Wednesday, December 15, 2010

Lagenda Budak Setan

Kalau tak silap, bulan Mei tahun lepas aku ada tulis pasal aku beli telefon pintar baru. Ya, telefon pintar baru itu dinamakan Sony Ericcson W960i yang ketika itu berharga kurang RM1 nak cukup RM1,000.

Maklum saja telefon pintar yang menggunakan pelantar Symbian UIQ ni banyak dia punya aplikasi-aplikasi dalam internet. Macam-macam boleh install. Kebetulan aku pula jenis yang suka mencari ketentuan-ketentuan sendiri dalam mencanggihkan lagi telefon pintar agar sedap-sedap pakai.

Awal bulan Disember 2010, aku cuba untuk muat turun aplikasi GDesk dimana ianya bertujuan membolehkan pengguna mengubah ketetapan telefon pintar ikut sedap hati dan ikut suka. Boleh ubah jadi Iphone, jadi HTC dan macam-macam lagi telefon pintar tak mampu milik.

Lantas aku melayari laman sesawang. Hampir sawan aku ketika itu jalur internet begitu menyiput. Sementara menunggu selesai muat turun, aku membelek-belek telefon pintar yang mempunyai skrin sesentuh tersebut. Ah, skrinnya sudah berminyak. Kata orang Kelantan, ‘Kelaring’. Dan juga berdebu dari dalam.

Aku mengambil inisiatif untuk membuka skrin tersebut untuk mencuci bahagian dalam skrin.

***

Aku berjaya mencuci skrin sesentuh telefon pintar aku. Aku pasang balik. Aku nak SMS isteri aku.
Skrin tak ada tindak balas.

***

Aku batalkan memuat turun aplikasi tersebut.

Celaka! Setan punya telefon pintar!!

No comments: