Saturday, December 20, 2008

Proses menghasilkan Nickname baru yang agak rumit
jika tidak dilakukan dengan latihan spiritual yang jitu...

Berkuatkuasa serta-merta menjelang tahun baru, blog aku nih yakni http://www.lebihkurangla.blogspot.com/ adalah tidak relevan lagi dalam dunia pemblogan. Blog ini telah ditukar ganti dengan http://www.jusohbedil.blogspot.com/ .Walaubagaimanapun, isi kandungan blog masih lagi dikekalkan dalam keadaan comel (walaupun tengah sakit hati lagi pasal dah terdelete separuh entry..cissss..!!).




Kenapa blog ini dinamakan sedemikian (Jusoh bedil) ?




Ginilew ceritanya....




Dulu kat kampung aku (Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan), ada la sorang penduduk yang kejenya bawak senapang kulu-kilir kuar masuk kampung. Kerjayanya adalah pak guard sekolah dah beliau juga menjalankan freelance sebagai penembak babi hutan yang sering menyodok kebun tembikai mak aku..cilakak punya najis berat..tapi cerita ini tidak ada kena mengena pun dengan haiwan tersebut..




Nak dipanjangkan cerita, nama individu tersebut adalah Jusoh. Adapun suaranya amatlah kuat sehingga boleh kedengaran sejauh 10 batu nautika tatkala beliau menegur seseorang. Dek kerana terlalu kerap bersikap demikian, maka orang kampung terus menggelarkan beliau Jusoh Bedil (sempena dengan suaranya yang kuat umpama bedilan senapang beliau).



kenapa aku dikaitkan? ha..ni yang nak cerita nih...aku dulu masa kecit-kecit selalu lepak kat kampung sana..arwah nenet aku cakap (dia cakap la..) aku dulu suka sangat menjerit (bukan jerit yang kayuh beskal tuh)..tak tau pasal ape aku jerit..(barangkali aku ingat masa tu aku kat KL kot..). Tuh pasal la orang panggil aku Jusoh Bedil pasal jeritan aku mampu untuk menumpaskan bunyi lalakan Jusoh Bedil yang tulen..




Gelaran tu sebenarnya lekat dan popular sampai ke hari ni di kalangan sedara-mara aku.. Dulu seyes aku benci sangat ngan gelaran tuh..ada satu kes, aku berjaya membedal cousin aku sendiri menggunakan rantai beskal akibat dari gelaran tersebut...birat abis kat blakang tubuh...hahahaha...padan dengan belakang tubuh dia...




Tapi bila dah lama, aku dah lali dengan panggilan tersebut....hahaha...tahun baru ni, dengan rasminya aku akan menggunakan nick Jusoh bedil untuk membedil setiap huruf-huruf yang ada kat keyboard nih...pasal ape? pasal nick aku sebelum ni, Aduuus agak susah untuk dieja..kadang2 tak cukup huruf 'U', kadang2 telebih huruf 'U'..hui...rumit tu....


Jadi korang tak payah banyak soal, terima je la hakikat yang aku dah tukar nickname menjadi JUSOH BEDIL...selamat menyambut tahun baru 11 hari je lagi...


sekicau...!!

No comments: