sosial.



Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kalu tak silap), orang Melayu harus mengiktiraf orang asing sebagai warganegara secara automatik berdasarkan tempat kelahiran, dan orang asing harus mengakui dan menerima hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.



Benda ni dah termaktub dalam perlembagaan dan dilarang sama sekali untuk diungkit. Tapi ada jugak yang bangang dan bebal dok ungkit pasal ni. Sebab tu la berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Aku tak salahkan bangsa asing dalam hal ni. Dan tidak jugak menyalahkan bangsa aku sendiri. Masing-masing ada hak untuk mempertahankan bangsa mereka. Bangsa asing ada hak kerana dalam perlembagaan persekutuan telah menyatakan mereka adalah warganegara. Dan mereka hidup tanpa dan maju tanpa bantuan terus dari kerajaan. Mereka berusaha. Yang bangsa Melayu ni? Ada hak dan keistimewaan. Tapi tidak menggunakan keistimewaan tu ke jalan yang betul dan malas berusaha. Yang mereka tahu, subsidi, projek, bantuan kerajaan..tu je..



Korang tau berapa peratus ekonomi orang-orang Melayu berbanding orang cina? tak sampai pun 10% beb.....10% !!!



Sampai bila Melayu nak bermimpi? Sampai bila nak biarkan umat Islam ditindas? Sampai bila kita nak berbalah sesama sendiri? Sanggup ke kita nak lihat bangsa Melayu, umat Islam diperlekehkan di tanah air sendiri? Negara Islam Andalusia (sepanyol) yang 600 tahun tu pun senang-senang je dijajah, inikan pula Malaysia yang baru 52 tahun merdeka..tu pun masing-masing nak menjatuhkan sesama sendiri. Kenapa tidak kita bersatu? Berbeza ideologi politik? Cantumkan biar jadi satu dan berteraskan ajaran Islam yang betul.



Sosial, nilai terpenting dalam pembentukan kerajaan yang baik. Tanpa sosial yang baik, tidak ada pendidikan yang baik. Tanpa pendidikan yang baik, tidak akan ada kerajaan yang baik. Tanpa kerajaan yang baik, ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik. Dan bila ekonomi tidak baik, rakyat hidup dalam huru-hara. Kebuluran, kemiskinan. Bila sampai tahap ni, maka rakyat akan berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah, sanggup membunuh, mencuri, merogol. Dan bermulalah keruntuhan sosial masyarakat. Bila negara dah tak stabil, senang-senang je orang luar datang menjajah kita balik.



Sekarang pun kita dah dapat lihat semua tanda-tanda tu. Contoh, ahli parlimen kita, bila bersidang tak banyak masalah rakyat yang dibahaskan..yang banyak, gaduh, tuduh-menuduh, lompat, beruk, monkey, katak, bigfoot, saman, laporan polis. Tu je. Lagi, sentiasa ada sifat dengki, balas dendam untuk rampas kebahagiaan orang lain.



Kalau macam ni la kita orang Melayu, Islam, insyaallah lagi 10 tahun, atau kurang 10 tahun dari sekarang, Melayu akan lupus sama sekali di muka bumi ini.



Aku tak kata aku suka BN, aku tak kata aku benci PKR, aku tak kata aku suka DAP dan aku tak kata aku tak suka PAS. Dan yang paling penting, aku belum kata yang aku suka atau tak kepimpinan baru kerajaan kita sekarang ni. Aku tak kisah sapa pemimpin. Yang elok aku sokong, yang tak elok aku maki. Sokong jangan sampai mebawa rebah.



Apa yang penting, kita kena jaga tanah air kita. Tak kira la Melayu, Cina, India ker, kontrak sosial seharusnya sama-sama kita jaga. Jangan sampai pisang berbuah dua tiga kali. Jangan jadi pelanduk lupakan jerat kerana jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Bersatulah demi mempertahankan bangsa, agama dan tanah air.



MERDEKA!!!!



Nota : Eh? Aku ter’’patriotik”” plak..huhuhu...tak kisah la..apa yang penting, aku sayang agama aku, aku sayang bangsa aku, aku sayang mak bapak aku, aku sayang isteri aku, dan aku sayang korang sumer.......



Sekian, wassalam.

2 comments:

Mrs Jaja said...

yer..MERDEKA!!

@reLong said...

Yup2..betuL2 ape yg hang kata..
Kt xreti nk luahkan kat bLog ape yg kT peroLehi kat bTN..

tp for sUre..hang da bgtau..
MaJulah wahai Rakyat Malaysia..
Bersama-samaLah kT mengekaLkan KEMERDEKAAN MALAYSIA!!

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!