Sejak awal tahun 2009 lagi, dunia digegarkan dengan serangan dari Rejim Zionis ke atas Bandar Gaza di Palestin. Setakat ini, hampir 800 orang terkorban dan sebahagiannya adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh dunia mengecam tindakan biadab tindakan Israel yang disokong oleh Pentadbiran Rumah Putih. (Syilake..!!)
Dalam menghadapi situasi berkenaan dan dalam mengutuk kekejaman tersebut, seluruh dunia rancak melakukan demonstrasi membakar bendera AS dan Israel, serta memijak-mijak replika, patung yang berupa George W bush dan Ehud Olmert. (Tidak lupa kasut yang melekat erat di muka bush).
Aku bukan nak cerita pasal demonstrasi mengutuk kekejaman Israel, apatah lagi bercerita tentang demonstrasi di grand Saga, Serah memorandum, Reformasi dan lain-lain. Aku nak cerita pasal boikot. (idea datang dari buah Durian).
Encik Durian berkata (ayat aku cipta sendiri), kita seluruh umat Islam terutama di Malaysia mampu untuk memboikot barangan keluaran Yahudi (jika ada kemahuan). Namun begitu, jangan sesekali kita memboikot Nasi Goreng USA dan Ayam Israel kerana kedua-dua item ini amat rapat dalam kehidupan kita seharian.
Biarkan Encik Durian dengan fakta beliau. Kat sini, aku nak senaraikan beberapa produk/item dari negara Yahudi (yang kerap diguna) yang aku rasa amaaatlah susah untuk diboikot. Dan jika sekiranya diboikot, maka rumit sedikit kehidupan seharian kita (aku sebenarnya).
- Nokia - Haiseh, pitis tak cukup lagi ni nak tukau henpon brand lain..
- Levis - Aku tak pernah pon pakai jeans lain selain dari levis..tapi selalunya belah pagi, aku pakai seluar slack je pegi keje..ala..brand Kiki Lala je..
- nescafe - hadoih, ni lagi parah..pepagi mesti aku belasah air ni dulu..
- Kiwi - alamat berabuk la kasut aku...
- Ambi Pur - Sat lagi balik keje, aku akan baling ke luar tingkap
- Intel - ni cemana ni? nak pakai Mac? omputeh gak..linux? pon omputeh..benti la pakai komputer gamaknye..
- Rokok - No......komen
Haish...bising plak dalam opis ni...terbang habis produk-produk yang hendak diboikot..Sekian lah, terima kasih.....
5 comments:
aku pon dlm dilema .. tapi aku suke jer kalau takleh pakai kompiter sebab intel inside .. miahahaha.. pastu server aku IBM lak tuhh.. sah2 boikot abis!
sama-samalah kita mengurangkan produktiviti syarikat....ayuhlah...mari istiqamah
pakai hp mesin basuh cam k.e la jawapnyeeeeeeeeeee..
pasti boleh kalau ada kemahuan nak boikot 100%
boikot skali pondan mcm dory tu...nama sebenar ramli..ada hati nk jadi dory...
Post a Comment