Thursday, February 12, 2009

Blogtuhape

Aku bukan sasterawan negara, aku bukan cendekiawan, aku bukan Dr Aisar Yee Abdullah, aku bukan Anwar Ibrahim, aku bukan Chedet, aku bukan khir toyol, aku bukan ahli politik seperti mereka, dan semestinya aku bukan seekor katak!



Aku hanya manusia biasa. Menulis sekadar meluah rasa hati (pinjam rangkap lagu kumpulan Umbrella). Walaupun tatabahasa aku lintang-pukang, walaupun susunan ayat aku 'tertumuih'(tersembam) dalam longkang, namun jujur aku perkatakan melalui naluri hati.



Bahasa pasar, bahasa rojak, bahasa lai chee kang, tidak menjadi masalah bagi aku. Yang penting, mesej yang ingin aku sampaikan jelas. Tidak perlu bahasa berbunga, tidak perlu bahasa baku. Kenapa? kerana Bahasa Melayu sudah lama dimusnahkan. Bahasa Melayu tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu.



Aku bukan nak cerita pasal bahasa. Tapi aku nak cerita pasal blog.



bak kata url mem, blogtuhapa? pada aku, blog tak ubah seperti diari. Cuma yang membezakan blog dengan diari hanyalah kaedah kita meluahkan sesuatu, dan perbezaan yang paling penting, blog boleh dikongsi dengan semua orang. Cuba korang baca diari member korang? kalu tak kena penampar, mesti kena penendang.



Mari kita imbas zaman popular diari dulu-dulu. Aku gerenti korang sumer ada diari zaman hingusan dulu. Betul? takyah tipu laa...aku pun ada jugak..



Zaman sekolah (rendah, menengah) apa yang biasa kita tulis dalam diari?
Semestinya benda remeh-temeh juga kita akan catat dalam diari..(yang ni jangan tak mengaku..).Di sini, aku turunkan beberapa contoh diari zaman kita kanak-kanak dulu..



1) Ahad, 12 Jan 1990 - Beli komik
2) Isnin, 13 Jan 1990 - Hari ni mak suruh beli tomato, dapat $2.00
3) Selasa, 14 Jan 1990 - Pegi umah makcik
4) Rabu, 15 Jan 1990 - Basikal putus rantai
5) Khamis, 16 Jan 1990 - Ulangkaji matematik
6) Jumaat, 17 Jan 1990 - Pegi semayang jumaat naik basikal
7) Sabtu, 18 Jan 1990 - Tengok cerita dragon ball



Kalu tak pecaya, korang buleh mintak encik Durian (www.jujurdanradikal.blogspot.com) cerita lebih lanjut. Macam bangang je bila ingat balik apa ada dalam diari zaman kanak-kanak.



Bagi pelajar sekolah menengah, tidak boleh tidak, mesti ada cerita pasal awek/balak korang.Betuuulll....aku tak tipu.



Blog sekarang, walaupun zool selalu tulis entry mirip diari tradisional, namun olahan ayat dalam blog lebih terperinci, lebih sofistikated, lebih macho, lebih gaya, lebih segala-galanya.



Dengan blog jugak la ketuanan rakyat makin terserlah, dan dengan blog jugak la ramai rakyat yang tidak berdosa ditahan di kem kemunting. Penangan blog memang dahsyat. Jadi, gunakan blog korang dengan penuh berhemah dan penuh kiasan yang sukar ditelah agar tidak ditahan dalam ISA..hahaha..



sekian, aku takde idea..



nota 1 :
sempat lagi posting walaupun dah declare posting sebelum ni adalah yang last..Kebetulan pegi kedai my dad, ape lagi....rembat laptop jap, tukar banner, tambah post..Banner terpaksa ditukar bagi mengelakkan gambar aku dicuri oleh Interpol mahupun FBI.



nota 2 :
sedikit masa lagi, Insyaallah, subdomain http://jusohbedil.blogspot.com akan dipindahkan ke domain http://jusoh.com..cuma sekarang ni aku tak jumpa lagi DNS service yang preee yang support ghs.google.com..nak yang berbayar, mahal la plak..tengah dok mencari lagi..

5 comments:

yaya|azura said...

kalau dah jumpe. sila la war-war kan ye.. i lap u jusoh.

Dory said...

boleh tukar ka? nnt ajar aku boleh? hehe

Mem Aluya said...

Ahaaa... kalau dah jumpa yang free tu jangan lupa share ramai-ramai...

KitKet said...

lama naw cuti budak jusoh neh

durian! said...

menarik..akan ku tulis diari tersebut..ha ha ha.

aku takdok idea