Wednesday, June 17, 2009

Manusia....biasa la...tak pernah puas

hari ni kat opis kerja aku tak banyak. jadi untuk membuang masa terluang, aku explorace blog aku. Terdetik rasa tidak puas hati dengan blog aku. Aku pandang bloglist aku dengan penuh berahi. Last update kebanyakan 3 weeks ago, 3 month ago, long-long ago. Tapi bila bukak account aku, lain plak...1 hour ago, 2 hours ago, agogo...Bertambah dosa aku untuk hari ni kerana memaki-hamun blogspot.
Lantas aku membuat keputusan yang agak drastik daripada biasa. Aku backup semua entry, pastu aku delete blog jusohbedil.blogspot. pastu aku create blog baru yang diberi nama www.jusohbedil-v2.blogspot.com..tapi taktau la dengan kaedah ni bloglist aku akan sentiasa ter-update.
Semalam aku try-try gak cari hosting blog lain..aku try wordpress, tapi asek tak jadi jer layout yang aku nak..try plak xanga, pun tak jadik...Facebook? sebenarnya aku tidak suka bermuka-muka..aku tak suka benda-benda yang nampak berserabut..Aku bukan la buta sangat ngan IT ni sepertimana katanya K.E..aku dah patploh kali register facebook. Dekat patploh kali jugak la aku delete account facebook..kerana apa? kerana aku tidak dapat menginzalkan diri aku dengan benda-benda yang aku tak minat.
Hmmm...lagi satu jam aku nak balik dah..aku masih belum lagi merangka agenda yang hendak dilaksanakan pada petang ini. Mungkin aku akan ke bank untuk mengeluarkan sejumlah wang..atau mungkin aku akan ke pasar untuk membeli daging lembu segar..atau juga mungkin aku akan terbaring kaku melayan artis-artis antarabangsa beraksi di layar perak.
Sekian.

6 comments:

KitKet said...

inzal tu apo?

Tun Jusoh Patail said...

her..her..bukak la kamos

Mrs Jaja said...

inzal tu bahasa ape? arab ke? nak bukak kamus ape? marbawi ke...kamus dewan ke...kamus oxford? hahahaa

Tun Jusoh Patail said...

menayu laa.............adeh la..senak otak aku

MummyAju said...

menayu tu plak ape? eheheee...

DoOrDie said...

clap clap...jusohhh!!!!! lebiu!!!