Monday, October 20, 2008

Serakah di Pagi Hujan

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan posting aku kali ni..Jangan belok kiri atau kanan..lain pulak jadinya..

Aku hanya nak cerita apa yang aku nak cerita..yang aku taknak cerita, korang je yang cerita atau suruh saja Khairy Jamaluddin yang cerita..semalam masa nunton telebisi, lengan aku rasa gatal-gatal..ade tompok-tompok merah yang menerjah..tapi aku tak ambil pusing walaupun 180 degree..30.23 minit kemudian, kegatalan semakin merebak..dari lengan terus ke tangan..dari tangan terus ke perut..dari perut terus ke paha..dari paha terus ke betis..aku tidak mengerti..kenapa?? mengapa?? di mana?? badan aku semakin kemerah-merahan sepertimana merahnya mentari di ufuk selatan..tak tahan menanggung derita, aku minta bantuan atau dengan kata lain, pertolongan dari Isteriku untuk menyapu ubat ke tubuh aku..

hhmm...bila aku fikir-fikirkan kembali mengapa jadi begini, ada dua kemungkinan yang berlaku.

pertama, mungkin jua aku disemburkan ubat gatal oleh ulat bulu yang melata-lata di jalanan..modus operandinya amat mudah, hanya merayap-rayap di atas lebuhraya, dan jika sekiranya ada makhluk yang menggesel-gesel atau memijak beliau, akan terus dipancutkan air gatal tersebut..bahaya kan??.


kedua,cuba anda perhatikan dunia kita sekarang terutama sekali di Malaysia..apa yang sedang berlaku? persetankan dulu hal ekonomi global yang kian meruncing..persetankan harga minyak yang baru turun 15sen..persetankan harga beras tak turun-turun...cuba perhatikan sikap orang-orang politik kita...ULAT BULU seperti yang dibicarakan tadi boleh ditakrifkan sebagai pembolehubah.

cita-cita untuk berkuasa, untuk berada di puncak kekuasaan, impian mengaut kekayaan berlipat-ganda, ingin mencari pengaruh sanggup mereka-mereka ini menjadi ULAT BULU..bukan setakat jadi ulat bulu, malah sanggup menjadi KELDAI, SERIGALA dan seumpamanya..fikir-fikirkanlah..

Namun, tidak semua orang politik di Malaysia mempunyai BULU..ada juga yang tidak berbulu..apa yang penting, kekuatan agama yang harus dijadikan pegangan..Niat yang ikhlas untuk membela nasib rakyat tidak kira Melayu, Cina, India, mahupun bangsa-bangsa lain..tidak perlu wujudkan jurang perkauman...hanya akan mengundang celaka kepada semua...

Dengan ini, saya ingin tujukan lagu SEPOHON KAYU untuk semua blogger yang mengenali diri ini..terimalah.......................

2 comments:

MummyAju said...

adehh..penin aku!!

zool irfan said...

aku skang dah tumbuh bulu sikit.. dulu takde tapi skang dah ada.