Tuesday, January 13, 2009

Tepu.....peluru tak keluar...




Aku sebenarnya hari ni sangat tepu. tak tahu nak buat apa. keje pun takde. cikgu-cikgu yang lawa (termasuk yang kurang lawa) semua masuk meeting sejak dari pagi lagi, sampai ler ni tak keluar lagi. sekarang pukul 1:30 tengahari waktu tempatan. aku tak kuar lunch. bukan sebab aku puasa, tapi sebab memang aku tak boleh kuar lunch. kenapa? bukan sebab aku kena denda, atau kena kuarantin, tapi dah sememangnya aku tak boleh keluar. kenapa? kerana aku masuk kerja pukul 7:30 pagi, dan balik pukul 3:30 petang. Tapi sebagai fakta, esok aku balik pukul 2:00.

Kenapa aku bergambar sedemikian? entah lah..sekarang ni aku rasa sangat sejuk..sejuk bukan kerana cuaca tengah hujan sekarang ni (memang hujan pun), tapi ada 2 orang pemuda tadi sedang membaiki dan menservis aircond pejabat. betul-betul depan meja aku..mereka membuang kesemua debunga-debunga debu yang berlekatan di penapis aircond tersebut sehinggakan udara yang keluar dari aircond tersebut umpama air batu yang berada di dalam peti sejuk yang diletakkan di kutub utara. aku sekarang berada pada tahap beku. bulu-bulu roma tegak berdiri termasuk bulu ari-ari.
aahh...masa begitu lambat hari ni..tidak ada satu pun kerja yang boleh dibuat melainkan kerja membuang masa, tenaga, elektrik, dan duit..aku nak memandu kereta untuk pulang berhari raya di rumah..bilakah agaknya..
Hari sabtu ni dijangka sekolah akan bersekolah (sebenarnya budak-budak yang akan bersekolah). Ini kerana untuk menggantikan cuti hari Ahad 25 Januari ni..ke mana harus aku pergi di waktu cuti? tidak perlu ke mana-mana..duduk rumah, qada tidur yang lepas-lepas..
6 hari lagi umur aku sudah tua..dah 27 tahun..sudah dewasa rupanya aku..tak perasan pulak..mungkin selepas ini aku akan berubah menjadi lebih kedewasaan dari sebelum ini..akan aku pertingkatkan serangan-serangan di dalam blog ini..mungkin..itu pasti..( ?? mungkin dengan pasti itu suatu yang berbeza..)
Sekarang aku sudah tidak tahan dengan kesejukan..aku ingin masuk toilet sekejap, untuk menghisap rokok..
sekianlah, terima kasih......
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG"
________________________
(JUSOH BEDIL BIN SENAPANG)

3 comments:

Dory said...

waktu tempatan? waktu tak bertempat camno?

Tuan Jamban said...

waktu tak bertempat tu macam berak merata-rata laa...

KitKet said...

tulisan ni boleh kasi beso sikit dok? naik juling mak nak kena pakae kanta ni haa